Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

12 Julai 2016

SENAMAN IBU HAMIL UNTUK MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN

SENAMAN IBU HAMIL UNTUK 

MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN

Senaman Ibu hamil Untuk Memudahkan Proses Bersalin ni teman nak buatkan untuk adik ipar dan kawan supaya dijadikan panduan.. tapi itulah.. lambat sangat nak publishnya.. Dah beranak pun diorang.. hahahaha.. Senaman ini sesuai dilakukan ketika kandungan dah mencecah 8 bulan, jangan buat awal-awal yea.. risau pulak teman kang jadi lain pulak.. 

Ehhh.. teman terlupa ye nak bercerita tentang adik ipar teman (ila) dan sahabat baik teman Cikin, yang masing-masing telah bersalin pada Jun lepas.. Diorang dapat baby boy! Alhamdulillah.. rezeki sahabat baik teman dapat boy anak yang first kan.. Due date sepatutnya 30/6/2016 tapi terbersalin awal lak dia, 13/6/2016..

Manakala adik ipar dapat anak yang ke 5, due date pada 25.6.2016 tapi bersalinnya pada 28.6.2016 .. Ramai dah anak dia kan! huhuhu.. Masa hujung-hujung kandungan tu, adik ipar ada jugak bertanya senaman apa yang elok untuk ibu mengandung.. So, teman pun google dan cari.. tapi tak sempat nak share dengan adik ipar, sekali di pun dah terberanak dulu.. hehehehehe... Ok lah .. disini teman nak jugak share Senaman Ibu Hamil ni.. hehehehe.. leh jadi panduan buat semua ..

Apa-apa pun, sebelum memulakan sebarang aktiviti senaman ketika hamil; sila rujuk kepada pakar terlebih dahulu. Walaupun senam ibu hamil ini bagus, jika pada bila-bila masa anda berasa sakit, cepat-cepat berhenti daripada melakukannya.

1.


Mulakan aktiviti senam ibu hamil anda dengan melakukan push-up menghadap dinding, ini akan menguatkan otot di hadapan dada dan otot triceps di belakang lengan anda. Caranya adalah dengan berdiri menghadap dinding dan kemudian sandar pada dinding pada paras bahu. Pastikan lutut anda berasa selesa. Bengkokkan siku dan turun sehingga dada menyentuh diding. Kemudian angkat badan anda semula ke keadaan asal. Lakukan sehingga 15 kali.


2.

Antara senam ibu hamil yang lain, anda boleh cuba leg lift (senaman kaki) untuk menguatkan otot belakang dan perut anda. Mulakan dengan kedua-dua tangan dan lutut anda menyentuh tanah. Angkat lutut kanan anda, dan luruskan kaki supaya selari dengan lantai. Kemudian letakkan semula kaki kanan anda ke kedudukan asal dan angkat lutut kiri anda pula; dan luruskan kaki selari dengan lantai. Ulang sehingga 10 set untuk kedua-dua belah kaki.

3.
Seterusnya, untuk senam ibu hamil ini ialah senaman step-up dengan menggunakan bangku kecil atau tangga di rumah anda. Berdiri tegak di belakang bangku tadi dan angkat kaki utama anda ke bangku dan angkat kaki lagi satu, kemudian turunkan kedua-dua kaki tadi. Tukar kepada kaki lagi satu dan angkat kaki tersebut ke atas bangku dan angkat kaki lagi sebelah, kemudian turun semula. Ulang seberapa banyak bagi setiap kaki berselang-seli selagi yang anda mampu.

4.

Aktiviti senam ibu hamil yang terakhir anda boleh lakukan adalah senaman mencangkung. Setiap kali anda lakukannya, ia boleh membantu untuk membuka laluan ruang pelvis dan memudahkan bayi untuk keluar. Dengan berdiri tegak dan menyandar pada dinding, turunkan badan anda dengan membengkokkan lutut anda ke paras yang anda selesa. Sila pastikan tumit anda kekal rata di atas lantai. Kemudian kembali semula ke kedudukan asal. Ulang seberapa kerap yang anda mampu.
Senam ibu hamil yang lain

Boleh juga cuba senaman seperti di bawah ini :








Senaman-senaman seharusnya dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Seperti biasa, impak senam ibu hamil ini, lebih banyak anda bersenam, lebih kuat badan anda dan lebih mudah anda dapat melahirkan anak di kemudian hari.

Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. Hu hu hu. Akk ni kategori ssh nak bersalin. Sakit berhari hari dan berjam jam. Alhamdulillah sempat jugak 3 orang

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers