Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

03 Julai 2017

HARRAZ NAK TUMBUH GIGI 2 BATANG DAN DAH START DUDUK - 28.6.2017

HARRAZ NAK TUMBUH GIGI 2 BATANG DAN DAH START DUDUK - 28.9.2017

Hai.. TB nak up citer pasal raya tapi citer ni paling TB rasa nak up.. baby TB budak kecik bernama Harraz ni dah start tumbuh gigi 2 batang kat atas, Allahuakbar.. cepatnya dia tumbuh gigi.. TB bajet lambat sebab orang kata kalau lambat gigi lambat rosak.. huhuhuhu.. wallahualam .. orang yang kata.. TB dengar je.. Haa.. Alkisahnya TB tak tahu pun harraz dah start tumbuh gigi.. tapi TB ada rasa pelik masa menyusukan si kecik ni.. terasa perit dan pedih.. tak tau kenapa.. rupanya.. hemm.. dah tumbuh gigi rupanya anak mama ni.. itupun mujur anak sedara hubby (ita ja'e) yang tolong tengokkan.. patutlah lain macam ek.. ek manja dia kat kampung ritu.. Tapi memang tak perasan la dia meragam atau tak selesa lagi masa tu.. 

Belajar Duduk la pulak..

Dan pada masa yang sama, Harraz dah belajar duduk pula.. amboih.. pakej.. hari tu nak merangkak, lepas tu stop kejap.. sekali dia mai tumbuh gigi dan duduk dulu.. aish.. mama paling tunggu dia merangkak.. lats2 duduk n tumbuh gigi dulu ek baby? huhuhu.. takpelah.. sabar.. hehehe...hari tu ingatkan dah merangkak tapi merangkak sikit-sikit lepas tu bergerak macam ulat beluncas tu.. hahaha.. tu tak dikira merangkak kan??

Orang kata kalau anak nak tumbuh gigi ni boleh buat demam sebab sakit wo gigi nak tembus gusi tu.. macam kita gak la kan.. sakit sampai bengkak.. TB harap sangat harraz tak demam, sebab TB memang takde pengalaman kalau anak demam ni.. kalau demam biasa tu boleh diharung.. tapi kalau demam panas tu.. Allahuakbar.. nauzubillahminzalik.. moga dijauhkan demam panas.. moga anak mama kuat dan sihat.. Aamiin.. 

Namun.. kita hanya berdoa dan berusaha.. Allah juga yang menentukan setiap perjalanan dan ketentuan, setelah 2 hari berlalu.. TB ingatakan dah lepas tempoh demam, rupanya demam baru nak bermula.. dan Harraz tewas juga akhirnya.. Harraz demam pada sebelah petang nak ke malam - 30/6/2017, tepat-tepat  genap umur harraz 7 bulan.. mungkin demam nak beralih bulan pun yea.. tak sangka begitu cepat panasnya naik.. walhal pagi tu dia aktif dan ceria je.. badan pun tak panas.. takpelah.. Harraz pun dah sihat.. Alhamdulillah.. tapi kami masih pantau lagi suhu dia..

Nantilah TB akan ceritakan kisah Harraz demam ni di entri akan datang.. Harraz OK sekarang, Alhamdulillah.. Harap harraz kuat.. Jangan demam yea syg. 




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



2 ulasan:

  1. atototo tomey dia nak besar jadi hero da.. tumbuh gigi =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu laa.. gigi tumbuh 2 biji terus plak tu.. huhuhu plus duduk.. pakej terus .. tu yang demam kelmarin

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers