RAHSIA KULIT CANTIK DAN PESONA DIRI MEMUKAU DENGAN ENCHANTEUR PARIS
Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS. TB pernah cerita tak dulu TB ada join Contest di page Enchanteur ni? hehe.. mungkin ada cerita di instagram je kot hari tu.. Masa tu TB menang minyak wangi dari Enchanteur macam dalam gambar dibawah ni .. wangi giler bau dia tau... sememangnya TB memang suka bau Enchanteur ni sejak zaman-zaman kerja dulu.. Semua gara-gara tercium anak Officemate yang mandi guna mandian Enchanteur yang berbau wangi giler tu.. Apa lagi TB pun try beli dah terus suka.. dua wangian yang TB suka ialah Charming dan Romantic.. TB siap beli satu set.. ada Roll On dengan Lotion lagi.. semua dari bau yang sama.. wangi kauuu.. Tapi Masa tu tak pasti dah ada ke belum Enchanteur Paris ni..
Minyak wangi yang TB menang hari tu
Eh.. ini bukan nak citer pasal hadiah minyak wangi yang TB menang ritu.. tapi nak bercerita tentang jenama terkenal Enchanteur Paris ni yang menjadi pilihan pengguna kerana wangiannya yang begitu mendebarkan hati lelaki apabila terbau wangian dari seleksi Enchanteur Paris ini.. haha.. seperti iklan di TV tu lah kan.. dah sembur perfume Enchanteur baru lelaki tu perasan kewujudan awek tu.. ecececeh...Ok lah.. jom kita lihat apa yang menarik tentang produk dari Enchanteur Paris kali ni.. Opss.. first sekali nak komen dia punya botol dan stiker cantik giler... sweet-sweet gitu.. dan baunya.. wangi sangat-sangat tauuu... Masa TB buka kotak yang TB terima hari tu.. baunya semerbak sangat.. aduh! memang rasa tak sabar nak sapu lotion tu ke badan...
Yang ni perfume Lotion dalam bentuk botol..
Yang ni pulak dalam bentuk tiub.. alahai sukanya tengok design gambar dia kan..
Jom Terokai rahsia kulit cantik dan pesona diri
yang memukau dengan ENCHANTEUR PARIS.
Sebagai sebuah jenama yang terkenal dengan rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis, rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS juga turut diperkaya dengan seleksi wangian mewah bagi memberikan setiap wanita kesegaran tubuh badan menyeluruh sepanjang hari. Keadaan cuaca negara yang panas serta gaya hidup yang sibuk membuatkan wanita memakai losyen atau serum bagi melindungi dan memelihara kulit mereka setiap hari. Untuk keyakinan diri tambahan, rangkaian deodoran ENCHANTEUR PARIS akan menyerlahkan lagi pesona diri anda.
Ketika menikmati wangian memukau dari rangkaian EDT, losyen atau serum badan, deodoran bebola serta semburan pewangi badan, seorang wanita akan bersedia sepenuhnya untuk mengubah harinya yang biasa agar dipenuhi dengan detik istimewa yang tiada penghujungnya dengan ENCHANTEUR PARIS.
Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapati di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie.
Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3.
Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan.
Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.
Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.
Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).
Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR
sila layari www.ENCHANTEUR.com.my
atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY dan
Instagram https://www.instagram.com/enchanteurmy/
sila layari www.ENCHANTEUR.com.my
atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY dan
Instagram https://www.instagram.com/enchanteurmy/
ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti, mengikut peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis.
Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan seseorang wanita.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
memang jenama lama nih... mmg tak dinafikan...wangi..
BalasPadamha a.. jenama lama dan terkenal hingga kini.. suka bau Charming denagn Romantic
Padamcantiknya bungkusan kotak dia..ni boleh bt sebaragai barang hantaran jgk ni
BalasPadam