Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 September 2016

CARA TIDUR YANG BETUL BAGI IBU DALAM PANTANG

CARA TIDUR YANG BETUL 

BAGI IBU DALAM PANTANG

Hai.. saja nak share tentang Cara Tidur Yang Betul Bagi Ibu Dalam Pantang ni, sebab baru-baru ni saja sembang-sembang dengan adik ipar.. Dia suka bercerita dan teman lak suka je dengar sebab kadang-kadang ilmu tu boleh di share dengan rakan-rakan yang memerlukan.. betul tak? ni teman terjumpa info tentang cara tidur yang betul ni, terus up dalam blog.. semoga bermanfaat buat semua yea.. Sharing Is caring . jemput baca yea..

Cerita tentang pakai bengkung, bertungku, minum air kunyit, makan jamu selepas bersalin memang ramai tahu. Tahukah anda tentang cara tidur yang betul bagi ibu dalam pantang?

Jangan pandang remeh perkara ini ya. Silap cara tidur peranakan lambat sembuh dan kepala selalu sakit. Selain cara tidur ada lagi perkara yang sebaiknya dibuat tapi selalu diabaikan ibu sewaktu dalam pantang.

1. Cara tidur ibu bersalin
Tidur dengan bantal yang tinggi supaya darah kotor tak naik atas kepala dan jauhkan diri dari sakit kepala. Kemudian kaki rapat dan lurus supaya peranakan cepat pulih dan vagina jadi sempit semula dan luka cepat sembuh.

2. Pakaian dalam pantang
Pakai baju lengan panjang terutama waktu pagi dan malam supaya angin sejuk tidak masuk ke tulang yang boleh mengakibatkan sakit tulang di usia tua. Sentiasa berstoking supaya kaki sentiasa panas dan badan tidak masuk angin.

3. Dandanan Rambut
Rambut kena ikat tinggi dan ketat supaya angin meroyan tak naik ke kepala. Jika tidak jaga, ibu akan mendapat sakit gila meroyan atau mata cepat rabun. Boleh juga sapukan minyak zaitun untuk menyegarkan kulit kepala dan menghilangkan rasa pening.

4. Berbedak
Bukan bedak kompak ya. Ini bedak bedak sejuk yang dicampur ragi tapai. Cara membuatnya ambil sebuku ragi tapai,hancurkan dengan sedikit bedak sejuk, kemudian campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada seluruh badan,jangan terlalu tebal atau terlalu nipis selepas mandi pagi atau sebelum sarapan. Tujuan berbedak untuk mengelak angin masuk badan dan menegangkan semula kulit.

5. Pilis
Nak berbedak pun malas inikan pula meletakkan pilis di dahi. Ramai yang rasa rimas menggunakan pilis walhal ia baik untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala akibat berpantang. Ia dapat mengurangkan masalah gelap mata yang biasanya dialami ibu yang lepas bersalin. 

Melihat senarai pantang ibu bersalin memang rasa remeh untuk dibuat, apatah lagi kalau berpantang sendiri yang pada masa sama kena jaga bayi. Tapi cuba untuk ikut aturan ini kerana ia untuk kebaikan dan kesihatan diri ibu juga.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

1 ulasan:

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers