Wahh.. MYCYBERSALE kembali lagi!!! Jualan dalam talian terbesar dan ditunggu-ditunggu di Malaysia kini datang kembali untuk tahun 2017! Kalau korang adalah seorang kaki shopping dan telah TERBIASA menjadi pembeli dalam talian selama ini, ini adalah satu jualan yang korang tidak mahu ketinggalan! betul tak??
Lagi beberapa jam saja lagi #MYCyberSALE akan bermula iaitu dari 9 Oktober sehingga 13 Oktober 2017. Beribu-ribu syarikat yang menjual barang secara online samada menggunakan marketplace seperti Lazada, 11Street, Lelong dan banyak lagi atau syarikat yang mempunyai laman web e-commerce sendiri menyertainya tahun ini.
Pelbagai tawaran diskaun menarik bakal ditawarkan sepanjang #MYCyberSALE kali ini bagi menarik lebih ramai pembeli untuk membeli produk atau servis yang ditawarkan.
Apa itu #MYCyberSALE ?
#MYCyberSALE merupakan langkah dan inisiatif MDEC yang bertujuan untuk meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Bermula pada tahun 2014, #MYCyberSALE yang kali pertama diadakan mencatatkan transaksi online sehingga RM67 juta dalam masa 3 hari sahaja.
Diisytiharkan sebagai jualan terbesar di Malaysia, #MYCYBERSALE kembali sekali lagi untuk kali keempat dan akan bermula dari 9 hingga 13 Oktober 2017!
2017 akan menjadi tahun peralihan dengan #MYCYBERSALE didorong oleh industri dengan Perkongsian Strategik dengan PIKOM.
PIKOM adalah persatuan yang mewakili industri ICT di Malaysia, mempunyai lebih daripada 1,200 syarikat korporat, dan profesional individu merentasi Peruncit, Pemborong, Multinasional dan komuniti pengguna. Bab E-Commerce PIKOM telah diluluskan pada 21 Julai 2016 oleh Majlis PIKOM untuk mengembangkan penglibatan PIKOM dalam industri e-Perdagangan.
#MYCYBERSALE 2017 menawarkan pelbagai jenis produk yang terpilih untuk mendapatkan tawaran eksklusif yang korang boleh dapatkan semasa jualan ini sahaja!
Pada tahun ini, MDEC bekerjasama dengan Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) untuk menyusun #MYCYBERSALE 2017 yang bertujuan untuk mencapai jualan RM300 Juta dengan kempen pemasaran berat untuk meningkatkan pendapatan para usahawan dalam talian .
Haaa.. untuk mereka yang baru dengar tentang #MYCYBERSALE ni.. meh teman share sikit tentang MYCYBERSALE ni..
#MYCYBERSALE bertujuan untuk meningkatkan industri e-Perdagangan di Malaysia melalui objektif berikut:
#MYCYBERSALE bertujuan untuk meningkatkan industri e-Perdagangan di Malaysia melalui objektif berikut:
- Untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perniagaan dan pembelian atas talian (shopping online) supaya dapat memupuk budaya membeli belah secara online dan juga menyokong industri jualan dalam talian di internet di Malaysia ini.
- Untuk menggalakkan PKS untuk mengguna pakai eCommerce dalam perniagaan mereka; dan
- Untuk meningkatkan domestik pendapatan eCommerce
Sempat lagi ke Nak join #MYCyberSALE Tahun Ini?
Dah terlewat pun untuk kita nak join secara rasmi dan mendapat banner khas di website rasmi mycybersale.my untuk tahun ini. tapi jangan risau korang masih boleh gunakan trend dan brand #MYCyberSALE untuk tawarkan produk atau servis korang pada harga promosi. Tiada apa-apa sekatan dari pihak penganjur terhadap syarikat yang tidak berdaftar untuk turut sama memeriahkan event #MYCyberSALE 2017 yang bakal tiba bermula hari esok (9-12 oktober 2017).
Sekiranya korang nak join secara rasmi tahun depan, korang boleh join secara percuma dan maklumat lanjut akan dikongsikan oleh penganjur nanti.
Keistimewaan Menyertai #MYCyberSALE Secara Rasmi?
Haaa.. keistimewaan yang orang lain takkan dapat kalau join MYCYBERSALE secara rasmi ialah korang akan dapat banner khas di website rasmi Mycybersale.my.
Banner ini dapat boleh menarik minat ramai pelawat berkualiti ke website kita dan sudah semestinya mereka bersedia untuk membeli. Nak pulak banner yang cun dan menyakinkan..
Apabila banner syarikat atau brand korang tersenarai secara rasmi, ia secara tidak langsung juga dapat meningkatkan imej syarikat atau brand korang di mata pelanggan.
Kalau join event #MYCyberSALE ini pastinya dapat memberikan peningkatan jualan ketara dari biasa.. So, jangan lupa ye daftar secara rasmi tahun depan.. dan sangat dialu-alu kan kepada mereka yang ada website online yang mempunyai payment gateway yang lengkap,
Oh ya.. lupa pulak nak share Tagline untuk mycybersale 2017 ni.,. sila lihat dibawah yea..
Oh ya.. lupa pulak nak share Tagline untuk mycybersale 2017 ni.,. sila lihat dibawah yea..
Tagline Untuk tahun ini ialah 'Click, Slide & Tap to Great Deals'
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
PERCUMA!
Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another )
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free )
Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Daftar--> Jawab Survey--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana??
Nak tebus barang FREE???
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt..
Join WOOP cepattt!!
Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??
Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!
tak ajak.. hahah. :P..jom ber shopping
BalasPadamBelanja tengkubutang..hehehe
BalasPadamBahaya! #MyCyberSale adalah sangat bahaya bagi seseorang yang imannya nipis seperti saya. Haha
BalasPadamsyok ada sales2 mcm ni kan..
BalasPadamBahaya betul mycybersale ni. Sana sini orang duk bercerita. Haish sabar kinah sabar
BalasPadam