Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Jun 2017

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG PILIHAN TENGKUBUTANG!


SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG
PILIHAN TENGKUBUTANG!

Hai.. Assalammualaikum semua.. tengah buat apa tu? tido kaaa? eh.. jangan tido.. makruh puasa tu.. huhuhu.. kalau tido berlebihan la maksud TB, kalau terlelap kejap-kejap tu tak ada hal... hehehehe.. ni TB tengah garu-garu kepala ni, gatal plak kulit kepala petang-petang ni.. hehehehe.. malam nanti nak syampu rambutlah.. Semalam TB tak syampu rambut pun sebab tak nak syampu kerap sangat nanti kulit kepala jadi kering orang cakap.. wallahualam.. 
Ok lah.. TB nak cerita pasal syampu yang TB suka pakai. iaitu syampu Safi Shayla ni ha.. TB selalu guna yang warna turquoise tu.. yang untuk anti kelemumur satu..dan satu lagi yang icth control tu.. yang bertindak mengawal kulit kepala dari berkeruping dan menyamankan kulit kepala selepas memakainya..  wangi pulak tu.. rasa segar je rambut selepas cuci dengan syampu ni.. terasa seperti satu badan wangi.. hihihi.. 
TB suka pek refill tu, ala pek yang mcm tiub tu.. orang panggil pek Fleksi Syampu Safi Shayla tu sebab lepas guna leh terus buang.. kalau botol, alamatnya mengumpul botol2 syampu lah TB sebab banyak sangat botol syampu yang dah habis guna.. huhuhu.. 

Ok lah.. ada sesiapa yang tak tahu tentang syampu Safi Shayla ni? hemm.. walaupun agak mustahil dan rasa tak nak percaya je ada orang tak tahu dan tak pernah dengar tentang syampu safi shayla ni, TB tetap gak nak share untuk mereka yang berkenaan tu, supaya korang kenal syampu yang amat berbaloi dibeli ni.. dah la wangi.. tahan lama bau wanginya.. rasa segar je kulit kepala lepas cuci rambut guna syampu Safi Shayla ni, lepas tu yang paling best.. ada plak pek fleksi untuk mereka yang nak berjimat.. haa.. untung tak?? huh.. tak nak cerita panjang.. jemputlah baca info tentang Safi Shayla dibawah ni yea!

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG

Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung

“SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil. kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya 

= PEK FLEKSI SAFI SHAYLA =


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

“Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh menggunakan terus, atau gunakan ia sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Haa.. macam mana? tertarik tak mencuba? TB boleh katakan melalui pengalaman TB menggunakan sendiri syampu SAFI SHAYLA ni, TB suka sangat dengan baunya.. dan juga conditioner dia wangi sangat-sangat tau.. TB suka.. semua color TB suka.. sebab semuanya wangi.. korang pun cubalah.. try mana yang sesuai utnuk korang, pastinya masalah kulit kepala berkuwap tiada lagi pasni.. hehehehe..



JOM KITA TENGOK GAMBAR-GAMBAR 
SYAMPU SAFI SHAYLA YANG LAIN

Yang ni untuk kawalan minyak.. 

ini untuk itch kontrol 

yang ni untuk kawalan rambut rosak

Untuk merapi rambut.. conditioner ni yang TB guna.. 
Rambut wangii sangat..


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws 

Meh tengok video yang TB rakamkan untuk korang.. ecececeh.. video TB unboxing kotak syampu Safi Shayla ni ha.. jemput tengok ye! jangan lupa subscribe sekali yea.. 

dan untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari 

laman Facebook SAFI :

Laman Instagram :
SAFI@safimalaysia  

laman web SAFI :

#Hanya SAFI Shayla Untuk Saya


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


3 ulasan:

  1. baru nak terkejut tengok pek mini tu. rupanya dah ada refill pack ea? saya safi shayla jugak tapi yang warna hijau

    BalasPadam
  2. senang ada set mcm ni.. rm berapa kalau set mcm tu..

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers