Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Februari 2018

GLOW GELENGGANG PENAWAR GATAL-GATAL KULIT SEPERTI ECZEMA, PANAU DAN SEBAGAINYA


GLOW GELENGGANG PENAWAR GATAL-GATAL KULIT
SEPERTI EKZEMA, PANAU DAN SEBAGAINYA


Bagi TB yang selalu mencari penyelesaian untuk masalah kulit Psoriasis TB ni semestinya tak jemu berusaha mencari produk yang dihasilkan secara semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya, kalau boleh nak je guna bahan semulajadi macam orang-orang lama kita buat dulu, cari daun-daun di hutan rimba, tumbuk daun tu sampai hancur dan tampal pada bahagian yang bermasalah tu, dan hasilnya memang diakui berkesan cuma memerlukan masa yang lebih sikit untuk menampakkan kesan .

Haha.. tapi zaman moden ni manalah nak mencari daun-daun ajaib di hutan banat tu kan, siapa pulak nak turun ke hutan rimba tu semata-mata nak cari daun-daun untuk buat ubat? Silap-silap bukan daun yang dijumpai.. tetapi Pak Belang or Pak beruang pulak yang kita jumpa.. wakakaka..


Haaa.. oleh sebab itulah sekarang ni pengguna lebih suka mencari produk yang ready made je.. janji produk tu no paraben, no mercury, no bahan kimia berbahaya, no steroid dan no minyak haiwan bagai dan yang paling penting ada sijil KKM dan ada Sijil Halal.. 

Haaa.. nak tahu tak daun ajaib yang TB sebut-sebutkan diatas ni tentang daun apa? Haa.. kalau nak tahu TB sedang cerita tentang produk yang dihasilkan dari Daun Gelenggang yang sudah diketahui ramai khasiat dan kebaikannya untuk masalah kulit. 


Meh TB nak citer pasal produk Glow Gelenggang ni.. sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit macam TB ni ha.. Kalau korang ada masalah kegatalan pada kulit akibat dari eczema ke, panau ke, ruam ke atau gatal akibat kesan gigitan nyamuk mahupun gigitan dari hama/kutu kucing pun boleh diatasi dengan glow gelenggang ni tau. Malah.. untuk yang ada Psoriasis macam TB pun boleh guna produk ni tau.. TB rasa kurang gatal lepas sabun dan sapu minyak tu di bahagian anggota yang bermasalah.. 

Glow Gelenggang membantu mereka yang bermasalah GATAL-GATAL KULIT, yang disebabkan oleh :

➡️ Eczema
➡️ Psoriasis
➡️ Panau
➡️ Kurap
➡️ Kulat air
➡️ Kayap
➡️ Kudis buta
➡️ Bisul
➡️ Kurap susu
➡️ Resdung



Bahan yang digunakan adalah diformulasikan dari 100% bahan semulajadi dan bebas dari bahan kimia yang berbahaya, Bebas Steroid,  kerana ia dihasilkan menggunakan bahan organik seperti daun herba gelenggang ( cassia alata ), habattus sauda, susu kambing, minyak argan, minyak zaitun dan juga menthol.


Bahan-bahan yang digunakan mempunyai khasiat yang bagus untuk merawat masalah kulit :

Gelenggang ( cassia alata )
Membantu mengurangkan radang dan menyembuhkan penyakit luaran

Minyak Argan 
Menjadukan kulit lebih licin, halus dan mudah meresap ke dalam kulit

Minyak Zaitun
Bertindak sebagai pelembab yang sudah terbukti untuk masuk ke dalam lapisan kulit paling dalam

Susu Kambing
Susu Kambing sememangnya mempunyai nutrisi yang banyak untuk mencegah kulit kering, melembab serta bantu mencerahkan warna tona kulit

Crystal Mentol
Melega serta menyejukkan kulit


CARA GUNA SET GLOW GELENGGANG 




Guna Sabun Herba Setiap kali mandi, kalau boleh guna 2-3 kali sehari secara konsisten yea! boleh guna pada muka dan badan .



Lepas mandi tu, Picit dan sapu minyak herba ke tempat yang bermasalah dan biar sehingga meresap ke dalam kulit, Kalau nak sapu sebelum masuk tidur & bila perlu / gatal pun boleh.. takde masalah.

Guna 2-3 kali sehari secara konsisten untuk hasil yang optimum .


TB perasan setiap kali TB guna Sabun Herba Glow Gelenggang ni kan.. Si Butang ni asyik la nyendeng2.. Apa.. Dia ingat makanan ka sabun tu?? haishhh.. Nak selfie dengan produk pun masuk muka dia dalam gambar.. hahahaha.. 


Set Produk Glow Gelenggang ada 2 item iaitu :
1.) Minyak Herba Organik Gelenggang dan
2.) Sabun Herba Organic 

Minyak Herba Gelenggang Plus Habbatus Sauda (30ml)
Tak Panas , Tak Memedihkan , Tak Merengsakan , Tak Busuk

Organic Herbal Soap Glow Gelenggang (50gm)


Apa Yang Best Tentang Glow Gelenggang

Disebabkan ia diformulasikan dari 100% bahan semulajadi, bebas bahan kimia, bebas Steroid maka korang tak perlu risau kerana ia selamat digunakan untuk semua masalah kulit termasuk kulit sensitif, Eczema mahupun Psoriasis macam TB ni pun boleh guna produk Glow Gelenggang ni tau! 

Haa.. lagi satu kalau korang nak tahu Pengguna Glow Gelenggang ni kebanyakannya terdiri dari pelbagai peringkat umur tau... maksudnya sesiapa pun boleh guna termasuklah budak kecik ke, lelaki ke, perempuan ke, muda atau tua pun boleh guna malah ibu hamil tak terkecuali juga.. Pendek kata produk ni Mesra Pengguna gitu kan!

MENGANDUNGI HERBA GELENGGANG & 3 JENIS MINYAK; (HERBAUTUS SAUDA, ZAITUN & ARGAN
Macam apa yang TB  dah sebutkan kat atas, produk Glow Gelenggang ni mengandungi Herba Gelenggang dan 3 jenis Minyak iaitu Habbatus Sauda, Zaitun dan Argan. Bagi yang belum tahu tu herba gelenggang ni memang power sebagai agen anti-kulat & anti-bakteria. Ia memang berkesan menghilangkan kegatalan akibat resdung & penyakit kulit lain seperti eczema, kurap, panau, bisul & kudis buta,

Dan, inilah satu2 nya formula sabun herba yang paling banyak sekali minyak yang premium. Kenapa? Kerana minyak akan 'kunci' lapisan kelembapan dari tersejat. 

Makanya sebab itulah sabun herba ni TAK KERING, TAK PEDIH dan TAK MERENGSAKAN KULIT kita, juga muka pun tak rasa berminyak bila pakai ni, rasa lembab jer kulit.. Sejukk je..

MEREDAKAN KEGATALAN KULIT
Kajian pakar dalam penilaian makmal mendapati Daun Gelenggang (Cassia Alata) sangat berpotensi sebagai antiseptik dan memiliki ciri-ciri sangat mengagumkan dalam penyembuhan luka. Gelenggang ini juga dipanggil sebagai “Ringworm Bush” kerana sifatnya yang sangat berkesan ke atas kulat (fungicidal), untuk merawat kurap (ringworm), panau dan lain-lain jangkitan kulat kulit.

PENGGUNAAN ESTRAK BAHAN DIOPTIMASIKAN  
Maksudnya ialah selagi boleh letak bahan-bahan tu, selagi tu nak letak bagi produk tu hampir 100% bahan semulajadi tak campur apa-apa untuk pekatkan ke apa.. Kalau korang dha beli sabun dia nanti, cuba perhatikan tekstur sabun herba tu nanti. Boleh nampak kan banyak bahan dalam tu, ini bukti yang pengasas ni tak kedekut bahan, bila bahan bagus banyak, barulah kesan pun PANTASSSS! Sangatlah berbaloi !

SABUN HERBA PLUS SCRUB
Ramai pengguna bagi feedback berpuas hati dengan sabun ni, sambil cuci muka/badan, sental dan tonyoh-tonyoh aje untuk tanggalkan daki-daki di badan, seterusnya kulit akan jadi bersih dan lembut aje .. Tak perlu dah nak cari produk lain untuk scrub badan, guna sabun yang sama pun dha boleh scrub badan.. jimat bukan!

TAHAN LEBIH SEBULAN
Hahh.. TB kalau beli something memang kalau boleh berbaloi lah dengan harga, boleh pakai lama atleast dalam masa sebulan lebih ke kan.. Menurut pengguna sebelum ni kata mereka Glow Gelenggang ni sangatlah berbaloi dibeli... katanya lagi sebotol minyak herba tu, boleh tahan smpai 2-3 bulan... jimat duit gaji. 

Opss.. Nama dia herba, ada yang tak suka bau herba kan? haaa.. tapi jangan risau lah! Glow Gelenggang ni nama jer herba tapi takde bau ubat, takde rasa pedih, takde rasa panas & takde keringkan kulit. Glow Gelenggang ni bau wangi.. macam bau aiskrim coklat plus Vanila gitu.

Oh ya.. lupa pulak.. diingatkan jangan sapu Minyak Herba Gelenggang Plus Habbatus Sauda tu dekat bahagian luka tau!! tunggu luka dah kering baru sapu yea..


HARGA


Harga bagi sabun herba/minyak herba ni hanya RM47.00. Tapi kalau nak untung.. beli satu set (sabun dan minyak), total RM70.00 sahaja. Jimat kan?


Testimoni TB Sendiri :


Bagi TB yang dah pakai sabun ni selama 4 hari TB belum nampak kesan yang ketara lagi cuma adalah sikit TB nampak hasil positif dia apabila TB gunakan dekat kawasan kulit TB yang sememangnya ada masalah gatal-gatal dan alahan kesan dari masalah kulit TB iaitu Psoriasis..

Bagi yang tak tahu apa itu Psoriasis, korang boleh baca dekat SINI SINI dan SINI yea..

Berbalik pada feedback TB tentang produk Glow Gelenggang ni tadi, seperti TB kata tadi TB baru guna selama 4 hari dan hasilnya belum nampak sepenuhnya lagi.. So, dah cukup seminggu atau lebih TB akan update balik kondisi kulit TB selepas menggunakan produk ni yea..

Cuma TB nak share jugak sedikit kesan yang TB dapat rasa iaitu bahagian kulit kering di siku TB dah makin lembut dan seperti nak sembuh je.. Tapi kita tunggu update dari TB nanti yea..

Tentang bau dia pula.. TB suka bau dia sebab bau nya macam vanila gitu macam bau coklat pun ada.. rasa macam nak gigit-gigit je sabun dia tu.. minyak tu pun rasa nak jilat je sebab macam bau makanan.. haha.. nasib baik bukan bulan puasa.. hehehe.. 

Sabun tu comel je sebab ada bentuk love kat tengah-tengah dia.. kombinasi warna sabun pun mantop.. TB dah try kedua-dua produk glow gelenggang ni.. memang betul lah macam orang kata.. best sebab bau dia wangi dan sedap dipakai di wajah.. tak mengeringkan muka, dan banyak bahan semulajadi yang TB rasa serasi dengan kulit sensitif TB ni..

Haa.. ini dulu testimoni TB buat masa ni.. sebab baru guna 4 hari kan.. nanti TB akan update kat sini feedback terbaru yea! stay tune! Tapi untuk meyakinkan korang tentang produk ni bagus ke tak, korang boleh baca sendiri testimoni pengguna-penguna yang lain dibawah ni dan nilaikan sendiri yea!

Tips untuk penjagaan sabun dan minyak herba
Mudah je..sabun tu kalau nak tahan lama, boleh lah potong sikit beberapa bahagian, pastu jangan biar sabun tu terendam, kena simpan kat dalam bekas yang kering..

Manakala minyak herba lak, pastikan simpan pada suhu bilik, elakkan dari kena direct cahaya matahari sebab nanti boleh kurang/jejaskan khasiat minyak tu.. ada paham?? hehe

Testimoni Dari Pengguna-Pengguna Lain :

testimoni Eczema Kulit Kepala Bayi














Haa.. kalau sesiapa berminat nak cuba produk ni utnuk masalah kulit gatal-gatal korang tu.. Jom order dan alami sendiri hasil penggunaan Glow Gelenggang ni.. Oh ya.. dapatkan potongan RM10 dengan menggunakan kod promo TB di bawah ni..

Caranya mudah je.. order Set Glow Gelenggang ni melalui whatsapp dan taip sekali code promo TB10 ke no. 014-544 5951



Untuk maklumat lanjut, sila contact :



FB Page : 

Website : 

WhatsApp : 
014-544 5951


16 ulasan:

  1. 1st time dengar gelenggang ini ingatkan produk kecantikan untuk muka sebab dia punya packaging lawa n comel..rupanya untuk eczema, gatal2 panau sebagainya..nti nak cuba kat asben pulak sbb dia selalu ngadu gatal2 kat kaki dan tangan

    BalasPadam
  2. Pertama kali dengar dan tahu pasal daun gelenggang. Ya menariknya selain diproses menjadi product, sekaligus dapat membantu juga certain penyakit.

    BalasPadam
  3. Memang ada bc juga info ttg daun gelengang masa keje kedai jamu dulu.. Mmg elok untuk masalah2 yg butang share dlm entri ni..

    BalasPadam
  4. Comelnya botol dia hehe. Saya juga pertama kali dengar pasal daun gelenggang ni. In shaa Allah dapat membantu penyakit gatal gatal.

    BalasPadam
  5. it's so nice to find a cure for sensitive itchy skin.. Nice products!

    BalasPadam
  6. First time dengar nama gelenggang. Banyak jugak khasiat dia yer. Hopefully sesuai untuk digunakan utk kulit sensitif sekali. Tp knp packaging dia mcm budak2 😅 hahaha.

    BalasPadam
  7. Gelenggang ni herba kan. Cuma tak berapa femes. Bagus sekarang telah di komersial kan. Sebab susah nak cari produk sesuai utk kita yang berada di Malaysia. Cuaca sentiasa panas. Jadi, produk kecantikan harus lah yang serasi dengan cuaca kita kan. Baru lah cantik. Hehe

    BalasPadam
  8. Yang I ingat herbs ni good for sakit kayap or demam campak.Bagus at now dah buat in this form. Senang nak apply.

    BalasPadam
  9. Wahhh..banyak kebaikan produk glow gelenggang ni..harga pun tak mahal sangat

    BalasPadam
  10. mcm bagus je ni...heheh...tapi kurang minat sabun buku huhu

    BalasPadam
  11. wah mmg bagus ye glow gelenggang

    BalasPadam
  12. bagus kandungan dalam ni. sesuai untuk gatal2 badan. siapa yang nak cuba, elok la cuba..

    BalasPadam
  13. Wow! thanks for the information and introducing this product. I am looking for something to cure panau.

    BalasPadam
  14. bestnya baca review ni.. mesti produk yg bagus kan

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers