Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 September 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion- Irresistible Soft Touch All Day Long!

ENCHANTEUR 24H Moist Perfumed Body Lotion
- Irresistible Soft Touch All Day Long!

Cakk.. Tetiba pulak tajuk berbahasa Inggeris yea.. walhal isinya bahasa melayu.. haha.. saja TB nak stay dengan Tajuk tu sebab suka dengan susunan ayat tu..

"Irresistible Soft Touch All Day Long"

Haa.. hari ni TB nak cerita tentang ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang sangatlah wangi ni ha.. sangat melembapkan kulit dan sangat best dipakai sebab teksturnya yang tak melekit tu.. hehe.. Bestnya kan, bila dapat stay dengan haruman dan wangian dari Enchanteur ni.. Sememangnya kegemaran TB sejak dari zaman anak dara lagi tau.. Bauan dari Enchanteur ni menggamit kenangan TB semasa zaman remaja, zaman bekerja dan zaman di kolej.. alahai.. rasa seperti teringat kembali kenangan lama-lama dulu.. 
  
Apatah lagi dengan wangian dan bauan dari range Romantic dan Charming ni haaa.. memang legend lah TB katakan.. hehehe.. TB sukakan semuanya start dari mandian, losyen, deodoran, sabun.. haaaa... kalau ada syampu.. syampu pun TB suka jugak tauu! eh ada lah syampu enchanteur.. sape kata takde.. huhu.. cuma TB je tak pernha guna lagi syampunya.. nanti nak try beli.. harus wangi dari hujung rambut ke hujung kaki.. cewahhh..

Haa.. TB nak cerita panjang-panjang pun rasanya tak perlu kot sebab korang pun sedia maklum bahawa jenama enchanteur ni telah lama bertapak di Malaysia ni.. Pastinya semua dah tau bauan dan haruman enchanteur ni kan.. so, TB tak yah terangkan lagi..  Cuma bagi yang belum pernah cuba.. korang patut cuba.. sebab wangian dari Enchanteur ni sangat-sangatlah memikat kalbu.. tau!


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan

Belaian Menawan Sepanjang Hari! Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. 

Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari. 

Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. 

Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit

Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala. 

Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. 

Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

ENCHANTEUR Charming 
(direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic 
(dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 

• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 

ENCHANTEUR Alluring 
(dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 

• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. 

Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :

website :

atau 

laman Facebook ENCHANTEUR di 



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik YOUGOV dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



15 ulasan:

  1. Rasanya kita ada losyen ni sebotol sebijik macam ni kat rumah mak. Lupa nak bawak balik gemas. Dr hntrn kawen punya tu. Punya syng la hai nak pakainya..

    BalasPadam
  2. zaza suka bedak dia..memang wangi kan

    BalasPadam
  3. Kinah pun suka dengan enchanteur ni. Bau dia wangi dan tahan lama.

    BalasPadam
  4. Akak ada yg warna pink dan warna pepel...best...yang pepel tu kalau pakai waktu malam terus lena tido...

    BalasPadam
  5. Saya suka bau Alluring sebab bau dia mild sangat. Kalau bau bau yang lain tu rasa agak tajam dan kuat. pening kepal apun ada

    BalasPadam
  6. my mom pun suka brand enchanteur ni.. dari powder talcum sampai perfume semua pun same jugak

    BalasPadam
  7. memang wangi kat rumah nie memang ramai yang pakai rerutama sekali bedak dia.

    BalasPadam
  8. Tertiba rasa macam nak g mandi kejab lagi... sabun di bilik mandi sabun.... hahahah

    Tengah panas nie.. rimas pula rasanya

    BalasPadam
  9. enchanteur ni memang wangi.. even husband kita pun suka bau dia and pakai lotion dia :D

    BalasPadam
  10. zaman sekolah2 dulu suka pakai lotion ni, sedap baunya lembut, sekarang pun kalau ada yang pakai lotion ni lalu sebelah kita mesti cam bau lotion tu hihhi

    yanmieonline.com

    BalasPadam
  11. teringat2 iklannya. haha. enchanteur harumannya wangi2 belaka. sesuai sangat untuk para gadis. :D

    BalasPadam
  12. Sangat suka bai dia sebab wangi dan tahan lama. Best sangat

    BalasPadam
  13. wooowwwwww! onie pun ada lotion yang brand ni. suka sangat bau dia, lembut je bau dia dan tak keras pun,hehe

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers