Dilema Wanita Yang Merasakan Diri Membebankan Suami
Kerana Tidak Bekerja
Hai.. pagi ni TB rasa nak kupas satu topik dan dilema yang selalu dihadapi oleh para isteri yang tidak bekerja. Ramai diantara isteri yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berkahwin kerana ingin menumpukan perhatian kepada rumahtangga sepenuhnya.
Niat yang baik itu sangatlah dipuji namun ada juga pendapat yang mengatakan tindakan itu tindakan yang salah kerana sekiranya masih bekerja, mereka akan punya pendapatan sendiri namun sekiranya telah berhenti kerja, belum tentu apa yang mereka hajati dapat dipenuhi suami mereka kerana kebanyakan suami hanya memberikan apa yang perlu sahaja iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal sahaja. Dan Isteri juga tidak boleh meminta minta kerana perlu faham situasi suami yang bekerja keras untuk keluarga.
Teringat TB masa bekerja dulu, sebelum berkahwin, TB juga mempunyai kerja yang boleh menampung kehidupan sendiri, Alhamdulillah.. dengan gaji yang TB dapat walaupun kecil, dengan berjimat TB mengumpul duit untuk mendapatkan barang-barang yang TB impikan sehingga boleh membeli dari sekecil-kecil barang seperti cincin hinggalah sebesar-besar barang seperti kereta, motor, laptop, kamera dan bermacam-macam lagi.. walaupun semua benda diatas dibayar secara hutang, TB berasa puas memilikinya dengan gaji TB yang sangat kecil ketika itu.
Namun dipenghujungnya TB melepaskan jawatan kerana berpindah ke KL mengikut suami. Pada masa itu TB kebetulan baru dinaikkan gaji dan TB hanya dapat merasa hanya dua kali gaji baru tersebut. Tetapi TB harus meletak jawatan kerana TB perlu pilih hidup bersama suami di KL dan kami telah merancang untuk berbisnes bersama selepas berkahwin. Dan hingga kini kami berasa gembira dan happy dengan perkembangan bisnes kami.. Alhamdulillah.. Rezeki kami selepas berkahwin pun agak selesa.. Walaupun tidak kaya tetapi kami tetapi bersyukur apa adanya.. Alhamdulillah.. TQ Allah..
Itu cerita TB semasa zaman bekerja dan selepas berkahwin, ada juga cerita tentang rakan-rakan TB yang dulunya bekerja dan mempunyai jawatan yang gajinya tinggi dan beribu-ribu. Namun terpaksa berhenti kerana memikirkan untuk hidup bersama suami dan memikirkan bajet atau expenses sudah memadai untuk suami sahaja yang bekerja, namun telahan si isteri itu tidak tepat.. perbelanjaan rumah semakin tinggi kerana faktor yang kita semua sedia maklum iaitu harga barang yang meningkat, GST dan pelbagai lagi kos-kos lain yang membebankan.
Si isteri yang dahulunya memegang jawatan besar dan bergaji besar berasa sangat-sangat membebankan suami kerana semua yang dihajati terpaksa berminta-minta dengan suami, dan suami tidak mengendahkan permintaannya.. dan lebih terasa lagi apabila suami melayan isteri dengan endah tidak endah, bermasam muka dan marah-marah apabila pulang ke rumah,
Si isteri mengadu kepada TB mengatakan dirinya seperti tidak cantik, tidak berseri seperti dulu kerana tidak mampu membeli produk kecantikan utnuk dirinya sendiri, sedangkan pada zaman dia bekerja apa yang dia hajati dapat dia penuhi dan berasa sangat gembira dengan penampilan dirinya ketika zaman bekerja dan berduit.

Mungkin ada segelintir suami yang sangat peka dan sangat menyayangi isterinya dan ingin isteri kelihatan cantik dan bergaya, maka di belikan produk dan pakaian yang cantik seperti yang isteri mahukan.. namun spesis suami begini susah untuk dijumpai.. kepada yang memiliki spesis ini, bersyukurlah dan jagalah dia sebaiknya..
Seperti yang TB kongsikan kisah rakan diatas, memang ada juga isteri yang tidak bekerja merasa sangat-sangat membebankan kerana apa jua yang dia mahukan terpaksa meminta suami belikan, dan apabila suami merungut, si isteri mula memendam rasa, sedih dan kecewa.. Namun fikirkan sejenak juga samada hajat yang dikehendaki itu memang perlu ada atau hanya kehendak sahaja? kerana kadang-kadang benda yang tidak perlu terlalu kita inginkan kerana mengikut perasaan, terikut rakan yang lain, mahukan kepuasan, atau nungkin memang hajat itu perlu dipenuhkan kerana ia memang kita perlu?
Isteri yang tidak bekerja hatinya mudah rapuh, sayu dan mudah berkecil hati dengan sesuatu perkara walaupun terpandang wajah suami yang berkerut marah, penat, letih,
So, para suami janganlah kerana isteri yang tidak bekerja itu hanya duduk rumah sahaja, dia dianggap membebankan dan si suami boleh sahaja nak melepaskan marah kepada mereka sesuka hati,
Sedangkan si suami perlu sedar.. dalam hadith juga ada mengatakan isteri juga pembawa rezeki.. janganlah engkau menyakiti hati isterimu kerana isterimu sentiasa mendoakan setiap langkahmu, kerana isteri juga sentiasa mendoakan kesihatan dan keselamatanmu..
Jangan lah kerana sesuatu masalah kecil, isterimu dijadikan tempat melepaskan amarah mu.. Fikirkan pengorbanan mereka sebelum ini ketika melalui zaman susah bersama korang ..

Nasihat TB kepada wanita yang bekerja, kalau boleh selepas berkahwin janganlah berhenti kerja, kerjalah selagi boleh.. kumpul duit untuk diri sendiri, untuk simpanan diri sendiri agar bila dah berkahwin dapat membeli apa sahaja yang korang hajati tanpa membebankan suami korang, memang secara basicnya suami akan memenuhi tanggungjawap sebagai suami menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal dan nafkah untuk isteri,
Namun selain daripada itu better korang carilah side income, insyaAllah dengan cara itu dapat membebankan suami dan suami tidak akan terasa korang membebankan dia.
Kalau dah berhenti, cari je kerja apa-apa.. bisnes online ke.. diy barang utnuk dijual ke, berniaga makanan ke atau guna sahaja kelebihan dan kemahiran ataupiun kepandaian yang korang ada..Ada kawan TB walaupun dah tak bekerja, dia pun masih mencari income sendiri untuk buat belanja diri sendiri, dia juga pandai berniaga.. dan disebabkan dia juga pandai menjaga anak, dia mencari pendapatan sampingan dengan mengambil upah mengasuh anak-anak kecil untuk famili yang bekerja.. dari situ dia dapat pulangan lumayan untuk diri sendiri.. dan untuk anak-anak..
haaa.. macam TB dan rakan-rakan lain gunakan blog sebagai punca pendapatan sampingan,
sambil boring-boring di kedai tu, TB boleh update blog dan sehingga kini blog masih antara yang TB sayang. dan syukur Alhamdulillah bab makeup dan produk semua guna duit sendiri.. cuma ada yang perlu minta suami, boleh je minta.. suami ikutkan aje isterinya ni.. hehe..
Tapi jangan la kita pula yang berlebih-lebihan pula mintanya.. fikir juga kewangan suami tu ye! jangan main order je tau! mudahkan suami kita, Allah mudahkan kita pula.. ye tak?

Tetapi kalau korang dah ada side income untuk membeli apa sahaja yang korang hajati tetapi si suami tetap nak marah-marah atau tarik muka or buat muka jugak dengan korang.. mungkin itu ada. something wrong somewhere.. beware.. =)
Dan kepada isteri yang dah pilih hidup bersama suami tercinta, harungilah pahit manis, susah payah bersama suami tanpa fikirkan kekurangan atau kesusahan yang dihadapi.
Semua itu akan menjadi kenangan manis buat korang apabila korang berjaya dan bahagia nanti.. insyaAllah.. Moga rezeki akan seniasa berpihak kepada kita semua.. Aamiin.. Aamiin Yarabbal Alamin..
Semua itu akan menjadi kenangan manis buat korang apabila korang berjaya dan bahagia nanti.. insyaAllah.. Moga rezeki akan seniasa berpihak kepada kita semua.. Aamiin.. Aamiin Yarabbal Alamin..
haa.. dan pada isteri yang rasa nak menambahkan pendapatan dan rezeki untuk diri sendiri dan suami serta keluarga, jom ramai-ramai kita amalkan doa dibawah ni dan surah alwaqiah ni..
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
TB selalu amalkan Sural alwaqiah ni setiap kali lepas Isyak.. dan TB yakin dengan membaca surah alWaqiah ini Allah akan dengar dan murahkan rezeki TB sekeluarga..
Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
jangan lupa doa ni juga..
Ayat Seribu Dinar,
Ayat Seribu Dinar,
baca hari-hari selepas solat
dan juga gambar dibawah ni.. solat..
untuk rezeki datang dan takkan kurang ...
OK ni TB nak share kan jugak untuk isteri dan suami yang telah atau akan berhenti kerja untuk mengikut suami:
Salah satu cabaran utama isteri yang meninggalkan kerjaya adalah ‘low self esteem’. Manakan tidak, suatu masa dulu kita ada kerjaya, rakan sekerja dan gaji bulanan yang boleh dibelanjakan tanpa meminta izin sesiapa.
Setelah meninggalkan kerjaya, kita harus menerima keadaan yang kita tidak boleh berbelanja seperti dulu, cari rakan-rakan baru di kalangan isteri yang tidak bekerja dan bina hidup baru. Dekatkan diri dengan Allah agar diberi kekuatan untuk membina hidup baru bersama keluarga.
2. Cari minat dan erti hidup yang baru
Inilah peluang anda untuk ubah dan memperbaharui hidup anda! Saranan saya adalah keluar dan berjumpa dengan seberapa ramai orang dan cari minat baru.
Cuba perkara yang anda tak sempat lakukan semasa berkerjaya dulu, atau mingkin impian anda suatu masa dahulu; contohnya belajar Bahasa asing (sangat penting terutamanya jika anda berada di luar negara), belajar menjahit, online marketing, bela haiwan atau zumba. Inshallah, anda akan lebih gembira dan dapat menukarkan impian anda menjadi realiti!
Dulu masa bekerja TB tiada masa sangat nak berblog.. dan TB pernah buat blog dan gkemudian tinggalkan begitu sahaja kerana sibuk dengan hal di ofis. Namun selepas berhenti kerja dan mengikuti suami, TB mula berasa ingin aktif dengan blog dan ingin menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan TB.
3. Ukur tahap pencapaian
Dalam dunia kerjaya, semua usaha diukur dengan target dan Key Performance Indicator (KPI). Apabila kita mencapai progress yang kita kehendaki, kita kan mencapai sense of accomplishment dan ini akan meningkatkan self esteem dalam diri kita.
Oleh itu, walaupun tanpa kerjaya dalam organisasi, kita perlu adakan target dan KPI untuk dunia baru kita. Misalnya, kalau kita memilih untuk belajar Bahasa asing, mungkin KPI kita adalah untuk lulus Kelas 2 dalam masa 6 bulan. Inshallah kita akan tampil lebih yakin dengan pencapaian kita walaupun orang lain tak tahu.
TB memang kalau buat sesuatu yang TB minat, TB akan pastikan TB nak yang terbaik untuk itu. Dan TB dah merasakan target TB untuk blog dah TB dapat.. TB bersyukur atas segala yang TB usahakan untuk blog TB ni sudah membuahkan hasil yang sangat TB harapakan sebelum ini..
4. Nafkah bulanan dari suami
Adakan perjanjian dengan suami untuk nafkah bulanan mengikut kemampuan suami. Ada sesetengah suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri sewaktu isteri bekerja. Maklumlah, isteri tidak perlu meminta pada suami untuk keperluan diri sendiri walaupun suami wajib memberi.
Apabila isteri tidak bekerja, maka suami wajib memberi nafkah mengikut kemampuan suami untuk digunakan mengikut kehendak isteri sendiri, sama ada untuk perbelanjaan diri, sedekah atau simpanan.
Pesan saya untuk semua suami, ingat pengorbanan isteri meninggalkan kerjaya kerana suami dan keluarga. Jangan sampai isteri perlu menagih untuk minta apa yang wajib untuknya.
Kalau isteri masih redha tiada nafkah bulanan kerana memikirkan kewangan tidak mengizinkan, itu tidak mengapa.. asalkan suami tahu apa kehendak isteri dan melayani isteri dan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
5. Life Guarantee Letter
Apabila isteri tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami, terselit kegusaran sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini seperti suami meninggal/menceraikan kita. Kita tidak boleh buat loan bank kerana tiada income tetap.
Oleh itu perlu ada harta yang boleh kita sandarkan sekiranya perkara itu berlaku. Misalnya, suami boleh memberi ‘Life Guarantee Letter’ dalam bentuk hibah, rumah atau apa-apa juga harta yang boleh memberi jaminan hidup yang selesa bagi keluarga sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun.
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Wallahu a'lam bissawab.
Sumber: Nooreen Firdaus Mohd Yahaya dan Vanilla Kismis
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt..
Join WOOP cepattt!!
Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??
Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!
inshaallah
BalasPadam