Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

22 November 2017

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart

Haa.. tu dia Printcious.com punya tema, "Precious Gifts From Your Heart" yang bermaksud Hadiah Berharga Dari Hati Anda .. TB suka tema ni.. sebab tanyalah mana-mana orang pun, pastinya ramai yang sukakan hadiah yang boleh menjadi kenangan sampai bila-bila.. 

Selalunya kita tak tahu nak bagi apa dekat orang tersayang kita betul tak? Kalau boleh kita nak lah Hadiah yang kita beri nanti jadi hadiah yang akan menggamit kenangan sampai bila-bila buat diorang betul tak..  Haa.. satu je caranya untuk jadikan sesuatu hadiah tu ada sentimental value tak kira berapa lama digunakan.. iaitu hadiah yang kita design sendiri dan menyimpan memori antara kita dan yang tersayang.. betul tak? Haa.. nak tau kat mana boleh design sendiri ikut citarasa korang? 

Jeng Jeng Jeng bagi korang yang belum tahu tu, korang boleh design sendiri hadiah dan barangan peribadi mengikut citarasa korang hanya di Printcious! dekat situ banyak giler design cantik-cantik korang boleh pilih utnuk design sendiri barangan korang.. Nak custom design sendiri pun boleh tau! just upload design korang punya sendiri..

Sempena Hari-Hari Bahagia korang iaitu Hari Anniversary yang disambut tiap-tiap tahun perlulah ada kelainan dan menyimpan seribu kenangan dengan hadiah yang di customize special untuk buah hati tersayang.. betul tak? heee.. Jom tengok kat sini bagi siapa-siapa yang nak customize design untuk hadiah orang tersayang .. https://www.printcious.com/my/gifts/occasions/engagement , ada pelbagai pilihan yang korang boleh pilih untuk dihadiahkan kepada si dia.. Antaranya T.shirt, Mug, Cushion, Throw Pillow dan macam-macam lagi tau! klik je link atas ni yea! dan terus order tau! ha2..


Design Sendiri Hadiah di Printcious 
Dah tak perlu runsing nak bagi hadiah apa sebab korang hanya klik klik klik aje udah siap designnya.. hanya bayar dan tunggu hadiah tu sampai di depan pintu rumah korang/insan tersayang korang. Tak suasah kan? hanya perlu melayari web Printcious kita dah boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.

Oh ya.. kalau korang nak tahu selain menyenangkan kerja kita memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Contohnya seperti hadiah konvokesyen, birthday ke, wedding ke, untuk baby baru born ke, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.

Antara List Cadangan Hadiah Yang Korang Boleh Pilih di Printcious :
- Design T-shirt sebagai hadiah 
- Design Puzzle Gambar sebagai hadiah 
- Design Mug sebagai hadiah 
- Design PU Leather sebagai hadiah 
- Design Baby Rompers sebagai hadiah 
- Design Keychain sebagai hadiah 
- Design Phone Case sebagai hadiah 
- Design Cushion sebagai hadiah

Design Barangan Peribadi di Printcious 
Printcious ni yang bestnya, korang boleh design dan hadiahkan kepada yang tersayang dan yang best jugak kita pun boleh je belikan something untuk diri kita sendiri sebagai kenangan dimana hasil karya design kita tu tertepek pada hadiah yang kita design di Printcious ni.. haa.. Semua barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....tiada minimum order. dan lain daripada yang lain.. orang lain mesti tak jumpa yang macam kita design ni kat luar sana.. percayalah! 

Cara Membuat Pembelian di Printcious

1. Login akaun
2. Pilih Product
3. Muat naik gambar / design
4. Tambah text
5. Order
             
6. Tunggu Barang Sampai horray!

-------------------------------------------------------------------------------------
jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!

01. Login Akaun
First sekali kena ada akaun Printcious. Caranya daftar PERCUMA aje.. Kalau belum ada akaun Printcious senang aje, korang boleh sign up terus dekat situ menggunakan akaun facebook korang. Tak susah pun.. klik klik aje dah jadi member.. hehehe.. kalau takda facebook pun boleh, sign up macam biasa je..
02. Pilih Product 
Klik aje mana-mana produk yang korang nak beli di website Printcious ni. Kat sini terdapat bermacam-macam kategori untuk korang memilih. Semua ada depan mata .. Kadang sekali tengok je kita dah tahu apa kita nak cari sebenarnya.. hehe.. TB geram bantal tu.. grrrr....

3. Muat naik gambar / design + 
Kalau dah ada gambar atau design yang dah sedia ada, bolehlah upload terus je. Tambah text kalau nak. Ikutlah kreativiti masing-masing.
 Bahagian Depan

Bahagian Belakang

4. Tambah text
kot la korang nak tambah ayat-ayat dan madah-madah untuk tersayang.. boleh je tambah.. 
 5. Order 
Kalau rasa dah puas hati dengan design, maka teruslah 'Add to Cart' dan bayar tanpa ragu-ragu. Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.
Pembayaran boleh dilakukan melalui mana-mana bank yang tersenarai dibawah :



6. Selesai !

Ok dah siap, senang je kan! Sekarang masa untuk tunggu barang sampai ke tangan korang aje.. Oh, ya.. Printcious menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang supaya sampai dengan cepat dan selamat.

Ha.. berminat tak nak shopping dan design sendiri hadiah kesayangan korang untuk dijadikan hadiah istimewa orang tersayang?? kalau berminat boleh lah singgah dan terjah link-link dibawah ni yea.. jangan lupa follow dan LIKE ok.. ta ta ta....

Lawati Printcious di :

Website - Printcious/blog

Jom Tengok Video cara nak Customise Hadiah korang di 
Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart



Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

[ Sila Klik Untuk join CONTEST ini Dan Menang Wang Tunai RM1100 
by PH x Emas Putih ]


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz

Website : https://profhariz.com/
Facebook : https://www.facebook.com/profhariz
Fanpage : https://www.facebook.com/profharizmy/
Instagram : https://www.instagram.com/profhariz/
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Website : https://www.policystreet.com/

Facebook : https://www.facebook.com/PolicyStreetbyPolisea/

Instagram : https://www.instagram.com/policystreet/


RESEPI BUBUR LAMBUK



RESEPI BUBUR LAMBUK


Bahan-bahan :
👉200 gram daging (potong kecil²)
👉Sedikit udang kering (ditumbuk sehingga hancur)
👉Segenggam lobak masin (hiris nipis2)
👉3 ulas bawang merah (hiris)
👉2 ulas bawang putih (hiris)
👉2cm halia (hiris)
👉Kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
👉½ sudu teh lada hitam
👉Sedikit Halba
👉Santan
👉Garam secukup rasa
👉 1 genggam Beras

Cara membuat :
1) Tumis bawang merah,bawang putih dan halia sehingga naik bau.Lepas tu masukkan pula lada hitam,halba,kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga

2) Bila dah garing sikit,tumis pula udang kering dan daging.Kalau macam kering sangat,letak air sikit..Kacau2 sikit pastu masukkan lobak masin

3) Bila semua dah sebati dan dah masak,masukkan air dgn beras...masak macam bubur nasi biasa

4) Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api










19 November 2017

KOPI BADANG CAFE SEDAP GILER ! JOM DAPATKAN DI EMBUN BEAUTY HOUSE!

KOPI BADANG CAFE SEDAP GILER ! 

Tadi TB berjalan-jalan dekat enjin carian Google tu, Konon-konon nak search cerita-cerita tentang kemenangan Kamal Adli dalam Super Spontan Superstar 2017. Lepas tu ternampak pulak gambar sachet bertulis Badang tu.. Tertarik TB tengok warna pakej tu.. Oh.. rupa-rupanya kopi 3 in 1 eh... Kopi yang 100% Natural Coffee

TB baru perasan juga yang rupa-rupanya Kopi Badang Penaja Rasmi Super Spontan Superstar 2017. Huhu.. Almaklumlah TB cuma tengok Rancangan Super Spontan tu diperingkat Final aje.. Yang sebelum-sebelum tu TB tak tengok pun.. Mana TB tahu Kamal Adli ada join sekali woii.. hahaha.. kalau tahu awal-awal lagi TB takkan lepaskan setiap episode tau! TB ni salah seorang peminat Kamal Adli jugak tauu!! 

Kopi Badang Cafe Sedap Giler!
Haha.. Ok lah.. Cerita pasal Kopi Badang Cafe ni, TB pun rasa terliaur pulak nak rasa keunikan Kopi Badang tu macam mana rupa. Orang dok kata sedap sangat-sangat kopinya sampaikan kalau dah minum secawan, nak bercawan-cawan...  Kena pulak dengan tag line diorang kan.. 
Nak Order Kopi Badang Cafe?? 
Whatsapp aje nombor dibawah ni yea!

Kopi Badang Cafe Kopi Tulen 100%
Haa.. Kalau korang nak tahu, Kopi Badang Cafe ni dibuat dari 100% kopi tulen ya.. Tiada campuran-campuran kopi atau pengawet lain.. Kopi ini bak kata orang yang pernah merasainya.. satu-satunya Kopi yang istimewa, lain dari yang lain, bukan saja dari segi rasa, malahan dari segi kebaikannya juga kepada tubuh badan kita. 

Kopi Badang Cafe adalah kopi 3 in 1 yang TIADA mengandungi perasa tiruan , tiada kandungan pengawet , dan 100 % diperbuat dari kopi tulen . Haa baca tuuu..  TIADA PERISA tiruan tau! 

Kandungan kopi utama dalam Kopi Badang ini ialah kopi robusta dari Columbia dan sesuai dengan cita rasa Asia.

Kilang pengeluar KOPI BADANG CAFE ini berada di Johor Bahru , dan dikeluarkan oleh AL-Mubarak Health SDN. BHD. Disahkan HALAL oleh JAKIM .

1. Tiada Kesan Sampingan
Berbanding kopi segera yang lain Kopi Badang Cafe tidak memberikan sebarang kesan sampingan kepada peminumnya. Gejala rasa tidak selesa seperti sakit kepala, mual, tidak sedap badan, gigi kuning, sakit perut, sakit buah pinggang, sembelit, dan lain-lain kesan akibat minum kopi campuran lain tidak dirasai kalau meminum kopi ini.

2. Menghilangkan Rasa Letih dan Lesu
Sesuai untuk pelajar-pelajar yang sedang giat menggunakan minda untuk tumpuan lebih kepada pelajaran, Kopi Badang Cafe dapat memberi kesan minda dan tubuh yang cerdas selepas meminum kopi ini dan dapat membantu pelajar memahami serta menghafal pembelajaran dengan baik.

Tidak lupa juga kepada mereka yang bekerja seharian, tak kira lelaki atau perempuan, untuk ibu-ibu yang bekerja mahupun surirumah,  Kopi Badang Cafe pastinya menjadi minuman pelengkap kecerdasan korang.. 

3. Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Memulakan Perjalanan.
Perjalanan baik jauh maupun dekat memerlukan tubuh badan yang segar. Pekena Kopi Badang Cafe ini sebelum memulakan perjalanan pasti membuatkan badan terasa segar tanpa rasa mengantuk, letih, lesu dan lapar di sepanjang perjalanan.


Bak kata Duta Kopi Badang yang awet muda tu... 

“Minumlah bercawan-cawan sekalipun takkan pening kepala, takkan rasa nak melayang. Rasa dia memang ummmphh sedap” - @zamarulhisham93

Kepada pencinta kopi, apa tunggu lagi? Jom beli nak?? 


KOPI BADANG CAFE SEDAP GILER ! 

Nak Order Kopi Badang Cafe?? 

Whatsapp aje nombor dibawah ni yea!
Boleh juga order di Facebook Page 
Embun Beauty House
atau boleh direct terus order di Facebook
Embun Eiza


Note : gambar source from google


18 November 2017

[Althea Box] Un-pore-gettable Box - Pore Solution To Remember

[Althea Box] Un-pore-gettable Box
- Pore Solution To Remember

Tadaaa.. Un-pore-gettable Box yang TB tunggu-tungu dah tiba dan TB happy sangat-sangat dengan box kali ni sebab TB memang sukakan produk-produk yang ada dalam box ni.. Kali ni box yang TB nak review ialah box yang bertemakan produk yang membantu merawat permasalahan liang pori terbuka .

Korang nak tak hilangkan masalah liang pori terbuka korang dengan segera? Haaa.. kalau nak.. jom kita shopping box terkini dari Althea yang didatangkan khas untuk mereka yang ada masalah liang pori terbuka.. 

Yaaa.. Inilah dia.. Althea's newest exclusive box #34 Un-pore-gettable Box khas untuk korang, dalam nya ada 7 full-size produk daripada jenama seperti Innisfree, Laneige, Common labs, Rire, Dear, Klairs, dan My Beauty . Haa..  bets kan! nanti gerenti masalah liang pori terbuka korang selesai lepas ni.. yeay!



Haa.. sebelum tu korang tahu ke apa penyebab masalah liang pori terbuka ni? haa.. antara faktor yang menyebabkan pori terbuka ni ialah apabila kulit kita terlalu terdedah kepada pancaran UVA dan UVB, Ada juga antara kita menghadapi masalah liang pori terbuka kerana disebabkan sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (pemakanan). So, dengan apa yang terdapat dalam Un-Pore-Gettable Box ini semoga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah liang pori terbuka ini. 

Ok, jom kita lihat apa yang ada dalam box ini .

Dalam Un-pore-gettable Box yang berharga RM127 ini terdiri daripada 7 produk yang sangat-sangat TB teruja nak beli sebelum ni.. produk-produknya ialah :
  1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 
  2. Common Labs Mild Peeling Finger Pad 
  3. Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand 
  4. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear, 
  5. Klairs Supple Preparation Facial Toner 
  6. My Beauty Mask Pack 
  7. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
dan tak lupa juga, Random Sample Kit. yang diberi secara rawak dari range brand K Beauty seperti Missha, Klair, Iope, My Beauty dan banyak lagi. So, bagi sesiapa yang selalu shopping di Althea korang pun sedia maklum kan.. Althea suka sangat bagi sample FREE.. thats why we all Love Althea tau! haha.. Thank You Althea!

My Beauty Mask Pack 
(Red Ginseng Gold Hydrogel Mask)

Haa.. ni dia, My Beauty Mask Pack (Red Ginseng Gold Hydrogel Mask) yang TB geram sangat tengok pembalutnya yang kaler gold gitu. Haa.. nak tahu khasiat dia pada wajah kita? Seperti sheetmask-sheetmask lain, Red Ginseng Gold Hydrogel Mask juga memberikan kesan kulit yang lembap, segar dan bertenaga dengan kandungannya yang natural. So, kulit akan nampak segar dan cerah kerana segala nutrient dalam sheetmask ini telah terserap dalam kulit wajah kita.. haa.. kan dah tak kusam lagi... heee..


Hydrogel Mask ni sangat fragile.. huhuhu..mudah koyak kalau kasar-kasar.. tengok TB pegang sikti pun dah terkoyak.. tak sempat nak shoot gambar cantik-cantik.. haha.. so, sila pegang dengan cermat ye! 


TB dah guna! yeay!!
Cuma satu je nak bagi tahu, TB tak berapa suka bau herba/ginseng yang agak kuat ketika pakai Mask ni, so.. bagi sesiapa yang tak sukakan bau macam ginseng tu, mungkin mask ini tak berapa sesuai dengan korang.. Bagi yang tidak kisah bau apa atau suka bau Ginseng.. boleh shopping banyak-banyak mask hydrogel ni ye.. hehe..


Jeju Volcanic Pore Care 
Sample Kit

Yang ini dari Innisfree iaitu Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit. Brand Innisfree pastinya dah dikenali ramai dan sememangnya produk-produk dari Innisfree ni antara produk yang dalam list pilihan TB juga. hehe.. Yang dalam gambar ni ialah dia Sample Kit yang comel serta mudah dibawa untuk travel.

Cakk.. kalau tertarik nak beli.. beli dua benda ni cukup dah! complete! hehe..

Haa.. dalam Innisfree Jeju Volcanic Pore Sample Kit ni ada 3 item yang bersaiz comel.. ala-ala travel friendly gitu kan! Bolehlah bawa untuk travel nanti. Mudah! dan jimat ruang .


3 Item yang ada dalam ni ialah Pad kapas muka, Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam dan Jeju Volcanic Pore Toner. Innisfree Jeju Volcanic Pore Sample Kit ni berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum atau minyak di kulit wajah, mengecilkan liang pori dan juga menanggalkan sel kulit mati.

Supple Preparation Facial Toner 
by Dear Klairs

Supple Preparation Facial Toner ini didatangkan dalam botol comel bersaiz 30ml, Ia adalah toner pelembab yang berbau seperti herba.. TB suka baunya yang menenangkan, bukan bau chemical tau!

Haa.. fungsi produk ini pada wajah kita ialah membuang minyak berlebihan, memberi kelembapan pada kulit kita selepas cuci muka dan sekaligus menyeimbangkan PH kulit untuk lebih penyerapan. Haa.. ia juga sesuai untuk kulit sensitif tau. TB suka sangat sebab botol kecil ni boleh juga dibawa travel.. mudah untuk disimpan..

Komponen kelembapannya juga telah di upgrade untuk hasil kelembapan kulit berpanjangan.. best giler!


Rire All Kill 
Pore Tightening Ice Stick Dear

Pore Tightening Ice Stick Dear yang berbentuk stick in mengandungi 'Glacial Milk Form' yang kaya dengan hydogen aktif dan mineral yang berfungsi untuk mengecilkan liang pori, mengurangkan 'water retention' dan boleh reduces suhu kulit kita . 




TB try sapu pada kawasan Zon - T , terasa selesa dan sejuk selepas apply benda ni.. berangin je kat area Zon - T tu.. Terasa segar sangat!  produk ni perlu ada untuk setiap orang kerana hanya dirumah je kita dah boleh perbaiki liang pori wajah kita.. Tak perlu susah-susah nak ke butik kecantikan lagi..

Terasa macam Lip Balm / Lipstick pulak bila TB pulas dan try sapu ke wajah.. hehehe..

Common Labs 
Mild Peeling Finger Pad

Seterusnya ialah Common Labs Mild Peeling Finger Pad yang lembut ni. Untuk pengetahuan semua, ia tidak dijual di Althea sekeping-sekeping tau, maksud TB ia hanya boleh dibeli sekotak, dan satu kotak ini mengandungi 7 sachets. Haa.. fungsi Mild Peeling Finger Pad ini ialah untuk memastikan pembersihan kulit wajah yang mendalam kerana ia membuang sel-sel kulit mati dan semua kesan solekan di wajah kita.


Tugas lain Mild Peeling Finger Pad ini juga adalah menjaga kebersihan rutin kecantikan harian kita dimana membantu membersihkan bahagian yang tertinggal ketika membersihkan wajah . Ia membantu kita dalam penjagaan liang pori, membuang kulit mati, memutihkan kulit, dan mencantikan tekstur kulit .

Haa.. kalau yang biasa makeup tu mesti tahu bahasa paling mudah untuk korang faham bagi produk ini iaitu Exfoliator.. Selain itu kita boleh menggunakan Mild Peeling Finger Pad  ini untuk mencuci makeup atau bahagian solekan yang comot di wajah kita.. ha.. banyak kan kegunaannya!


Innisfree 
Super Volcanic Pore Clay Mask 

TB suka sangat Clay Masks ni kerana ia sangat sesuai untuk pembersihan wajah yang mendalam. untuk pengetahuan korang Clay Masks yang dihasilkan dari Tanah Liat Gunung Berapi di Pulau Jeju ini mampu menghilangkan kekotoran/minyak/sebum di wajah, mencerahkan tona kulit, dan merawat bintik-bintik yang bermasalah di wajah kita kerana lava jeju ini mempunyai kuasa detoksifikasi kulit yang efektif tau..



Cara guna versi TB:
Bersihkan wajah kemudian biar kulit wajah masih lembab lagi, terus sapu Pore Clay Masks ini ke wajah korang. Korang akan berasa nyaman je tau.. sebab clay mask ni sejukkk je.. hehehe..

then lepas dah beberapa lama, ia akan mengering di wajah, masa tu akan rasa tegang je kulit muka kita tau.. So, boleh la cuci wajah korang dengan air suam/atau air biasa (mana-mana pun boleh, TB suka guna air suam).

Kesan :
Terasa muka smooth dan halus je kulit.. kulit wajah pun terasa segar dan anjal.. Korang patut cuba ni!

Tengoklah tekstur pore clay mask ni.. sangat-sangat menarik untuk disapu ke wajah.. kan.. tengok pun dah tau sejuk macam mana bila letak di muka kita.

Segar dan sejuk je bila sapu pada muka.. selepas cuci muka kulit terasa seperti anjal dan smooth je.. 
Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand 
Cream To Powder Twist Cushion

Ini Cushion yang ketiga dalam koleksi TB dan ada kelainan sikit Laniege Powder Fit Cushion dengan 2 cushion TB yang lain dimana cushion nya kelihatan seperti kain (Mesh Net Cushion) dan bukan span seperti kebanyakan cushion dan TB cuba ratakan pada wajah TB, Teksturnya yang lembut, ringan dan sangat smooth berjaya menutupi noda-noda di kulit wajah TB.. TB suka sangat! Ditambah pula design casing Laniege Powder Fit Cushion yang kelihatan mewah. Nak tengok TB pakai? Haa.. Nantikan video review TB di Channel Youtube TB pula nanti yea!




Full coverage, mean bila pakai ni boleh cover semua parut-parut jerawat, kulit kusam dan bintik-bintik halus pun terlindung dengan Laniege Powder Fit Cushion ni. terbaikk lah!

Di seal dengan baik .. 


TB boleh katakan code sand 23 ini sesuai untuk tona kulit TB yang sekarang ni tak berapa nak cerah.. hehe.. Selalu TB akan pilih tone Natural.. So, tone sand 23 macam code Natural la jugak.. TB pakai rasa macam sesuai je.. tak putih melepak, tak gelap sangat.. So, natural je.. Apa yang best, kita akan rasa kulit bernafas dengan segar dan selesa dengan Laniege Powder Fit Cushion ni.   






Tidak menggunakan span seperti powder cushion yang lain tetapi menggunakan Mesh Net Cushion yang menjadikan ia mudah di apply pada wajah.. Makeup tahan lebih lama walaupun dalam keadaan berpeluh.. Korang patut cuba ni.. best!


Product for a random sample kit 

Dan akhir sekali,  tak lupa juga product for a random sample kit yang TB dapat ni.. ada 8 kesemuanya. Haa.. bagi yang tak tahu, buat mereka yang membeli Un-pore-gettable Box dari Althea ni, korang akan mendapat sampel rawak dari 20 produk yang tertera seperti gambar dibawah .


Antara brand yang tersenarai ialah Dear Klairs , IOPE, Skinmiso, CP-1, Laneige, Missha, Mamonde dan banyak lagi.

Hydrating Flower Essence Mask

Opss.. ada tertinggal satu lagi produk random sample kit yang TB dapat, iaitu Sheet Mask dari Mamonde. Mamonde Hydrating Essence Flower Mask di Narcissus ini sangat bagus tau! Sheet Mask yang mengandungi intipati bungaan ini pastinya menjadi pilihan TB di masa akan datang kerana ia mempunyai bau yang sangat segar dan sejuk apabila diletakkan dimuka kita. Didatangkan dengan saiz 22ml dan berfungsi untuk mencerahkan kulit, menyegarkan wajah serta mengawal kedutan di wajah kita juga . 

Ha.. itu saja review TB untuk kali ni.. TB akan up gambar TB dan juga video TB menggunakan produk ini nanti . dan sudi-sudikanlah yea jenguk dan subscribed Channel Tengkubutang di Youtube yea!

Bagi sesiapa yang belum pernah shopping di Althea Korea lagi, korang boleh lah cuba shopping di website Althea tu, sebab ada bermacam produk K-Beauty yang korang boleh dapatkan di Althea, dan korang nak tahu apa kelebihan-kelebihan shopping kosmetik, makeup tools mahupun skin care brand dari Korea, di Althea ni.. sila baca dibawha yea!
  • Free Shipping 2 item Above
  • 100% Authentic Product 
  • ( Ketulinan dan Keaslian Diakui )
  • 30 Days Return 
  • Best Price 
Haa.. Apa lagi.. jom terjah website Althea Korea, disana korang boleh jumpa macam-macam produk KBeauty.. Nak cari Box yang macam Un-pore-gettable Box ni pun ada.. lengkap satu set, senang dah mudah.. Harga pun berbaloi dna berpatutan sangat.. So.. Selamat bershopping! 

Haa.. bagi sesiapa yang berminat dengan Box yang TB review kali ni,
boleh lah terus ke link ini yea! ---> Un-pore-gettable Box 

Jom tengok Video TB Unboxing Un-Poregettable Box ni :





Maklumat lanjut boleh ke web Althea 
Althea Korea's Malaysia Website: 

Instagram: 



Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers