Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Februari 2018

RESEPI RENDANG TOK SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI RENDANG TOK SEDAP DAN MUDAH!

Haa.. TB tengah mencari resepi Rendang Tok untuk dicuba hari raya nanti.. cewah.. puasa pun belum .. dan teringat raya yea.. haha.. Ok lah.. TB cadang nak try buat Rendang Tok ni one day.. pastu nak try buat Kuzi kambing / daging.. Nak kena cari Resepi mantop dulu.. hehehe.. Tapi yelah.. bila bahan dan rempahnya tak cukup.. Malas TB nak menjanjikan apa-apa.. huhu.. kalau ada bahan boleh lah terus jalann.. hehehe.. 

Apa-apa pun TB tepek kan dulu 2 resepi utnuk dicuba.. Nanti TB nak tengok balik mana satu yang senang nak follow.. hehehe.. Korang pilih yang mana? Satu ke Dua? hehehe..


RESEPI PERTAMA :

BAHAN-BAHAN:
1kg daging
10 ulas bawang merah | dikisar halus
5 ulas bawang putih | dikisar halus
3sm lengkuas | dikisar halus
3sm halia | dikisar halus
5 batang serai | dikisar halus
5 sudu cili giling | dikisar halus
Kunyit sedikit | dikisar halus
2 helai daun kunyit | dihiris halus
1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
1kg santan pekat
50gm gula Melaka
3 sudu makan kerisik
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS:
2 batang kayu manis
4 kuntum bunga lawang
5 batang bunga cengkih
6 biji buah pelaga


CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.


RESEPI KEDUA :

BAHAN-BAHAN:
2 kilo daging - potong kiub, jgn kecil sangat ye.. 
5 biji kelapa (santan)
1 ½ sb jintan halus( jintan putih)- goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
3 sb biji ketumbar - goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
6 sb jintan kasar ( jintan manis) -goreng tanpa minyak dan tumbuk halus 
1-2 senduk cili blend-ikut pedas disukai
Kerisik-anggaran dalam 1 biji kelapa 
1 ketul gula melaka
3 helai daun kunyit - hiris
5 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 keping asam keping
Sedikit belacan- optional
Garam
Serbuk perasa- optional
Bahan kisar halus:
20 ulas bawang merah
9 ulas bawang putih
2 inci halia
5 -7 batang serai 
2 inci lengkuas

CARA MEMASAK:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit,gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk. Perap dengan daging selama 4 jam paling kurang.. Nak sedap lagi perap laa semalaman...

(***kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk mengempukkan daging..)

Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering... Baru dimasukkan santan...

Reneh selama 3-4 jam... Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering...Kena selalu dikacau supaya tidak hangit bahagian bawah ye...

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping... Kacau lagi hingga rata...Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

(**Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak..kerana rempah ratusnya semakin meresap kedalam daging)


picture/info :
Google

14 ulasan:

  1. Wahhh rajin sungguh buat rendang ya. Sis setahun sekali pun susah nak buat..hehehe. Sis paling suka rendang hitam..kalau makan sure tak toleh kiri kanan

    BalasPadam
  2. Makin lama perangat makin sedap kan TB. Aish teringat musim raya pula tgk rendang ni. Makan dengan ketupat sedap sgt.

    BalasPadam
  3. Sedapnya rendang kan, kalau hari raya wajib ada rendang daging n ayam kat rumah Mak Kak Sue..

    BalasPadam
  4. Rendang tok! Sedap ni. Zeza pon suka rendang tok. Tapi tak reti nak buat. Hahaha! Ni dah ada resepi, bolehlah nanti try test tengok. Hehehe. Tq TB for sharing resepi.😘

    BalasPadam
  5. Kegemaran KekZa ni tau. Tapi gemar makan je. Tak pernah buat lah pulak. Tak reti. Alasan sangattt. Padahal bersepah resepi kalau rajin nak buat. Tihihi. Okaylah, nanti nak try buat. Kalau menjadi KekZa share.😘

    BalasPadam
  6. Lapaqnyaa tgok rendang tok. Dah laa blogwalking lepas workout, kena pi isi perut ni XD

    BalasPadam
  7. Rendang tok..sedap kan..tapi kita tak pernah masak rendang tau!

    BalasPadam
  8. Alaaaaa... Kecur ailio nengok rendang tok ti. Tak pernah buat rendang tok. Buat rendang biasa jer. Simpan resipi ni dulu ☺

    BalasPadam
  9. Lama betul tak makan rendang. Memang selalu makan time raya jer. Nak masak busy kerja balik dah penat. Harap sangat dapat peluang masak & nak cuba menu ni.

    BalasPadam
  10. Favourite nie.. Tima kasih TB share resepi hehe t bley cuba

    BalasPadam
  11. tqqq info ! nak try masak bila ada kelapangan

    BalasPadam
  12. Sedap ni TB.Mark dah resipi ni.raya nanti boleh buat rendang tok

    BalasPadam
  13. Haritu ada try jugak buat rendang tok ni sbb nak rasmi periuk pressure cooker yg mr.hubby beli..Alhamdulillah, menjadi cuma kurang garam..haha...tapi sendiri yg makan, kira boleh la..

    BalasPadam
  14. boleh dah bookmark lepas ni try ni hehe

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers