Hari tu dalam group whatsapp ipar-duai, anak sedara belah suami yang sedang mengandung 6 bulan mengadu cirit birit. Cirit birit nya bukan biasa-biasa, tetapi sampai tahap dah lembik badan katanya.. Sampaikan doktor check amat bahaya kalau berterusan kerana boleh membuatkan si ibu bersalin lebih awal dari tarikh due nya.. Teman pun dah risau mendengarnya pada masa tu.. Tapi nak bagi petua risau pulak tak sesuai kan... sebab anak sedara sedang pregnant, So.. teman biarkan yang mana lebih senior dan berpengalaman dalam group whatsapp tu yang bagi pendapat atau tips2 untuk redakan cirit birit tu..
Selepas itu teman pun macam biasa.. Google jugaklah penyelesaian utnuk masalah kesihatan ketika mengandung ni.. manalah tau boleh share dengan anak sedara teman tu.. mujur lah belum sempat share tips2 ni.. anak sedar dah beransur sembuh.. Alhamdulillah.. Walauapapun, teman share kan jugak disini tips2 atau petua2 serta langkah-langkah atasi cirit birit ketika hamil ni yea..
Moga bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana yang hamil atau sedang bersiap sedia untuk hamil...
Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah kerana masalah tersilap makan. Kalau kena cirit-birit masa mengandung, tentu sahaja bakal ibu bertambah bimbang memikirkan keselamatan anak dalam kandungan.

6 LANGKAH ATASI CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL
Masalah sakit perut dan cirit-birit biasa berlaku ke atas sesiapa sahaja termasuk ibu hamil. Puncanya adalah kerana masalah tersilap makan. Kalau kena cirit-birit masa mengandung, tentu sahaja bakal ibu bertambah bimbang memikirkan keselamatan anak dalam kandungan.
Sebenarnya selagi anda sihat, badan mempunyai banyak kaedah pertahanan semula jadi yang dapat melindungi bayi. Walaupun ibu hamil mengalami masalah cirit-birit dan muntah-muntah, kemungkinan besar ia tidak akan menjejaskan bayi dalam kandungan.
Bagaimanapun kehilangan tenaga dan air dalam badan akibat cirit-birit dan muntah-muntah mungkin akan menjejaskan kesihatan ibu sendiri. Oleh itu beberapa langkah rawatan awal mesti dilakukan seperti berikut:
1. BANYAKKAN BEREHAT
Biasanya bila kena cirit-birit, kita akan letih dan lesu akibat kehilangan banyak tenaga. Maklumlah kena keluar masuk tandas banyak kali. Jadi pastikan anda banyak berehat untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.
2. MINUM BANYAK AIR
Minum banyak air atau mengambil cecair jernih sebanyak yang boleh. Sekiranya sukar mengekalkan cecair dalam badan, minum sedikit demi sedikit menggunakan penyedut minuman atau boleh mencuba jus atau sup.
Ada sorang lagi anak sedara belah hubby bagi tips.. minum air oren atau fresh oren / jus oren.. insyaAllah.. akan pulih segera.. InsyaAllah..
Ada sorang lagi anak sedara belah hubby bagi tips.. minum air oren atau fresh oren / jus oren.. insyaAllah.. akan pulih segera.. InsyaAllah..
3. KERAP MAKAN
Walaupun sakit perut dan cirit-birit, anda mesti makan. Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Cuba makanan yang tinggi karbohidrat seperti roti, kentang, pasta atau nasi. Elakkan daripada mengambil makanan yang berlemak atau pedas.
Tips dari sahabat teman lak... katanya makan je NASI PANAS-PANAS tu.. letak kicap sikit ke.. letak sup sikit ke.. makan macam tu je.. buat sementara je.. bagi perut dah ok sikit..
Tips dari sahabat teman lak... katanya makan je NASI PANAS-PANAS tu.. letak kicap sikit ke.. letak sup sikit ke.. makan macam tu je.. buat sementara je.. bagi perut dah ok sikit..
4. RAWAT SISTEM PENCERNAAN
Minum minuman YOGURT atau minuman yang mengandungi probiotik / VITAGEN setiap hari untuk membantu memulihkan sistem pencernaan anda.
5. ELAKKAN AMBIL SEMBARANGAN UBAT
Jangan mengambil sebarangan ubat untuk masalah cirit-birit. Pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi.
6. SEGERA JUMPA DOKTOR
Berjumpa dengan doktor secepat mungkin sekiranya anda sakit lebih daripada 48 jam, mengalami dehidrasi teruk dan demam.
Pastikan jangkitan cirit-birit yang anda alami tidak merebak kepada orang lain di dalam rumah dengan cara menjaga kebersihan iaitu mencuci tangan dengan bersih selepas masuk ke tandas, membersihkan tandas dengan cecair pencuci anti bakteria dan tidak berkongsi tuala dengan ahli keluarga yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
apa sebab die cirit birit..lahai kesiannnya
BalasPadamSebab keracunan makanan katanya. Satu family kena. Dia yg last.. Mujur takde apa2. Risau dah masa tu..
PadamSebab keracunan makanan katanya. Satu family kena. Dia yg last.. Mujur takde apa2. Risau dah masa tu..
PadamCirit birit smpai lembik badan mmng bahaya. Kna hti2. Lg2 klau pergi mkn knduri.
BalasPadam