Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

02 Jun 2016

Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Versi Mudah dan Sedap!


Resepi Sambal Hitam Belimbing Buluh Versi Mudah dan Sedap! |

Sambal Hitam Belimbing. Mudah dan ringkas sebab belimbing tak perlu rebus berjam-jam sampai kecut. Resepi ori sambal hitam Pahang kena rebus belimbing lama giler dan  tak masukkan kicap. Resepi ni telah diubahsuai dan dipermudahkan. Rasanya lebih kurang sama dengan sambal ori Pahang. 

Yeay! dapat dah resepinya.. yang ni mudah gilerrr.. nak try buat.. nak try buat.. harap-harap teman boleh makan sebab risau gak ada gastrik ni.. pedas dan masak memang kena elakkan.. tapi memang teringin sangat nak makan .. dah tunggu lama dah.. masa makan dulu pun tahun 2011.. pergh dah 6 tahun kot.. pehtu takde pulak nak mencari kat mana nak cari.. hahaha.. ni tetiba terasa nak makan dia.. So, google cari penjual.. pastu ada pulak sedara tag teman resepi ni.. eh! senang giler.. heee.. leh cuba ni.. buat pembuka selera di waktu bersahur atau berbuka puasa kan.. hehehe..  Jom tengok resepi nya.. 

Sambal Hitam Belimbing Buluh

Bahan2 : 
(Sukatan genggam2 jer. Nak pedas nak kurang, masin, masam, manis boleh adjust sendiri ye).

1. Ikan bilis dlm 3 genggam.
2. Cili padi atau Cabai Melaka dalam 2 genggam.
3. Belimbing buluh dalam 3 atau 4 genggam (nak tukar ganti tomato pun boleh dalam 7 atau 8 biji).
4. Bawang besar 4 atau 5 biji.
5. Kicap
6. Garam secukup rasa.

Cara-Cara :
Bawang merah, cabai melaka atau cili padi dan belimbing buluh sedia untuk diblend. (kalau tak ada belimbing boleh digantikan dengan tomato dlm 7 atau 8 biji. cuma kalau kurang masam boleh tambah asam keping).
Blender bahan-bahan tumis.
Ikan bilis digoreng garing.
 Toskan minyak dia.. 
Ikan bilis yang dah ditumbuk. Ikut suka nak tumbuk kasar atau halus. Nak senang blend kering je. Kasar ada, halus pun ada. Ketepikan.
Tumis semua bahan-bahan yang dah diblend menggunakan minyak baki gorengan ikan bilis tadi.
Tumis sampai meletup2. Kemudian masukkan kicap. Nak sedap campur2 guna kicap manis kipas udang & kicap pekat hitam tamin.
Masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk tadi.
Perasakan dengan garam. Masak sampai kering & pecah minyak.
Dapat sebekas besar. Tahanlah sebulan. Makan masa sahur dengan nasi panas2 sedappp nihhhh..

Credit To :


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

7 ulasan:

  1. Selalu terbaca tentang sambal hitam ni ... tapi belum sempat merasa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. uih.. rugi tak try.. sedap tauu.. penambah selera ni.. heee

      Padam
  2. Sedap ni kena pulak dengan nasi panas. Pehhh !

    BalasPadam
  3. Tq awak ...akak nak cuba resepi ini.

    BalasPadam
  4. Sedap ke rasa dia kalau guna tomato? Tak lain ke rasa dia?

    BalasPadam
  5. Kalau versi original pahang...belimbing tu 'dihitamkan'dulu hehe..sbb tu namanya sambal hitammm..tp mmg menambah nasiiii wooo TB hehe

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers