Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

19 Mei 2017

TAHNIAH! DIDI & FRIENDS DAH 500 JUTA VIEWS DI YOUTUBE!

TAHNIAH! DIDI & FRIENDS
DAH 500 JUTA VIEWS DI YOUTUBE!

Hamboii.. 15 Mei 2017 yang baru ni rupanya Didi & Friends punya video dan cecah 500 Juta Views di youtube yeeee.. bukan 5 Juta okey.. 500 Juta tu.. dan bukan itu saja, Channel Youtube  Didi & Friends  pun dah cecah lebih 500,000 Subscribers.. fuyooo... hahaha.. Ini mesti sebab Harraz, baby mama la yang suka tengok Didi & Friends hari-hari ni.. Hahahaha.. Penyumbang jugak la kan.. kadang abes semua lagu dia tengok.. Adoii.. Pagi, Petang, Siang, Malam.. Dia tak kira.. kalau tak pasang mesti dia bosan dan lepas tu macam-macam pulak dibuatnya.. meniarap, bergulinglah.. sampai terkeluar dari kelambu.. hahaha.. sib baik la kami tido di atas toto dekat luar.. kalau atas katil..seriauuu..


Baby suka tengok dan senyum aje bila nampak Didi tu.. Nampak sangat dia minat giler dengan Didi,, haha.. kena cari satu toys Didi ni..
Pastu nampak dia suka yang lain juga, Didi, Nana, Jojo,, Pak Atan, Tata, Bambam Gajah, Pak beruang, Wawa si lebah, Bingo dan Tatak.. hahahaha.. lagi satuu.. burung kakak tuaaaa.. kah3.. adoi.. terbayang muka baby tengah senyum tengok video burung pak atan tu.. hahahaha..Kerja TB nak ber blog pun jadi mudah bila Baby suka tengok Didi & Friends ni tau..

Apa-apa pun.. nak ucap tahniah lah dekat team Digital Durian Animation yang telah berjaya menarik minat anak-anak kecil belajar dan membaca sambil bermain dengan lagu-lagu mereka.

hehe.. Kebetulan juga rupanya pada 15 Mei 2017 itu juga Digital Durian ni turut menyambut Ulang Tahun ke 3 Didi & Friends di Youtube .. Happy Birthday yeaaa.. Nanti buat banyak-banyak lagi ye lagu baru.. Biar Baby Harraz dan mamanya hafal lagi.. kui3.. Terjebak sudah..
Haaa.. TB pun baru nak kenal-kenal sejarah Didi & Friends ni tau.. Pernah masa mula-mula pasang video Didi & Friends , TB dan suami tertanya-tanya Didi ni Burung ke Ayam? hahahaha.. adeh.. sampai confused jugak la kami pada mulanya tu.. sebab tengok burung kakak tua tu macam sama je dengan Didi,Nana dan Jojo.. hihihi.. 

Akhirnya baru kami tahu rupa-rupanya watak-watak dalam siri ini diinspirasikan daripada seekor ayam serama. Ayam serama adalah sejenis ayam yang unik, badannya kecil, dadanya kedepan dan ekornya ke atas .
Didi - Didi selalu bertanya apa, kenapa, di mana dan bagaimana. Kulitnya berwarna coklat dan Didi memakai topi berwarna merah dengan tulisan "Didi" berwarna kuning. Didi memakai baju berwarna biru beralaskan tali pinggang berwarna merah.
Jojo - Jojo pandai mengenal huruf ABC dan Alif ba ta. Kulit Jojo berwarna putih dan Jojo memakai cermin mata berwarna ungu dan baju berwarna hijau.
Nana - Nana adalah yang comel, pintar dan sopan. Nana memakai reben di atas kepalanya dan baju berwarna merah jambu. Nana memakai kalung berwarna kuning dengan huruf "N" yang berwarna merah jambu.

Dengan tagline ‘Jom Nyanyi! Hora Horey!’, kesemua lagu Didi & Friends dalam Bahasa Malaysia ini merupakan adaptasi lagu kanak-kanak dan rakyat popular daripada bahasa lain termasuklah Tepuk Amai Amai, Jambatan Sedang Roboh (Lagu Bahasa Inggeris – London Bridge), Keldai Comel (Lagu Bahasa Mandarin – Xiao Mao Lu), Pak Beruang (Lagu Bahasa Tamil – Karadi Mama) dan juga Bermain Dalam Bulatan (Lagu Bahasa Indonesia – Bermain Dalam Lingkaran). 

Haa.. paling respek bila Siri Didi & Friends yang disiarkan di saluran Astro Ceria sejak Disember lalu mencatat sejarah sebagai program kanak-kanak paling banyak ditonton di kesemua saluran Astro. Ini bermakna siri Didi & Friends diterima baik semua lapisan masyarakat di luar sana

“Ibu bapa di luar sana memberikan maklum balas positif di mana anak-anak mereka cukup terhibur dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Didi dan rakan-rakannya dan rata-ratanya mahukan lebih lagi kandungan. 


Eh.. Surprised... Didi & Friends ada dalam Bahasa Indonesia lah! Yay :D Dasyat kan... Dah sampai versi indon dah kan.. Lepas ni? Hehehe.. Kita tengok aje..

haa.. Jangan lupa Subscribe dan Like page FB Didi & Friends Indonesia ya! Teruskan menyokong Team Digital Durian dan Didi & Friends :D

Ok lah.. Apa-apa pun sekali lagi diucapkan tahniah buat team Digital Durian.  Korang memang awesome!! Huhuhu.. Anak Teman dah jadi peminat tegar Didi & Friends

Jom terjah website dan Fanpage Didi & Friends.  Like dan Follow sekali ye!

Website:

Fanpage:

EH! TUNGGU KEJAP!! DIDI ADA PENGUMUMAN TU!! 

Animasi baru Omar & Hana
Hai semua! Didi mempersembahkan animasi baru Omar & Hana,  Siapa tak sabar nak tengok lagu kanak-kanak islamik dari Digital Durian?

Jom Like page Omar & Hana
Hora Horey!

Haaa.. Baby Harraz pun suka Omar & Hana ni tau.. Setakat ni baru ada dua video di YouTube.. Lagu Alhamdulillah dan lagu yang ditujukan sempena hari guru tu.. 


Lagu Alhamdulillah pun dah melebihi 1 Juta views dah Sekarang ni tau.  TB pun suka sebab kartun dia comelll.. Harap lepas ni Ada lagi banyak video dikeluarkan.. TB pun suka. Heee.. Tahniah team Durian Digital.. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

8 ulasan:

  1. Wish they also have english version so my daughter could watch. Hehe btw congratulation on the 500million views! :D

    http://www.heymamacoi.com

    BalasPadam
  2. wow! tahniah it a milestone achievement. So proud of it.

    BalasPadam
  3. cute betul. patut la mencapai 500 juta.

    BalasPadam
  4. congratulations! cute la all those toys.

    BalasPadam
  5. So cute the soft toy. Congrats for reaching 500 million view. Keep going to provide more informative show to children.

    BalasPadam
  6. Glad to see our local anination all going somewhere and being popular.

    BalasPadam
  7. Secara jujurnya cakap, tak pernah lagi tonton cerita ni. Tapi dengar la kawan-kawan yang ada anak kecik caka[ cerita ni bagus.

    BalasPadam
  8. Wow more local animation for kids! This are cool, no more Western animation that teaches negative things to kids.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers