TANDA-TANDA AWAL DAH NAK BERSALIN
1. Kontraksi
Kontraksi berlaku pada jarak yang pendek dan kerap. Lebih lama dan lebih sakit. Pastinya ia bukan lagi kontraksi braxton hicks.
2. Air Ketuban Pecah
Air ketuban pecah secara semulajadi. Saat ini perlu dipastikan kelengkapan ke hospital sudah tersedia dan jika kontraksi semakin kuat segera ke hospital. Tetapi jika kontraksi belum kuat tak perlu kelam kabut untuk terus ke hospital, masih lagi sempat buat aktiviti yang tertangguh seperti makan atau mandi. Selepas semuanya selesai segera lah ke hospital.
3. Turun Darah
Jika turun darah, perlu segera ke hospital. Ini menandakan proses kelahiran sudah semakin hampir.
4. Baby engaged
Beberapa minggu terakhir akan terasa baby semakin ke bawah dan akan terasa juga kurang selesa di celah kelengkang. Ini menunjukkan kepala baby sudah engaged dengan tulang selvik sedikit demi sedikit. Kekerapan membuang air kecil juga semakin kerap.
5. Laluan mula terbuka (dilates)
Kebiasaannya di hujung kehamilan serviks akan semakin menipis dan terbuka untuk proses kelahiran nanti. Kebiasaan doktor akan membuat pemeriksaan untuk melihat bukaan, dan ada juga hospital yang tidak membuat pemeriksaan bukaan setiap kali check up terutama dihujung kehamilan.
6. Mudah merasa penat dan letih
Di hujung kehamilan, ibu mudah merasa letih kerana keadaan perut yang semakin membesar serta kurang mendapat tidur yang cukup. Seperti saya kekerapan kencing sangat tinggi pada waktu malam. Ia sedikit mengganggu waktu tidur saya :-)
7. Kerap merasa sakit belakang dan otot -otot terasa sakit
Otot dan semua joint akan melonggar, ini menunjukkan saat kelahiran sudah semakin hampir untuk menyambut kelahiran.
8. Kesakitan yang kerap dan cepat
Kebiasaannya kesakitan yang kerap berlaku di antara selang 10 minit sakit datang dan setengah minit sesi sakit.
PANDUAN MUDAH NAK BERSALIN ??
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Assalamualaikum akak.. lama tak bw sini. Sihat ke? Ni good news ke
BalasPadam