Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Julai 2016

Oyen Jatuh Dari Tingkat 2

Oyen Jatuh Dari Tingkat 2


Tadi teman menangis macam ibu kucing hilang anak, sebab? sebab mencari Oyen tak jumpa-jumpa.. Pagi tadi teman masih relax lagi sebab agak teman mungkin oyen menyorok bawah katil.. nak elak dari si Butang yang suka je membelasah dia.. 

So, teman masih cool je meng update blog ni ha.. tetiba semasa menaip tu.. rasa macam lama sangat pulak oyen menyorok.. selalunya time2 pukul 9 ke 10 am dia dah keluar dari bawah katil tu.. Ni dah jam 10.30 pun tak nampak dan tak dengar bunyi oyen mengiau lansung?? pelikk..

Teman pun check kat semua tempat, kot terkurung dalam bilik ke, dalam stor ke, kot dalam bilik air ke kan, kot menyorok kat tempat-tempat baru ke kan.. siap angkat tilam yang berat gedabak tu semata-mata nak tengok ada tak oyen bawah katil tu.. tengok-tengok memang takde..

Ya Allah.. mana lah Oyen gi ni.. teman dah cuak dan rasa nak menangis.. dalam fikiran fikir satu je.. risau oyen jatuh dari tingkap dapur atau jatuh dari balconi depan tu..

Teman terus turun tangga dan cuba cari oyen..Ya Allah.. terkejut sangat-sangat rupa-rupanya memang betul sangkaan teman kali ni, memang betul oyen terjatuh dari tingkap dapur.. dari tingkat 2 ke tingkat 1.. Tak tahu la dari pukul berapa dia jatuh, kot tengah-tengah malam tadi ke.. wallahualam sebab malam tadi tak dengar pun suara gersang Oyen tu.kot masa tu dah terjatuh.. . kesian dia..

Masa teman nampak oyen masa tu.. oyen tengah duduk diatas batu tepi tingkap dapur jiran lain tingkat 1. Dia tak lari pun masa teman datang.. dan nampak dia muak stress sangat-sangat dan ketakutan sebab ada air liur meleleh dari mulut dia.. teman teringat doktor pernah cakap kalau air liur kucing tu meleleh maksudnya dia sedang ketakutan..

Memang oyen nampak ketakutan pun masa tu, teman ambil dan dukung oyen  bawak balik rumah..oyen diam je tak meronta.. lepas sampai pintu depan rumah, kelam kabut dia masuk rumah.. kesian dia.. ketakutan tak tahu dari jam berapa dia jatuh ke bawah tu.. mujur takde luka atau patah..

Tapi badan oyen kotor sebab kat bawah tu berair dan busuk.. malam ni kena mandikan oyen lagi.. baru malam tadi mandi kan dia..terpaksa mandikan lagi.. sebab dah busuk sangat.. butang dan nyiau2 pun macam  marah dan tak cam oyen sebab bau busuk oyen.. hemm..

Melalui apa yang terjadi hari ni, rupanya teman memang tak boleh kehilangan Oyen.. memang tak boleh.. tadi pun dah menangis macam apa dah.. sebab terasa macam oyen nak lari dari teman je.. macam-macam di fikiran, sampai fikir oyen marah teman ke sebab teman mandikan dia semalam.. 

Sebelum ni teman ada post kat facebook konon nak beri Oyen pada orang sebab tak sanggup tengok oyen luka-luka kena buli dengan butang.. Masa tu memang Allah je tahu apa teman rasa.. berbelah bahagi nak serahkan oyen.. bila ada yang pm bertanya, teman jadi susah hati dan berat hati nak bagi..

Last-Last atas nasihat kawan, teman tak jadi bagi Oyen.. dan teman amik keputusan sementara nak tunggu "kasi" oyen dan butang, teman pun amik inisiatif potong kuku oyen n butang supaya bila bergaduh takdelah teruk sangat luka nya.. dan hasilnya memang oyen dan butang tak bergaduh sangat lepas potong kuku.. 

Cuma lepas potong kuku ni, lain pulak yang jadi.. oyen yang tak pernah-pernah jatuh dari tingkap dapur tu, boleh pulak kali ni terjatuh ke bawah.. mujur tak luka atau patah.. nampak trauma aje .. kesian oyen.. masalah dan bahaya juga bila potong kuku ni.. dia tak dapat nak gunakan kuku tu untuk selamatkan diri dari tergelincir.. 

Walauapapun.. teman bersyukur dah jumpa balik oyen.. Ya Allah.. terima kasih ya Allah.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

8 ulasan:

  1. bila dh potong kukunya kurang lah cengkaman dia tuh dik... itu yg blh jth tu kot... sian oyen...

    moga takde cedera apa2 kt dlm bdn dia tuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha a.. tu ada terfikir sebelum potong kuku oyen hari tu, ingat nak elak dari oyen n butang gaduh bercakar berdarah.. last-last lain pulak jadi.. penting kuku ni untuk kucen kan.. =(

      Padam
  2. alahai siyan oyen.. get well soon ye oyen

    BalasPadam
  3. adeh kesiannya..dh lama depa berdua kan, masih bergaduh ag ke..masih x serasi??

    BalasPadam
    Balasan
    1. huu.. masih bergaduh.. masing2 nak jadi taiko.. huhuhu..

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers