RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP DAN MUDAH!
Tadaaa.. ini dia RESEPI DAGING GORENG KUNYIT SEDAP DAN MUDAH! Eh.. lupa intro lak.. haha.. Hai.. Assalammualaikum.. hehe.. pagi-pagi ni nak up entri Resepi lah pulak.. sebab malam tadi heaven giler dapat makan benda ni.. bukan sebab Daging ni.. tapi sebab ada bahan tambahn yang teman dah letakkan dalam masakan ni.. cer teka apa dia? cer teka? hahahaha..
Teman letak Petai wehhhh!! yelah.. memandangkan hubby dok peringat-peringat teman, tak boleh makan petai banyak sangat.. nanti badan berangin.. teman ni dah la pernah masuk hospital Ogos 2014 hari tu sebab makan petai dan durian tak hengat dunia.. badan naik angin kus-kus sudaaa.. hahaha..
So, disebabkan hubby kesian kot tengok teman asik sebut-sebut pasal Petai ni.. dia belikan lah juga 3 papan.. satu papan tu teman buat makan berdua malam tadi.. letak dalam Daging Goreng Kunyit ni.. Perghh.. sedap giler wehhh.. Tapi hubby tak bagi makan banyak dan tak boleh makan hari-hari.. So lagi 2 papan tu taktau la bila nak makannnya.. esok la kot.. hehehehe.. selang sehari..
Ok lah.. tadi up gambar atas ni kat Instagram.. ada pulak sahabat yang bertanya Resepi.. So, teman pun up kat sini je la resepi nya.. terlanjur nak update blog kan.. alang-alang up entri Resepi terus.. kih-kih-kih... Jom tengok Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap Tapi Mudah ni! memang sedap dan mudah pun cara nak masaknya.. hehehehehe..
Ok lah.. tadi up gambar atas ni kat Instagram.. ada pulak sahabat yang bertanya Resepi.. So, teman pun up kat sini je la resepi nya.. terlanjur nak update blog kan.. alang-alang up entri Resepi terus.. kih-kih-kih... Jom tengok Resepi Daging Goreng Kunyit Sedap Tapi Mudah ni! memang sedap dan mudah pun cara nak masaknya.. hehehehehe..
RESEPI DAGING GORENG KUNYIT
SEDAP DAN MUDAH!
Bahan-Bahannya :
Bahan A
1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam
Bahan B
1 labu bawang besar dihirit bulat2 ( macam dalam gambar tu..)
1 biji Cili Hijau hiris serong
4 biji Cili Padi ( di ketuk )
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Halia (Hiris Besar)
(Note : bawang putih dan halia ni kalau korang nak tumbuk hancur pun boleh, ikut suka korang)
1 Inci Halia (Hiris Besar)
(Note : bawang putih dan halia ni kalau korang nak tumbuk hancur pun boleh, ikut suka korang)
Bahan C
Lobak Merah (potong macam dalam gambar tu)
Bunga Kobis (macam biasa je)
Bunga Kobis (macam biasa je)
Petai (ni paling best ni!!)
Cara-cara :
1.) Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
2.) Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
3.) Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
(sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
4.) Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali..
5.) Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
5.) Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
7.) Masukkan Bahan C .. goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit..
8.) Gaul dan ratakan semua bahan.. Rasa cukup garam tak, kalau kurang leh tambah.. kalau tak pedas leh tambah cilipadi.. dah Siap!!
Selamat mencuba resepi mudah giler ni.. Makan bertambah-tambah jadinya tau.. Semalam kami makan dengan Telur Dadar (letak cili dan bawang), keropok Ikan dan Ulam Petai.. Simple je tapi Alhamdulillah.. kenyang kami malam tadi denagn rezeki yang ada..
Thanks buat hubby sebab sudi gak lepaskan rasa teringin teman nak makan Petai ni.. lepas ni taknak makan dah.. sebab badan teman ni memang kuat berangin.. risau pulak jadi macam hari tu.. takottt... hehehe..
Masa tengah makan semalam.. Hubby tanya , esok nak makan apa lak? adoii.. tengah makan ditanya soalan macam tu... tetiba buntu fikiran nak masak apa pulak hari ni.. hahahaha.. ada cadangan tak???
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
0 ulasan:
Catat Ulasan