Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

30 Julai 2016

RESEPI KENTANG PUTAR ALA KFC YANG SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI KENTANG PUTAR ALA KFC

Wah.. lama giler cari resepi Kentang Putar Ala KFC ni .. memang suka kentang putar KFC tu.. kalau pi KFC memang itu yang disumbat ke mulut dulu.. letak dalam bun tu, pastu ngapp.. sedap giler rasa.. kalau teman buat Chicken Grill /Lam Chop pun mesti wajib ada kentang putar, kalau takde memang malas nak buat Chikecken Grill / Lamb Chop tu.. sebab memang tak gemor masak tapi pinggan tak complete dengan menu sampingan seperti coleslaw dan kentang putar.. heee.. 

Ni teman dapat ni dari ita, anak sedara belah hubby yang share resepi ni kat wall dia.. so, Ita.. hahahaha.. Mak Chu curikkk yea.. kah kah kah.. jangan maraaa.. hahahahah.. Ok lah.. Resepi ni Ita share dari Page Rahsia Hawa tu.. Jom tengok resepi Kentang Putar Ala KFC ni jom!! 

RESEPI KENTANG PUTAR ALA KFC 
YANG SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):
● 8 biji kentang
● 1 kotak kecil susu segar
● sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
● secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya
1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong sama besar
2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
3. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
4. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
5. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
6. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:
● 1 labu bawang besar (ditumbuk)
● 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
● 4 sudu butter
● 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
● 2 kiub ayam knorr
● secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
● 2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


KLIK SINI DAPAT DUIT!!

6 ulasan:

  1. bila la nk try2 buat kntang putar sndiri ni kn.. mlas beno.. hehe

    BalasPadam
  2. Sebab senang sangat.. nak beli pun KFC dekat aje kan. Tuh yg jadi malas tuh. Tp lau bawa gi camping dalam tempat terpencil.. mmg syiok.

    BalasPadam
  3. Kejap lagi nak cubaa. Ondway nak beli bahan. Harap menjadi. Thankyou share ! 😃

    BalasPadam
  4. klu xde susu segar, susu cair boleh jugak ke?

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers