Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Mac 2016

RESEPI PIZZA HOME MADE SEDAP!!

RESEPI PIZZA HOME MADE SEDAP!! | 
Hahaha.. Home Made le sangat ye.. kalau Home Made, Rotinya tu Uli sendiri OK!!.. hahah.. Alkisahnya Hari Selasa dengan Rabu hari tu berturut-turut kot buat Pizza ni.. haaa.. puas hati.. makan sampai jemu.. heee.. dah lama mengidam nak makan Pizza yang dibuat sendiri.. 

Kalau makan yang Rm3.90 kat AEONBig tu dah biasa sangat.. so, teringin nak makan yang dibuat sendiri.. Tapi bila dah buat sendiri.. rasa macam better beli je.. hahahahaha.. sebab makan berdua je pun.. macam banyak pulak WANG kena keluar beli bahan2.. hu3..

Tapi takpelah.. teman saja nak merasa buat sendiri.. dah lama tak buat.. dulu masa bujang, teman selalu jugak buatkan untuk anak-anak sedara dan abah mak kat kampung... Lepas tu dah duduk KL, memang tak buat dah la kan.. balik pun kejap-kejap.. kelam kabut.. tak sempat nak buatkan Pizza untuk diorang.. but.. One day.. nak buatkan jugak Pizza untuk diorang.. sebab diorang suka pizza tu.. 

Ok lah.. Nak Resepi tak? Tengok je gambar bawah ni.. gerenti korang faham dan terasa senang giler buat Pizza ni.. Erkk... Tapi doh tu teman beli aje.. tak reti nak buat doh nya.. dan masa pun agak mencemburui untuk teman menguli doh.. hehehehehe.. Ok la... Silalah tengok.. K byeee..!!! 


BAHAN-BAHAN
Roti Pizza (nak uli boleh, nak beli siap pun boleh)
Mozarella Cheese
Parmesan Cheese
Nenas (potong kecil2)
Tomato Puree
Sos Cili/Sos Black Pepper
Sosej Ayam/Daging
Chicken Slice
Cendawan Butang (eh Butang? hehehe)
Tuna Mayonis (dalam tin tu)
Tomato (potong dadu)
Cili Cameron (potong dadu)
Daging Cincang (ikut suka nak letak ke tak)

Sediakan je bahan-bahan macam dalam gambar ni..Actually tak perlu nak ikut semua bahan diatas.. buat simple pun boleh tau.. Macam korang nak letak Daging Cincang, Nenas, Sosej,Cili Cameron, Tomato dan akhir sekali letak lah Mozarella Cheese n Oregano.. Mudah kan? Bagi yang suka Topping banyak giler tu.. boleh la kalau nak mencuba nya.. sama je rasa.. yang penting Cheese dia tu wehh.. hahahaha.. 

Nak mudah lagi?? haaa.. contohnya PIZZA TUNA dengan Chicken Slice ke, PIZZA TUNA dengan Hot Dog ke..

Tapi dalam Gambar ni ada satu yang sepatutnya ada tapi kami tak beli.. Cili Cameron.. haaa.. yang tu yang buat penyedapnya tauu!!! dah jangan lupa.. Oregano! itu harus ada untuk rasa PIZZA yang sebenar.. ecececeh.. dannn!! Kalau korang ada Sos BlackPepper, sangat-sangatlah OK tau! sebab Rasa dia lagi nyum-nyum.. Cuma kalau takde pun takpe, korang just letak Sos Cili aje pun boleh.. 

CARA-CARA NAK BUAT :
Ni bahan-bahan yang teman sediakan untuk topping (letak atas roti)
Mula-mula letak tomato puri atas roti ni.. ratakan 
Lepas tu letak la bahan-bahan lain, letak je mana korang suka.. Lepas tu atas sekali letak Mozarella Cheese dan Akhir sekali Parmesan Cheese.. Dan jangan lupa letak Oregano sikit.. tabur sikit-sikit, jangan banyak sangat.. kang pedor rasa Pizza.. tak sedap pulak kan! baru letak Sos Cili atau Sos Black Pepper..ikut suka nak letak gaya mana.. teman buat macam dalam gambar ni je.. hehehe
Pastu bakar la... teman guna Oven halogen tu.. Bakar la dalam 10 minit 150'C macam tu.. teman suka lembut rotinya, so.. agak cheese dah cair je teman keluarkan.. heee.. sape-sape suka roti tu garing.. biar la lama sikit.. ikut suka kome la ye!
Beginilah kejadian Pizza Home Made kami.. hehehehe.. Cheese nya melimpah ruah.. 
Ni makan hari kedua hari tu (Selasa)
Haa.. lupa lak.. tu ada cendawan teman letak.. sedap!! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 

Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



1 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers