8 TIPS / CARA HILANGKAN KUTU BERAS
DENGAN BERKESAN
Korang ada pernah alami tak masalah beras berkutu atau penuh bubuk beras yang hitam-hitam tu..? geli tengok kan? rasa geram je sebab dah tutup betul-betul dah penutup beras tu.. macam mana la boleh jugak si bubuk tu masuk jugak.. Hemm.. So, untuk mengelakkan berterusan makan beras yang ada bubuk beras ni.. TB mencari Tips yang patut dicuba.. berikut Tips TB baca dekat blog Siraulimau.com yang dikongsikan oleh sahabat 3 suku teman si Kasih tu.. hahaha..
Eeee.. walau dah cuci beras bersih-bersih pun still rasa geli nak makan. Ha.. jom tengok 9 cara hilangkan kutu beras yang boleh anda lakukan di rumah.
Eeee.. walau dah cuci beras bersih-bersih pun still rasa geli nak makan. Ha.. jom tengok 9 cara hilangkan kutu beras yang boleh anda lakukan di rumah.
1. DAUN LIMAU PURUT
Daun limau purut mengeluarkan aroma yang kuat dan sekaligus menyahkan bau hapak pada beras. Walaupun ia wangi untuk kita, kutu beras amat tidak selesa dengannya. Untuk kesan yang lebih efektif, masukkan daun ini di bahagian atas, tengah dan bawah bekas simpanan beras supaya kutu beras dapat diusir dengan cepat!
2. ASAM KEPING
Satu lagi bahan yang tidak digemari oleh kutu beras adalah asam keping / asam gelugur kering. Caranya mudah, cuma letakkan beberapa asam keping dalam bekas beras yang bertutup dan ia sudah cukup membuat kutu beras berasa tidak nyaman. Selain itu, boleh juga menggunakan daun asam jawa dengan cara yang sama.
3. DAUN PANDAN
Daun pandan adalah juga adalah antara herba yang mengeluarkan aroma yang kuat dan tidak digemari oleh kutu beras. Selain itu, ia dapat mewangikan beras anda. Anda juga boleh meletakkan ‘bay leaves’ atau daun salam. Tapi, pastikan daun ini kering sebelum dimasukkan ke dalam bekas. hilangkan kutu beras
4. CILI KERING
Antara cara hilangkan kutu beras yang paling selalu dipraktikkan adalah dengan menggunakan cili kering. Caranya, potong cili kering kepada 2 dan letakkan dalam beras anda. Rasa pedas dan panas ini tentunya akan menjadikan kutu beras tidak selesa. Namun, pastikan anda menggantikan cili kering ini apabila baunya semakin menghilang.
5. KULIT KAYU MANIS
Caranya mudah, goreng kayu manis dalam kualai tanpa menggunakan minyak bagi menerbitkan bau yang lebih harum, kemudian letak dalam uncang dan masukkan ke dalam bekas beras. Aromanya yang kuat tidak akan menjejaskan rasa beras, malah turut mewangikan lagi beras anda.
6. JEMUR BAWAH MATAHARI
Jika anda mendapati terlalu banyak kutu beras dalam beras tersebut, anda boleh cuba cara ini. Mula-mula, letakkan cili kering dan jemurkan beras di bawah matahari terik. Kutu beras akan berpusu-pusu keluar dari beras untuk mencari tempat yang lembap. Lebih elok kalau diletakkan semua beras atas dalam dulang yang leper. Kemudian, setelah beberapa minit, gembur-gemburkan beras supaya kutu beras tidak boleh bersembunyi di balik timbunan beras.
7. GUNAKAN KAIN LEMBAP
Salah satu cara hilangkan kutu beras ini juga adalah dengan menggunakan kain lembap untuk menutupi beras. Anda akan mendapati kutu-kutu akan datang dan menempel pada kain basah tadi kerana kutu sukakan tempat yang sejuk. Apabila hampir penuh, buangkan kutu tersebut dan ulangi lagi hingga tiada lagi ‘kelibat’ kutu beras. Anda juga boleh meletakkan kain lembap ini ketika menjemur beras dengan teknik (6) di atas.
8. MASUKKAN BERAS DALAM ‘FREEZER’
Kadangkala ada yang stres kerana kutu beras masih kembali walaupun telah ‘hilang’ buat seketika. Barangkali ada lagi telur kutu yang masih ada di dalam bekas beras tersebut. Untuk memastikan kesemuanya mati, anda boleh simpankan beras di dalam peti ais bahagian ‘freezer’ selama 3 hari. Kemudian, bolehlah keluarkan dan simpan macam biasa. Dengan cara ini, telur takkan menetas dan kutu beras pun akan mati. Selain itu, kutu beras juga akan senang timbul apabila beras dicuci nanti.
9. GUNA KERATAN BATANG ATAU DAUN PUDINA
Tangkal atau Batang haruslah dikeringkan dahulu, kemudian ramas-ramas bagi hancur kemudian letak dalam uncang dan masukkan dalam bekas beras tadi.. ada orang tabur dan gaulkan dengan beras tu.. tapi TB rasa taknak la buat camtu sebab hubby tak suka bau pudina.. huhu
Ha.. itu dia 9 tips nya.. ada lagi.. kalau korang ada Daun belimbing Buluh boleh gak korang letakkan dalam beras korang tu.. letak je dalam beberapa helai daun belimbing buluh tu, tengok dalam 3 hari macam mana hasilnya.. TB tak pernha try lagi yang ni..
Dan satu lagi cara, korang letak daun serai yang dah kering dalam bekas beras korang.. tengok menjadi tak.. ni pun TB tak pernah try lagi .
Dan satu lagi cara, korang letak daun serai yang dah kering dalam bekas beras korang.. tengok menjadi tak.. ni pun TB tak pernah try lagi .
0 ulasan:
Catat Ulasan