Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Mac 2016

Marah!! Kereta Kena Clamp!!


Tadi masa nak keluar rumah.. Gi kat kereta, sekali kereta teman kena Clamp.. Hangin je tadi.. Sebelum ni parking situ tak pernah pulak kena Clamp.  Tetiba kali ni kena Clamp pulak.. 

Teman pi pondok guard, terus tanya Kenapa kereta teman kena clamp? Sedangkan sebelum ni parking situ tak pernah pulak kena clamp.. 

Guard kata sekarang dah tak boleh parking situ.. Teman tanya mana notis? Mana penanda yang menunjukkan situ No Parking? Then dia cakap kawasan yang takde kotak kuning tu maknanya tak boleh parking.. Teman tanya balik.. Sebelum ni boleh je orang parking, tak kena clamp pun.. Kalau tak boleh parking, tanda je dengan line merah macam diorang buat kat tempat lain yang No Parking tu.


Teman bukan saja-saja nak mengamok.. Tapi teman kena juga bersuara.. Sebab teman tak pernah langgar peraturan dalam apartment tempat teman tinggal tu.. 

Kalau parking pun, yang mana parking yang tak dibenarkan parking memang teman takkan parking, tambah-tambah pula kalau parking block keta orang lain.. 

Memang bukan sikap teman.. Itu sikap pentingkan diri sendiri. Double side parking pun teman tak pernah buat.  

Sanggup parking jauh dan jalan kaki.. Kalau dalam apartment tu dah takde parking sangat, teman akan parking luar apartment.  Tak kisah. 

Sebab tu hari ni memang teman hangin dengan guard dan management.. Teman dikehendaki bayar rm50 untuk remove clamp tu.  Giler.  Nak bayar rm50 semata2 untuk buka clamp tu?  Memang tak la kan.. 

Teman minta guard tu buka jugak sebab teman memang tak tahu lansung tempat tu dah tak boleh parking, sebelum ni boleh je.  

Teman cakap kat dia selama 4 tahun duduk situ tak pernah lagi kena apa-apa tindakan dari management ke apa.. Bil air lancar di bayar, Access Card keluar masuk bangunan tiap-tiap tahun diperbaharui.. Parking ikut peraturan.. So.. Teman mintak dia pertimbangkan.. Tapi dia tetap suruh teman bayar rm50 dulu baru boleh buka clamp.. 

Teman tak puas hati, terus jumpa pihak management apartment tu.. Teman minta dia buka clamp tu.. Salah seorang lelaki dari management pun minta teman tunjukkan kereta teman yang kena clamp tu.. Lelaki itu memanggil guard tu.. 

Bincang punya bincang, guard tu still enggan buka Clamp tu, sehinggalah teman dah naik hantu.. 

Bila dia sebut je kalau nak buka clamp kena bayar dulu, teman pun kata "Nak bayar dengan apa, duit pun takde.. Nak renew Access Card pun kena kumpul duit dulu, nak jimat punya pasal makan pun bawak bekal.. Lagi nak keluar duit untuk buka clamp ni je??? Memang tak la kann.. 

So.  Akhirnya Clamp dibuka tanpa membayar apa2.. Apa yang teman perasan.. Bila cakap lembut-lembut ibarat merayu mintak buka kan Clamp tu.. Macam tak di layan.. Tapi bila kita tegas dan ter tinggi suara sikit, time tu baru nak ada pertimbangan.. Sebab tu.. teman benci merayu.. mentang-mentang teman perempuan kan.. So, nak buli la???
-------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terpaksa mira, dari dulu dah biasa sangat dipijak kepala.. Sekarang dah taknak ditindas lagi

      Padam
  2. Woww.. Garangnyaa akk.. Hee..

    Btl kak.. Nk buka tu je rm50? Adoiyai. Nk kuar rm5 pn pikir byak kli kn. At least bgla notis kn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hemm.. dah cuba cakap lembut2.. tapi macam tak jalan gak.. terpaksa bertegas..

      ye mimi, nilai RM50, orang yang banyak duit pun taknak bagi if bukan salah dia..

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers