Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

31 Julai 2016

KHASIAT / FUNGSI YOGURT UNTUK TUBUH BADAN

KHASIAT YOGURT

Hai.. Hari tu tetiba je terasa macam lidah macam nak termuntah sebab baru lepas makan nasi dengan kuah kari.. apabila sendawa, lidah jadi macam payau macam.. tak tahu nak kata.. maybe korang pun pernah rasa macam tu kot selepas makan.. 

So, teman kumur-kumur pun still rasa macam .. ewww.. rasa macam perlu makan something yang masam-masam untuk bagi hilang rasa memualkan tu.. hehe.. 

Tetiba teringatkan Yogurt Strawberi yang sedap.. nyum-nyum tu.. terus pi cari.. Bila dah makan memang rasa kurang dah mual-mual tu.. dan esoknya teman beli lagi.. 

Dalam dok sumbat dalam mulut, terfikir gak.. boleh ke kerap sangat makan yogurt ni? Risau pulak ada side effect lak kan.. hehehehe.. so, teman kurangkan la makan yogurt ni.. 

tapi dalam pada tu, saja la search tentang Khasiat Yogurt ni.. Untuk tahu kebaikan dia apa kan.. haaa.. kat bawah ni teman kongsikan apa yang teman dapat dari hasil search tentang Khasiat Yogurt ni pda tubuh badan kita. Jemput baca yea! semoga ia bermanfaat buat semua..  Sharing Is Caring.. 


Antara kebaikan yogurt dan fungsi kepada tubuh adalah :

  • Yogurt bagus untuk sistem imun kita kerana yogurt merupakan bakteria baik atau kultur hidup yang dapat menghalang jangkitan fungus. Ia juga bertindak sebagai antibiotik dalam tubuh kita. Ia juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit di saluran pencernaan.
  • Bagus untuk ibu hamil dan juga ibu dalam pantang. Yogurt mengandungi kandungan serat yang tinggi dan boleh menjana penghasilan susu ibu. Bakteria baik dalam yogurt berfungsi menghadamkan laktosa iaitu gula semulajadi dalam susu. Ia bertindak merangsang sistem pelalian dalam saluran usus dan menjadikannya lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.
  • Bagus untuk sistem penghadaman. Bagus bagi yang mempunyai masalah sembelit dan juga bagi yang ingin mendapatkan perut yang cantik dan kempis. Yogurt kaya dengan vitamin A, tiamin, niasin, ribofflavin susu, zat besi, forforus dan kalium. Jadi yogurt bole diambil secara kerap. Zat2 yang terkandung di dalamnya amat baik untuk perkembangan kanak2. Kandungan kalsiummya yang tinggi dapat membantu proses tumbesaran dan juga membina tulang serta gigi yang kuat.
  • Yogurt juga dapat mengelak daripada jangkitan dan mengurangkan risiko tumor pada saluran kencing atau organ lain. Ia juga dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah dan mengelakkan serangan jantung.
  • Kajian juga membuktikan pengambilan yogurt dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan mengurang risiko jangkitan pada faraj. Candida atau yis jangkitan vagina adalah masalah biasa bagi wanita yang menghidapi kencing manis. Amalkan makan atau minum yogurt sejuk atau sederhana sejuk kurang manis setiap hari bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit berkenaan. 
  • Bagi mereka yang sedang berdiet, elok la memilih yogurt yang rendah lemak. Gantikan sarapan pagi atau supper dengan sebotol yogurt rendah lemak. Diet juga memerlukan sokongan gizi sumber makanan lain juga.
Oh ya.. satu lagi yang teman suka ialah, minuman Yogurt tu.. fuhh.. yang tu memang sedap gilossss.. Sebotol besar tu teman sorang pun leh habiskan tau.. tapi kalau ada hubby kami selalu share la kan.. hehe.. pengerat kasih sayang orang tua-tua kata.. ehhh.. termelalut le pulokk.. haha.. teman selalu beli minuman Yogurt yang brand Nestle tu.. sebab dia tulis situ Fat free kannnzzz.. Pastu kalau takde, teman beli brand marigold tu ke.. atau brand lain yang ada kat pasaran.. sama je rasanya..

hemm.. eh.. banyak plak nak melalut kang.. K.. byeee..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

1 ulasan:

  1. Bagus yogurt ni... ZH mmg suka makan yogurt drpd dlu... 1 tak cukup klu nak makan. hehehe...

    ZH Blogger

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers