Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

21 Oktober 2016

BERMAIN JIGSAW PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES


SYOKNYA BERMAIN JIGSAW PUZZLE
SECARA ONLINE DI JS PUZZLES!!

Apabila ada masa free dan tiada aktiviti nak dilakukan, pastinya kita tercari-cari apakah perkara paling best dapat menghilangkan rasa bosan kita kan? haha.. kalau TB, dulu memang suka habiskan masa dengan bermain game yang menguji IQ ni.. dan game yang menjadi pilihan TB ialah Game seperti SUDOKU, MAHJONG, SOLITAIRE, dan bermacam-macam game online yang boleh dipilih mengikut kesukaan kita.. Yang penting game itu bukanlah game yang membuang masa, tetapi game yang menguji dan mengasah minda kita untuk berfikir dan mencari jawapan mahupun penyelesaian untuk meneruskan step seterusnya..


Terbaru.. haaa.. ini dia Website yang ingin TB kongsikan dengan korang semua. Website game online iaitu JS Puzzles yang bagi teman amat menarik untuk menguji dan menguatkan ingatan kita apabila otak kita bergerak bersama mata kita didalam melengkapkan cebisan-cebisan puzzle yang berterabur untuk dicantumkan supaya mendapat sebuah gambar lengkap.

Sedikit Info tentang JS Puzzles
JS Puzzles adalah sebuah website yang lahir untuk pencinta Jigsaw Puzzles. Untuk makluman semua, Website JS Puzzles ini telah dilancarkan pada April 2007, dan pengguna/pelawat di website tersebut boleh mengakses pelbagai stok puzzles yang ada dan lebih merasa selesa dan realistik apabila permainan tersebut disertakan dengan sound effect dan ciri-ciri yang menyeronokkan .

Setiap hari Website JS Puzzles akan menambah koleksi Puzzle terbaru, antaranya 9-225 jigsawpuzzles untuk orang dewasa, kanak-kanak dan banyak lagi. Dinatar koleksi yang ada di Galeri website JS Puzzle ialah yang bertemakan Alam, Pemandangan, Tempat dan lain-lain ...

Berjuta-juta teka-teki jigsaw percuma yang dicipta oleh ramai orang. Seronok sangat bermain, berkongsi teka-teki jigsaw dan bersaing dengan pengguna lain. 

JS Puzzles kini bekerja dalam kebanyakan platform termasuk Windows dan Mac (dalam pelayar) dan Android serta Ipad tablet.

Pelawat boleh mendaftar untuk menjadi ahli secara percuma, bermain sebagai tetamu, dan mempelajari fakta-fakta menarik tentang bagaimana teka-teki jigsaw terhasil dan apakah sejarah mainan menarik ini. 

Jom Main teka-teki jigsaw percuma dalam talian ... itupun kalau korang mahu sel-sel otak korang bekerja dengan relaks, hanya layari http://www.jspuzzles.com .

Oh ya.. Laman ini juga mempunyai pautan ke tapak permainan yang lain seperti SUDOKU ONLINE, MAHJONG DRAGON, SOLITAIRE BLISS, FUNZOLA, HANGMAN..

JSPuzzles juga mengalu-alukan maklum balas pengguna dan apa yang paling menarik, pengguna boleh memuat naik gambar mereka sendiri untuk digunakan sebagai teka-teki jigsaw. Wah! menarik kan? hehehe.. rasa nak cuba yang ni je.. tapi kena daftar dulu tau.. hehehe.. Jom lihat step-step nak daftar di website ini, mudah sahaja! dan yang penting PERCUMA!

CARA MENDAFTAR DI JS PUZZLES DAN 
CARA MEMUAT NAIK GAMBAR KESUKAAN KORANG 
KEDALAM GALERI WEBSITE JS PUZZLE


Mula-mula klik Register dan isi butiran yang diminta.. 

then pilih lah Upload and Manage Photos untuk upload gambar kesukaan korang untuk dijadikan Jigsaw Puzzle versi korang plak.. hehehe.. 

Step 1 - Isi butir-butir diperlukan

Step 2 - pilih gambar dan klik Upload


Step 3 - Save Change

Step 4 - Yeay!! dah berjaya masuk dalam Galery 

Nak try main Jigsaw Puzzle guna gambar Butang? 
sila KLIK SINI yea.. 

######################################################

Haaa.. kalau korang rasa malas nak upload gambar-gambar korang sendiri, korang boleh je terus pilih gambar yang sedia ada tu.. Kalau nak gambar Animals, Art atau Nature.. boleh je pilih kat situ.. ada banyak pilihan.. dan kalau korang rasa tak mencabar sangat, pilih je gambar abstrak tu, nak tengok boleh ke tidak korang selesaikan dalam masa yang diberikan.. kira best timer la.. hehehe.. kalau berjaya, korang memang the best! 

Macam biasa, TB kan pencinta kucing, so.. TB pilih gambar Kucing ajelah yea! hehehe..Klik situ

Nanti akan keluar gambar macam ni..  klik je PLay This Puzzle

hehe.. akan keluar gambar berterabur macam ni..  
apa lagi.. susun la ye!

Sebelum terlupa, nak bagi tahu.. game ini best sebab ada masa diberikan untuk menyelesaikan puzzle ni.. so, dengan cara ini korang akan tahu tahap kecekapan korang.. hehehe

yang ni teman punya time untuk main kali kedua, kalau kali pertama lagi laju daripada ni tau.. hehehe

Haaa.. bagi yang rasa gambar kucing yang tb pilih tu terlampau mudah, apa kata korang cuba gambar yang ni.. haha.. boleh ke tidak capai masa yang dimahukan? hehehe

Eh.. kucing lagi .. tak habis-habis dengan kucing je ye! hehehe.. apa-apa pun.. TB suka semuanya.. sebab memang mencabar jugak permainan Jigsaw Puzzles ni.. tambah-tambah sebab kena kejar masa terbaik.. adoi.. Rasa geram je kalau asik dapat masa tercorot!

Oh ya.. sebelum terlupa.. jemput singgah jugak website Solitaire Bliss dan Live Sudoku ni yea.. antara permainan online yang menjadi favourite teman jugak tau! 



Selain itu.. dibawah ni jugak ada game online lain yang best jugak ye!! boleh try jenguk!







Jom LIKE Facebook Page JS Puzzles!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

4 ulasan:

  1. Dulu masa zaman kje, time dh free je msti cri game mcm ni. Kasi cabaran skit kt diri. Hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha kan mimi.. game macam ni boleh bagi otak kita ni fresh sikit.. idak la lemau aje kan.. haha

      Padam
  2. hahaha...best jgk mainan ni..lama dh..zaman2 dulu ingt lagi ade games mcm ni..tp yg ni lagi best..tu meow2 tu si butang meow ke :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la.. dulu memang ada je website kita nak main dikala bosan, tapi lepas tu dah dewasa dah tinggal semua ni.. tetiba terasa nak main balik, dah tak ingat website apa ye.. hehehe.. so lepas ni cari kat sini jelah.. kan zaza

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers