Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

11 Ogos 2017

TIPS MAINTAIN BADAN LEPAS BERSALIN

TIPS MAINTAIN BADAN LEPAS BERSALIN

Hai.. subuh-subuh lagi TB nak share pasal jaga badan yea.. haha.. bukan apa.. TB terjumpa tentang post ni tadi.. tu yang TB saja nak tepek kat sini.. nanti boleh lah kita baca sama-sama.. korang tengok gambar atas ni.. haaa.. nak tahu sape? TB pun tak kenal tapi apap yang TB baca sikit-sikit info di profail si cantik ni, dia seorang businesswoman berjaya tau..  Dah la cantik, bekerjaya pulak tu.. haa.. apa yang penting, dah ada 4 orang anak tau.. tapi body maintain bergetah aje macam anak dara.. Rupa-rupanya sicantik ni ada resepi/tips dia sendiri untuk maintain body selepas bersalin.. nak tahu jugak ke? jom kita baca.. nak follow si cantik ni? sila klik link kat bawah sekali ni yea..

I am a mother of 3 + 1 . Jarak setahun - setahun setengah sorang ya! 4 orang anak dlm masa 6 tahun bukan kerja mudah. Jaga body figure lagi susah ..  So lets check this out! )

1. Keep breastfeeding your baby.
Tak ada istilah bila menyusu rasa lapar, asyik makan je pastu badan gemuk. So taknak breastfeed sbb takut gemuk. Padahal, lagi kerap breastfeed, badan cepat turun berat, rahim cepat kecut, anak pun sihat! InshaAllah.. Mak & anak akan sihat dan cantik! Jimat pun jimat kan😉

2. Make sure badan sentiasa panas.
Makan makanan yg memanaskan badan.Halia & lada hitam penting. Kalau perlu makan la jamu yg boleh panaskan badan. Tapi make sure anak dah lepas level jaundis tu. Saya makan jamu seminggu lepas bersalin. Dari anak 1st sampai la yg no 3 mmg dlm pantang tu hari-hari makan jamu kampung yg nenek bidan tu buat sndri. Mmg original bahan2 kampung akar kayu segala..Badan panas mmg cepat lah berpeluh & sihat.

3. Make sure pakai bengkung klu boleh 100 hari.
Kalau lebih lagi bagus sebenrnya. Tapi saya ni pakai Premium Beautiful je sbb mudah nak pasang sendiri. Pakai setiap masa kecuali masa mandi, masa berurut , & tungku je bukak.. Pakai tu biar kemas & selesa.. Makin hari badan makin ikut shape so ketatkan lagi biar ikut sampai kita puas hati blk shape kita.Sebelum pakai tu letak la minyak panas yg rasa selesa utk perut. Lagi cepat kecik perut tu.

4. Make sure TUNGKU tak tinggal.
Saya ni malas sikit bab tungku. Kecuali mak bidan buatkan. So saya tadah je badan saya dia yg uli.Tp bayar lebih sikit lah klu nak suroh org buatkan 😆Sbb tu kena rajin lah klu nak jimat. Kena tungku hari2 sampai habis 44 hari pantang. And sbb tu jgk saya beli CERAGEM. 10 hari mak bidan uli, balance mmg baring atas CERAGEM je.. 2 kali sehari saya mesti buat. Peluh merecik mcm bersauna you alls 😉

5. Jaga makan!
Benda yg masuk perut paling penting. Saya ni takde la follow sgt pantang mcm nenek saya. Tapi saya makan dlm jumlah kecil, tapi kerap. Lapar, makan. Dahaga, minum. Air ais elakkan! lagi lama u elak ais lagi bagus. nak teguk sikit hilang gian takpe la kot 😝 tp jgn lahh yaa.. jgn tiru bab ni.. lagi baik minum air suam je! 
Sup ikan, sup ayam, sup sayur tu mmg kerap la masuk perut hari2. Sup2 tu plk penuh dgn halia & lada hitam 😆 kentut je kejenya. Hehe.. Badan panas, keluar peluh! Cepat la slim.. 😉

6. Vitamin C & habbatussauda.
Saya mmg amalkan dua supplement penting ni. Lagi2 bila pantang. setiap malam telan dulu baru tido. Ikut korang apa yg korang makan. Tapi 2 ni yg saya amalkan.

7. Bilik jgn pasang aircond selama 100 hari!
Kalau boleh jgn lah pasang aircond sampai 100 hari. Masuk kereta tlg la duduk belakang & pakai sweater! Full body kena cover tauu!

8. Pakai stokin. Kaki make sure jgn sejuk.
Ni mmg dari zaman opah pun opah akan bebel. Ada sebab kena make sure kaki tu tak sejuk. Kaki la punca klu tak jaga.

9. Pantang dgn suami.
Haaa yg ni i mmg pegang kata2 opah. Sorry lah husband. 100 hari mmg wajib.

10. Berurut & Bertangas adalah WAJIB
Ni bagi saya wajib untuk bagi badan kita lebih fresh & lebih ringan! Darah berjalan lancar. Tak tersumbat dgn angin & toksin. Buang toksin melalui peluh. Yelah, dah awak tu tgh pantang, nak expect apa? Pg jogging ke kasi peluh keluar? No no no! Mudah je, ambik air , rebus dgn halia , manjakani, serai wangi , daun pandan, daun limau purut , daun mengkudu, daun kunyit, daun limau purut.. Rebus sampai menggelegak, pastu dah settle, klu ada mak bidan , dia buatkan, klu tak suroh suami awak buatkan ya. 

Letak bawah lantai, ambik bedsheet yg besar, letak kerusi, ko duk atas kerusi yg bwh tu air rebusan tu.. ha tangas setengah jam.. seminggu pertama buat 3kali seminggu tu. lepastu seminggu sekali dah ok. 👍 Pastu perghhhh mmg ringan badan. Tapi jgn lupa minum air masak bnyk bagi menggantikan air yg hilang masa bertangas tadi. Badan ringan + wangi tau! Yg "bawah" tu pun rasa fresh! Tiap2 hari make sure basuh yg "bawah" tu guna air rebusan sireh. Cepat luka hilang & ketat 😘 Kata nak mcm anak dara blk.. Tak yah beli product. Alami je! Cepat & berkesan! Tiada was-was.. ewahh.. 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



9 ulasan:

  1. Thanks for the useful tips! So informative!

    BalasPadam
  2. Thanks for sharing all these information. Will forward to my mummy friends. I believe they will find your article useful!

    BalasPadam
  3. Thanks for the sharing dear! Doing all this need a lot of determination too!

    BalasPadam
  4. Thanks for the tips. Useful for new mom's.

    BalasPadam
  5. i really to read this tips... cab learn a lot. Thanks a lot. - Racheal

    BalasPadam
  6. Bagus sangat tips ni. Memang kena save!

    BalasPadam
  7. Great tips.. but I am a rebel.. lol.. hampir semua pantang I langgar... Hahaha

    BalasPadam
  8. Good tips! I yg tak bersalin pun susah nak maintain badan. haihhhh.

    BalasPadam
  9. Part menyusu paling penting rasanya. Sebab paling senang bagi susu anak je kan. haha

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers