Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

01 Jun 2016

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP DAN MUDAH |
Hai.. kelmarin semasa tengah makan malam berlauk Daging Goreng Kunyit, hubby dah siap tanya "esok nak makan apa" .. huhuhu.. terus blur fikiran.. tak tahu nak masak apa.. tekak pun tak tahu nak makan apa.. barang-barang dalam peti sejuk pun tak berapa nak ada.. tu yang makin buntu dibuatnya.. hehehe.. tapi semalam lepas balik kerja hubby singgah beli barang dapur.. senyap-senyap je dia tak bagi tahu.. tahu-tahu je balik dengan barang-barang penuh ditangan.. 

Alahai.. kesian hubby banyak sangat barang nak bawak.. selalu kami shopping barang dapur sama-sama, tapi kali ni dah jarang sebab teman pun takde masa nak pi Mydin tu.. memang suka shopping barang dapaur kat Mydin sebab kat sana barang-barang nya segar, murah dan selesa nak membeli.. tak perlu nak berhimpit-himpit.. tenang je nak shopping.. 

Tapi masalah parking yang problem.. teman suka parking tepi jalan tu je.. malas nak masuk ke dalam kawasan parking tu.. Tapi faham-faham jela.. kalau parking tepi jalan memang kena standby la dapat Surat Cinta dari dbkl .. aish.. tu yang berkurun tak pi Mydin dah.. hehehehe.. Eh.. ni nak cerita pasal Resepi Sambal Sotong ke apa? hahahaha,.. ok lah.. jom kita tengok Resepi nya.. 

BAHAN-BAHAN: 
10 ekor sotong saiz besar 
1 biji bawang besar - dipotong nipis-nipis 
1 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang 
Garam dan air asam jawa secukup rasa 
Minyak masak secukupnya untuk menumis 

BAHAN DIKISAR HALUS: 
15 biji cili kering - boleh dikurang kalau tak mau pedas 
(teman siap tambah cilipadai 3 biji.. heee)
5 bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 inci belacan - dibakar/grill 

CARA MEMASAK : 
1) Bersihkan sotong dan dipotong kecil , dibasuh serta tos kemudian diketepikan dulu . Potong bawang besar . 

2)Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau , kemudian masukkan gula , asam jawa , garam dan terus kacau sambal sampai masak dan pecah minyak . Jika sambal kelihatan menjadi kering boleh la ditambah sedikit lagi minyak . 

3) Masukkan bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bawang menjadi layu kemudian masukkan sotong dan kacau semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api . 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers