Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

28 September 2016

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN KITA DAN BAYI

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN 

KITA DAN BAYI

Tertarik untuk kongsikan satu post yang teman jumpa di Facebook.. berkenaan tentang penggunaan bahan plastik yang mengandungi Bisfenol A (BPA) dalam kehidupan seharian kita. Tanpa kita sedar ia memberi kesan yang membahayakan kesihatan kita di masa akan datang..

So, teman kongsikan juga disini post tersebut untuk tatapan dan ilmu berguna buat kita semua.. Sharing Is Caring.. Moga ia bermanfaat buat semua..

############################
Mahal macam mana pun botol tukar la dgn kerap..jangan kedekut..menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat2 tidak relevan..(kecuali belom guna).. 

Tengah bancuh susu anak, entah kenapa tiba-tiba teringat 'Eh, berapa lama eh boleh tahan satu botol susu ni.. takkan la pulak selama-lamanya..

Pernah tak terfikir benda yang sama ? Berapa lama jangka hayat botol susu anak kita tu ? Apa efek bahaya guna botol susu terlampau lama kepada anak ?
TAHU TAK ?
Rupanya bahaya tau guna botol susu yang dah lebih 3 bulan. Tambah lagi yang dah banyak calar balar kat bahagian dalam botol tu. Calar-balar tu akan keluarkan toksid dan bahayakan kesihatan anak kita. Cuma kalau yang botol BPA Free tu paling maksimum pun 6 BULAN SAHAJA TAHAN.

APA ITU BISFENOL A (BPA) ?
Bisfenol A (BPA) ni bahaya terhadap keluarga kita (bayi terutamanya). Bisfenol A (BPA) adalah bahan kimia yang terdapat dalam plastik polikarbonat (polycarbonate) dan resin epoksi. Plastik polikarbonat yang jernih dan tahan lasak ini digunakan dalam pelbagai produk pengguna antaranya botol susu bayi, botol air mineral, bekas makanan dan juga dalam teether bayi. Resin epoksi pula digunakan untuk menyaluti lapisan dalam hampir semua makanan dan minuman dalam tin.

JANGKA HAYAT BOTOL SUSU
Jika Botol susu yang ada BPA jangka hayatnya hanya 3 ke 6 bulan. Manakala botol susu yang BPA FREE jangka hayatnya lebih panjang, namun sebaiknya tukar sekiranya berubah warna botol, banyak kesan calar dan sudah kekuning-kuningan.

KESAN BPA TERHADAP KESIHATAN DAN BAYI
BPA dari produk mengandungi bahan berbahaya ini dapat melarut resap ke dalam makanan atau minuman dan seterusnya memasuki badan. Dos Bisfenol A yang rendah sekalipun dalam badan manusia boleh disalah anggap sebagai estrogen.

Estrogen adalah hormon yang mengawal perkembangan otak, sistem peranakan dan pertumbuhan janin. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan. Bahkan janin dalam kandungan (ibu hamil jaga pemakanan anda) dan bayi adalah golongan yang paling berisiko jika terdedah dengan BPA ini kerana ia dikatakan mempengaruhi pembentukan otak dan perangai bayi.

Banyak kajian mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah lain seperti :

• Baligh awal

• Kanser payudara

• Kanser prostat

• Penyakit jantung

• Obesiti

• Kencing manis

• Dan boleh menyongsangkan ciri-ciri jantina seseorang dan merosakkan kromosom !

FAKTOR PENGARUHI LARUT RESAP BPA KE DALAM MAKANAN
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan larut resap ini berlaku dengan lebih banyak. Antaranya :

• Kepanasan (api dan matahari)

• Calar

• Pendedahan terhadap sesetengah bahan kimia (termasuk sabun pencuci)
Bekas plastik yang mempunyai tanda logo segitiga bertulis 
nombor 3 atau 7 adalah mengandungi BPA

TIPS MENGELAKKAN BPA
Anda mungkin sukar untuk mengelakkan secara mutlak penggunaan produk yang mengandungi BPA ini, tetapi anda dapat mengurangkannya dengan mengamalkan langkah-langkah berikut ~

• Jangan panaskan makanan atau minuman dalam plastik polikarbonat sama ada menggunakan ketuhar gelombang mikro atau pun direbus.

• Kurangkan pengambilan makanan dalam tin, pilih yang segar atau sejuk beku. Jika mahu yang segera, pilih dalam botol kaca. Seboleh mungkin, gunakan bekas makanan daripada porselin, kaca atau keluli tahan karat terutamanya untuk makanan atau minuman panas.

• Berikan permainan yang selamat untuk anak anda. Lihat kod plastik di bawah permainan. Kod 7 adalah polikarbonat (elakkan juga kod 3 kerana ia mengandungi toksin).

• Jika mahu membungkus sup atau air panas dari penjual makanan, bawa bekas makanan atau minuman anda sendiri. Jangan gunakan plastik. 

• Jangan membiarkan air di dalam botol air mineral terjemur di dalam kereta, dan kemudian meminumnya.

TIPS ELAK BPA PADA BOTOL SUSU ANAK ANDA

Botol Susu Kaca

Botol Susu Stainless Steel

• Gunakan botol susu daripada KACA atau STANLESS STEEL (tahan lama dan tak perlu risau tentang BPA) atau boleh juga gunakan botol plastik yang bebas BPA (tapi perlu tukar dalam masa 3 bulan atau paling lama 6 bulan). Elakkan menggunakan botol polikarbonat.

• Jika anda menggunakan juga botol polikarbonat, pastikan ia tidak dijemur, tidak dipanaskan dan tidak dimasukkan air panas menggelegak ke dalamnya.

• Elakkan calar dengan menggunakan berus yang lembut daripada plastik dan span, bukan berus daripada dawai untuk membasuh botol susu bayi.

• Gunakan sabun yang sesuai dan selamat untuk mencuci botol anak anda.

BILA BOTOL ANAK PERLU DITUKAR SEGERA ?


1- Kesan Calar Pada Botol
Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, anda perlu menukarkan botol anak. Dibimbangi terdapat pembebasan toksik atau bahan kimia daripada plastik botol tersebut.

2- Sterilizer
Pengunaan sterilizer ini sebenarnya dapat mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin hanya boleh digunakan 4 bulan. Salah satu sebab adalah kerana ianya melibatkan penggunaan haba yang tinggi.

Pendedahan terhadap air yang menggelegak juga boleh menyebabkan botol polikarbonat melepaskan Bisphenaol A (BPA) dengan kadar lebih cepat berbanding terdedah kepada air sejuk atau air suam.

3- Warna Botol
Jika botol anak kelihatan kekuningan, ianya adalah tanda botol perlu ditukar. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesan calar di bahagian dalam botol.

4- Bau
Jika botol sudah berbau tidak nyaman walaupun kerapkali kali dibasuh, tukar botol kerana bau tidak menyenangkan boleh berpunca daripada kulat atau mikroorganisma di dalam botol.

5- Pengunaan Sabun Pencuci Botol
Penggunaan pencuci botol susu juga perlu di ambil kira. Mencuci dengan menggunakan sabun biasa ataupun sabun pencuci pinggan perlu dielakkan. Ianya bukan sahaja mengandungi bahan kimia menghakis, malah memberikan kesan bahaya kepada anak sekiranya sabun tidak dibilas dengan bersih. Gunakan bahan pencuci yang bersifat ORGANIK.

Sekarang dah tau kan ? Semoga perkongsian ni beri manfaat kepada ibu-ibu semua, buat pilihan yang tepat untuk kesihatan Si Manje yang tersayang 😊


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


2 ulasan:

  1. Thanks for the info kak.. lepas ni kena aware dengan diri sendiri even tak ada anak lagi, boleh bagi nasihat pada kakak dan abg ena

    BalasPadam
  2. lps ni kene bt pembersihan botol2 susu lah jawabnya

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers