PERTEMUAN INDAH BERSAMA
BLOGGER ZAZA IMAN
Wah.. disebabkan kesibukan yang melanda.. nak update entri pun kena cari-cari masa yang sesuai untuk menulis entri terkini.. Paling teman nak update ialah pasal pertemuan dengan Zaza iman iaitu sahabat alam maya yang telah selama 3 tahun lebih perkenalan kami... Dah nak masuk sebulan baru nak share entri ni yea.. huhu.. Raya pun nak abes dah kan.. pertemuan kami masa tu sebelum raya lagi pun, ketika itu di penghujung Ramadhan.. hehehe.. takpelah.. janji teman buat entri ni.. sebagai kenangan.. ye tak? =)
Kami berhubung hanya melalui Facebook dan whats app sahaja.. namun setiap masa tak pernah lupa bertanya khabar.. apa saja berita terkini yang menarik kami akan kongsikan bersama..
Hehe.. pendapat teman tentang Zaza Iman ni, dia seorang yang humble, peramah, cantik, sopan santun dan lemah lembut orangnya.. tak suka marah-marah tak tentu pasal.. tak pernah keluarkan kata-kata yang tak elok semasa ber whats app mahupun post apa-apa yang menggunakan bahasa kasar di Facebook.. punya soft nya Zaza Iman ni tau..
Kalau dia tak puas hati atau marahkan sesuatu or sesorang.. atau berkecil hati dengan orang lain.. dia tak pernah post di facebook utnuk sindir-sindir orang tersebut.. punyalah soft dan baik giler Zaza Iman ni.. hahaha.. bukan bodek yea.. memang itulah Zaza Iman yang sebenarnya..
Lagi satu.. Zaza Iman ni seorang yang Jujur dan Amanah orangnya tau.. Kreatif serta berseni orangnya.. Punya Impian besar namun masih belum berjaya dicapai.. InsyaAllah.. Allah akan kabulkan permintaan dan impian sahabat teman ini.. Aaaamiinn.. Eh.. lupa pulak nak bercerita tentang macam mana pertemuan kami hari tu..
Selepas 3 tahun berhubung hanya melalui alam maya dan whats app, pada 30 Jun 2016 (Khamis) sebelum Raya Zaza bersama rakan blogger lain iaitu Akim dan isterinya Mira bersama anak comel diorang telah ke Kuala Lumpur untuk sesi mengambil Hadiah.. hadiah apa?
haaa.. Kalau nak tau lagi satu kelebihan Zaza ni kan.. rezeki dia murah sangat-sangat tau.. dalam dunia Blogging ni.. macam-macam hadiah bernilai yang lebih dari RM3k dia pernah dapat tau.. murah betul rezeki Zaza kan.. haaa..hari tu dia Menang Hadiah Telefon Zte Blade V7 Lite dari contest anjuran INVOLVE ASIA ,
dan terkini dia menang lagi weh!! dari involve Asia lagi.. hadiah apa? kena lah baca entri terbaru Zaza Iman nanti ye... !! masyaAllah.. murah betul rezeki Zaza.. tapi bukan cabutan bertuah ke apa tau.. Tapi kerana penulisannya dan review Zaza yang memikat hati pihak Involve Asia untuk memilih Zaza sebagai pemenang.. Tahniah ye Zaza!!
Hari tu Zaza datang kedai dan kami bersembang seolah-olah dah lama jumpa.. hehe.. tak kekok sembang dengan zaza ni.. cuma masa agak mencemburui kerana dalam waktu yang sama teman terpaksa melayan customer yang datang ketika itu.. tak dapat nak melayan dan chat lebih lama dengan Zaza.. agak frust juga masa tu, namun tak dapat nak elak semua tu.. hope nanti ada peluang kita berjumpa lagi yea.. kalau teman tak sibuk la kan.. kalau jumpa time free best sikit.. Aman je.. Tapi kalau jumpa time rushing or busy.. adoi.. rasa terkejar-kejar pulak.. tak mo.. tak mo.. tak mo itu macam haaa.. heeee..
Hee.. sib baik Zaza ni suka selfie.. so, banyak jugak gambar yang di sana untuk dijadikan kenangan.. sebab teman pun malu-malu gajah sikit nak bergambar.. tapi kalau dah Zaza pun cool je.. heee.. why not kan.. bukan selalu pun kami berjumpa.. alang-alang dah bertemuin ni.. hehe.. slefie welfie la kami.. Thanks ye a Zaza sudi jadi rakan maya teman... thanx jugak buat Akim dan Mira sudi melayan karenah seketul Zaza yang comel ni.. hahaha.. sampai jugak kome ke kedai teman yea!Apa-apa pun buat Zaza.. kalau ada tersilap kata mahupun terkurang layanan hari tu.. teman mohon maaf yea.. harap Zaza tak simpan dalam hati tau.. thanx sebab tak ambil hati kalau selama ni teman asik pot-pet pot-pet membebel apa-apa dengan Zaza.. Tapi best sebab Zaza cool je.. hahaha.. Sayang Zaza.. !!~ =)
Baca juga entri dari Zaza Iman :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
eh eh ada cerita ttg diri pulak kt sini :D terima ksh jgk butang. siapa sangka kan..jumpa jgk.. pasni kalau zaza dh bjaya..ada kereta sdri blh la jalan2 selalu kt sana
BalasPadamKak zaza ni baik hati kan
BalasPadam