Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 April 2018

8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


Haa.. hari ni TB nak kongsikan 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB nak cuba kenal lebih rapat.. hehe.. ada diantara mereka yang TB belum kenal sepenuhnya.. Ada juga yang TB kenal rapat seperti Zaza, Mimi dan beberapa orang lagi.. Tapi yang paling rapat dengan Zaza dan Mimi.. Sebab dah bertahun-tahun kami berkenalan hingga kini masih macam dulu.. Alhamdulillah.. moga hubungan kami kekal begini sampai bila-bila..

Oh ya.. bab nama blog.. TB ni tak suka tukar-tukar.. kalau dah selesa dengan satu-satu nama tu TB akan terus kekalkan sampai bila-bila.. Sebab tu masa mula-mula nak letak url tu TB akan pastikan nama tu TB akan guna nama yang betul-betul TB puas hati.. haha.. terpandang muka butang.. terus TB nak letak nama butang dan pangkal tu TB letak tengku sebab TB ibaratkan kucen2 TB ni macam anak raja la konon.. panggilan tengku untuk tengkubutang, tengkuoyen dan tengkushiro (adik). semua ada blog sendiri tapi TBtak aktif sangat.. hahaha.. kelakar je..

Ok lah.. mari TB kongsikan   8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang nama-namanya agak gah juga dalam dunai blogger sebab masing-masing dah berkecimpung dalam dunia blogger lebih dari beberapa tahun dan masing-masing juga telah mempunyai domain sendiri.. tahniah semua.. Jom terjah siapakah  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang TB maksudkan tu..


=  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  =



1. Syamimi Saad


Blog Mimi ni ada macam-macam story.. ada resepi.. ada kisha anak-anak mimi.. ada kisah review produk dan macam-macam lagi.. ada juga kisah perjalanan cinta mimi dengan his husband sehinggalah zaman dah kahwin.. hehehe.. tips-tips bercinta pun ada.. jemputlah jenguk yea.. scroll entri-entri lama mimi.. 

Oh ya.. kalau korang nak tahu.. inilah dia blogger yang buat TB jadi Blogger sekarang ni.. hehehe.. Blogger Syamimi Saad.. Thank You Mimi.. Haa.. Sebenarnya TB dah pernah ada buat blog masa zaman kerja dulu.. tahun 2010 macam tu rasanya.. Tapi disebabkan TB sibuk dengan kerja, tiada masa nak buka blog.. lagipun tak best nak buka blog sebab kedudukan meja TB tak mengizinkan TB buka blog.. pc screen tu orang lain boleh nampak..  silap-silap bos pun tumpang baca apa TB tulis.. huwaa.. tak suka.. tak sukaa.. haha.. no privacy la.. tak sukaa.. haha..  

Masa tu yang bagi TB saranan buat blog adalah Blogger mimi sebab dia nampak TB kalau post apa-apa kat FB suka taip panjang-panjang.. Kalau ada blog better up di blog, boleh juga jana side income katanya..

Dan selepas berkahwin, TB dah tak kerja.. TB pun mulalah rasa boring kat rumah, dan terasa nak cari side income wlaupun dok rumah kan.. So, mimi terus cadangkan TB aktif ber blog.. haha.. akhirnya TB bergerak aktif dalam dunia blogger.. dan dah jana side income macam-macam dari dunia blog..

haa.. jom terjah blog mimi.. kalau adayang berminat nak beriklan di blog mimi.. silalah pm mimi yea.



2. Zaza Iman

Haaa.. Siapa tak kenal Blogger bermata cantik ni kan.. hehe.. TB pun macam tak percaya dah hampir 5 tahun kot kenal Zaza ni.. Kami kenal start dari bila pun tak pasti dah.. TB ni pelupa sikit.. Tapi memang Zaza adalah Blogger paling rapat dengan TB selain Mimi tadi.. Haha.. Zaza ni seorang yang lemah lembut.. Kalau dia marah atau tak puas hati.. dia tak pernah post kat wall FB dia.. dia simpan sorang-sorang atau luah kat kawan-kawan je.. 

Di blog Zaza ni Zaza suka kongsikan tips-tips kecantikan.. tips-tips kesihatan, review, resepi dan juga tempat-tempat yang zaza sempat lawati zaza akan abadikan kenangannya di blog ini..

oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah bisnes kad murah, boleh tempah dengan zaza tau.. sebab zaza memang ada ambil order design bisnes kad, kornag boleh terus order dekat Zaza..

Zaza juga adalah ejen sah Ephyra dan contact lens brand Wawa lens, so.. kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan daripada Zaza yea.. nak beriklan di blog zaza pun pm aje Zaza di FB.. 




3. Wawa Ashihara

Wawa Ashihara.. yeaaazaa.. nama tu agak Unik bagi TB so, senang sangat TB nak kenal wawa Ashihara ni yang mana satu.. hehe.. sebab TB pun ada member nama wawa.. agak keliru kalau ramai sangat nama wawa kan.. so, bila sebuat Wawa Ashihara TB dah memang confirm ingat sapa dia.. hehe..

Wawa ni kan.. bagi TB comel orangnya.. kalau buat LIVE kecik je mulut tu bercakap.. huhu.. comel.. Wawa suka buat LIVE tutorial makeup.. TB teruja tengok dia makeup.. sebab nampak cantik dan tak bercapuk pun makeup nya.. jeles TB tau..

Wawa punya blog banyak share tentang Tips kecantikan, tips make up dan cara pilih kosmetik yang sesuai dengan wajah.. Wawa juga selalu share tentang resepi yang dia dah cuba serta banyak juga TB tengok entri review produk yang wawa buat.. murah rezeki wawa.. siapa-siapa nak beriklan kat blgo wawa.. boleh email atau pm wawa yea.. 


4. Cahaya Permata


Blogger yang bernama Alja ni pun antara nama yang unik TB jumpa dalam dunia blogger.. huhu.. Sama macam blogger lain.. asyik la ter confused sebut Ajla dari Alja.. haha.. Teringin gak nak tahu Alja ni singkatan dari nama apa.. hehehe..

Blogger Ajla punya blog rasanya niche lifestyle, TB perhatikan banyak juga Alja share tentang pengalaman travel dan review tentang makanan. So, boleh cop sebagai antara Blogger yang banyak review travel dan join mana-mana event gak ni.. Haa.. sape-sape nak review di blog Alja.. boleh pm tepi yea.. 




5. Iuzira


Blogger Iuzira atau nama sebenarnya Hazirah Shah adalah antara lifestyle blogger yang sangat aktif join event-event dan kelab-kelab.. Selalu je nampak kat timeline iuzira ni join pelbagai event dan aktiviti disekitar Kuala Lumpur. Hehe..

Nama unik Iuzira ni mungkin adalah nama pena Hazirah dalam dunia blogger agaknya.. sebab snagat unik.. TB selalu la tersalah sebut nama iuzira ni.. selalu mesti terslaah taip tulis iuzura.. hahaha.. tapi boleh lah.. dekat-dekat je nama tu kan.. haha..

Blog Iuzira banyak berkisar tentang tip,event yang dihadiri dan juga motivasi. Haa.. jom terjah blog Iuzira a.k.a hazirah ni.. mana tahu korang jumpa something di blog beliau? hehe..

Oh ya.. kalau nak dapatkan Imaan Suci Tissue Wipes boleh dapatkan melalui Iuzira ye.. pm aje




6. Wendy Pua

hehe.. Salam perkenalan buat Wendy.. Sejujurnya TB belum mengenali Wendy secara dekat sebab mungkin kami belum pernah jumpa secara live dalam apa-apa event atau mungkin belum pernah ada peluang untuk berkolaborasi dalam mana-mana job.. kami cuma berkomunikasi dalam group-group blogger secara beramai-ramai je.. hehe..

Apa-apa pun.. TB suka wendy ni sebab dia boleh join group-group blogger melayu walaupun dia dari bangsa lain, dia seorang yang friendly dan pandai cakap melayu.. so, senang nak berkomunikasi.. kalau TB komen Malay kat blog dia, dia boleh accept dan faham.. hehe.. mudahnya nak blogwalking kalau macam tu kan.. hehe..

Merupakan Chinese blogger Malaysia blogger yang sangat aktif menyertai pelbagai event dan program.. Selalu juga travel keluar negara dan berkongsi pengalamannya ketika berada disana. Selain travel, Wendy juga menulis tentang fesyen, kesihatan, kecantikan, teknologi dan juga makanan .

Psst.. Wendy .. Nak tau satu rahsia... ada satu persamaan kita.. rambut kita pendek.. sama style pulak tu.. kita comel kan! wakaka..




7. Kak Diana Rashid


Hah.. Blogger Diana Rashid ni TB memang hari-hari nampak timeline dia keluar kat FB.. haha.. tau pasaipa??? Sebab Dia suka up post yang melucukan pun ada.. yang panas-panas pun ada.. yang bets-best pulak tu.. kadang tersenyum TB baca. Blogger Diana ni lebih kurang macam Blogger yang telus.. kalau ada apa-apa nak luah dia akan luah terus di FB to make everything yang samar-samar jadi clear.. means.. di suka bercakap terus terang...bagus macam tu.. jangan simpan-simpan sebab ada juga TB tengok post yang Blogger Diana post tu yang TB memang nak post jugak tapi risau kena kecam.. haha.. Tapi Diana dah sampaikan niat TB tu akhirnya..haha.. akdang TB pun tumpang sekaki komen.. wakakaka..

Bagi TB seronok ada friend macam Diana ni.. kalau kenal lagi rapat tak tahulah.. hahah.. mesti asyik gelak kot.. kui3..

Haa.. kalau korang ada masa free .. singgahlah blog Blogger Diana ni.. banyak entri-entri dan info menarik kornag boleh dapati tentang kekeluargaan, kehamilan, resepi masakan, info kesihatan dan kecantikan dan pelbagai berita semasa di dalam juga di luar negara.

Nak review pun boleh.. pm aje yea!




8. Cik Ash


Haaa... Akhir sekali.. Blog Cik Ash ni.. TB memang agak familiar dengan anam Cik Ash tapi TB tak tahu nama sebenar Cik Ash ni.. rupanya Sharifah Ashikin nama sebenarnya yea.. Sedap nama tu.. Sejujurnya TB masih tak cam wajah Cik Ash sebab macam agak-agak serupa dengan wajah blogegr lain.. hehe.. Tetapi kalau sebut Cik Ash.. TB rasa memang usia blog kita pun macam elbih kurang sama kot.. ke Cik Ash lama lagi? huhu.. sebab masa TB mula-mula berblog dulu.. TB selalu nampak komen dari Cik Ash di entri blog TB.. Tapi tak pastilah kot ada blogger lain nama Cik Ash jugak..

Apa yang menarik tentang blog Cik Ash ni ialah Cik Ash selalu berkongsi pelbagai tip & maklumat, pelbagai isu semasa turut terselit juga dalam blog beliau, juga ada buat review produk, review-review mengenai filem dan novel serta paling best ada juga dimasukkan dalam entri beliau kisah pedoman seperti kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita..

Ok.. setakat ini itu saja tentang 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang dapat TB kongsikan buat masa ni.. InsyaAllah kalau ada masa lain TB akan up lagi tentang Blogger-Blogger yang ada di Malaysia ini.. Actually memang ramai sangat Blogger-Blogger lain di luar sana, tak terkira banyaknya.. Cuma nak masukkan semua dalam list ni dan luangkan masa utnuk review tu kena ada masa yang betul-betul FREE.. haha..

So.. setakat ini dulu untuk tatapan semua.. Jemputlah singgah dan follow  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB senaraikan diatas ni yea.. Kalau ada nak review produk ke apa,boleh pm mereka di Facebook atau email je untuk deal harga.. K bye semua.. =)



Lazada Birthday Festival Blogger Contest


Lazada Birthday Festival Blogger Contest 


Happy Birthday in Advance Lazada!!! Haa.. tentu korang dah terdengar-dengar tentang orang dok bercerita di Facebook tentang Jualan Bulan April sempena meraikan ulang tahun ke-6 Lazada iaitu  Lazada Birthday Festival yang bermula dari 25 hingga 27 April, nikmati lebih daripada 1,000 tawaran flash, sehingga 90% dari pelbagai jenis jenama dan produk, baucar eksklusif aplikasi dan banyak lagi kejutan! pendek kata time gini lah korang kena shopping, jangan lepaskan peluang! Klik je Banner atas ni, korang akan terus ke Website Online Lazada.. haa.. kemudian apa lagi.. shopping la selagi boleh yea.. tengah murah tuu..  hehe..


Lazada Birthday Festival Blogger Contest

Oh ya, tak lupa juga TB nak share tentang Contest yang selalu Lazada adakan tiap kali ada promosi special macam ni.. Haa.. Macam biasa Blogger juga turut diberi peluang sekali lagi untuk samma-sama memeriahkan lagi Lazada Birthday Festival ni.. 

So, kepada blogger-blogger yang berminat, jangan lupa untuk menyertai Lazada Birthday Festival Blogger Contest yang pastinya menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk korang semua. Jom join. (klik banner di bawah untuk join contest)


Ok lah.. untuk melengkapkan penyertaan, korang kena jawap  4 soalan yang diberi.. So.. TB juga dah ada jawapan untuk soalan-soalan tu.. jemput baca yea.. heeee.. and good luck semua..!!

a. Lokasi manakah yang akan anda pilih untuk pesta ulang tahun / Parti hari Jadi Lazada?

TB suka kalau dapat sambut Pesta Ulang Tahun / Parti Hari Jadi Lazada di tempat-tempat yang viewnya cantik, udara nyaman, serta banyak tempat-tempat menarik disitu untuk bersuka ria.. Tempat yang TB maksudkan ialah Genting Highland.. wah.. kalau dapat sambut birthday Lazada disitu mesti best kan! sejuk je kat sana kan! hehehe..

b. Pilih tema parti dan pilih satu atau beberapa produk di Lazada untuk menghiasi tempat.


Untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi yang meriah dan happening,TB sukakan tema ala-ala berkelip lip-lap lip-lap tu.. hehe.. So, majlis Birthday yang nak disambut tu biar diadakan pada waktu malam.. nak pulak dalam suasana sejuk di Genting Highland gitu.. dengan disinari cahaya warna-warna dari lampu, belon yang berwarna-warni serta cahaya lilin.. fuh.. 

Antara item yang akan TB pilih untuk menghiasi tempat menyambut parti hari jadi / Hari Ulangtahun  lazada ialah;

Klik Gambar


Klik gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Klik Gambar

Haaa.. yang atas ni rasanya complete dah semua yang diperlukan untuk sesuatu majlis tu.. dari decoration, hiasan meja, pinggan dan semua yang diperlukan Menggunakan item-item yang diperolehi dari Lazada semestinya akan memeriahkan lagi parti hari lahir lazada dengan dekorasi bertemakan tropikal. Tidak sabar untuk meraikannya.


c. Kek hari jadi mana yang akan dihidangkan dan produk mana di Lazada boleh membantu anda mempersiapkannya?


Kalau boleh TB nak cake yang simple tetapi menarik macam gambar dibawah ni.. hehe.. dan paling penting ada no. 6 tu yang menandakan Ulangtahun / Hari Jadi Lazada kali ke 6 .. kan! Baru lah meninggalkan seribu kenangan dalam majlis dan bila ber foto tu nanti.. kan..

kek yang ada buah-buah .. nyummyyy!!

Yang ni untuk para tetatmu yang suka cupcake.. hehehe..



TB akan pilih produk-produk yang bersesuaian untuk menjadikan kek impian TB tu menyerlah dan menarik.. Antara produk yang TB akan guna dari Lazada untuk hiasan kek ialah ;-

Klik Gambar


Klik Gambar



d. Masa untuk bersinar, pilih pakaian anda di Lazada!

Untuk sesuatu majlis pastinya kita perlulah memilih pakaian yang sesuai, ada stail dan mengikut tema. TB dah pilih pakaian apa yang sesuai untuk menghadiri parti birthday Lazada ni.. hehehe.. ye ye je ye! hehehe..

Haa.. TB pilih baju seperti gambar dibawah ni.. hehehe.. tak tahu kenapa dari mula-mula terlihat gambar baju ni terus suka.. dah tak nampak gambar lain.. haha.. memang tak sesuai utnuk TB sebab bertudung kan.. tapi boleh je pakai cover lengan dan pakai seluar untuk cover bahagian kaki tu.. janji pandai gayakannya kan! barutak nampak pelik.. hahaha.. Tapi memang cantik kan? haa.. apa lagi.. dah siap dah ni.. Jom la kita berparti ber-selfie!.. yeehaaa.. hahaha.. Happy Birthday Lazada!!


Klik Gambar



LAZADA BIRTHDAY SALE!!

Lazada Birthday Festival semakin hampirrrr, Pastikan korang dah jenguk-jenguk website Lazada yea.. pilih item-item yang termasuk dalam offer nanti, masukkan dalam wishlist atau bakul chart korang, then tiba tarikh keramat tu iaitu pada 25 hingga 27 April, korang checkout cepat sebelum item habis disapu.. hahaha.. time ni lah kita kena ambil peluang dapatkan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Potongan sehingga 90% tuuu.. bukan selalu adaa..  






23 April 2018

ALHAMDULILLAH... DAH JUMPA OYEN BALIK.. TAPI...


Hubby punya camera ok tapi masa ni cahaya matahari suluh muka oyen.. so tak clear muka oyen.. sebab tu TB nak tengok dengan mata sendiri gak..


tengok belakang pun tau sangat ni Oyennn! 


Dah  ada bini dah Oyen mama ni yea.. pandai Oyen pilih.. lawa.. mama suka.. mesti anak kome lawa-lawa nanti kan.. (dah restu ni.  kih3)


Masa ni hubby mata panggil nama oyen tak datang pun.. dia pun dah konpius oyen ke bukan


Setelah berbulan2 Oyen hilang akhirnya tadi TB dah jumpa balik Oyen.. dalam keadaan kotor bulu dia.. TB bagi dia cat food.. nampak macam lapar sungguh.. yang sebelah tu makwe dia kot sebab dah 3 hari nampak dia dengan kucen tu. .

Masa hari Ahad (8.4.2018) lagi TB nampak ada kucen dok bawah kereta tu macam ekor oyen je.. Tapi TB try panggil dia tak datang pun.. TB ingat bukan Oyen.. .

Pagi semalam dapat mesej dari hubby .  Bunyi nya begini.. "Sampai Hati.. " dia kata lagi "sampai hati kawen tak ajak" .

TB yang sedang BZ memasak masa tu (sebab ada tamu nak mai.. kak ipar n ibu mertua).. Tertanya2 hubby citer tentang sape.. .

Pastu hubby tunjuk gambar kucen dua ekor ni.. punya la teman terkejut.. memang terus jerit. "Oyennnnn" .

Tak sangka kucen yang teman nampak hari ahad sebelum tu memang betul oyen . .

Allah.. rasa nak bawak balik je tadi.  tapi bila teringat kalau bawa dia balik nanti teruk dia kena belasah dengan Butang.. TB jadi serba salah.. Banyak benda nak kena fikir sebelum ambil oyen semula.. .

Butang dengan oyen tak serasi.. selalu gaduh teruk.. dan tambahan pula kami dok apartment.. dengan keadaan rumah kami yang tak luas.. dengan keadaan ada anak kecil.. kalau ambil oyen semula pasti jamban tempat oyen nak membuang kena letak dalam rumah.. sedangkan ada je jamban kucen kat balconi tu.. Tapi Butang taknak kongsi jamban dengan Oyen.. sebab tu kena buat jamban khas untuk oyen kat dalam rumah.  adoi.. mahunya harraz main2 situ punya nanti..

19 April 2018

54 UCAPAN SAMBUT RAMADHAN




54 UCAPAN
SAMBUT RAMADHAN


Kita bertuah kerana masih diberi pelyang menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.. Masing-masing ciba menyediakan keperluan kelengkapan untuk persediaan menyambut Ramadhan agar ia disambut dengan rasa syukur dan gembira.. 

Bulan yang mulia  bulan yang dinantikan semua umat islam.. Semakin hampir Ramadhan, ramai yang mencari ayat puitis / ucapan Selamat Menyambut Ramadhan untuk dikirim samada melalui whatsapp, Wechat, Facebook, Twitter, Instagram mahupun mana-mana aplikasi media sosial lain.. 

Disini TB kongsikan buat korang 50  Ucapan Sambut Ramadhan untuk dikirim kepada ahli keluarga, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan.. Moga ucapan ini dapat mengimarahkan lagi sambutan Ramadhan AlMubarak kita.. 

1. Ya Allah, muliakan & sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkahi rizkinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. amiin. "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN" mohon maaf lahir dan batin

2. Anak melayu mengail ikan, perahu berlabuh ditengah lautan, sambil menunggu datangnya ramdhan jari ku susun mohon ampunan, selamat menyambut bulan suci ramadhan bagi semua umat muslim..

3. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF LAHIR&BATHIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

4. Sebelum lidah kelu, sebelum hati kembali membeku, sebelum jari kaku & sulit hanya untuk sekadar minta maaf lewat sms & sebelum semua operator sibuk..MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan. Moga dimaafkan ya!

5. Marhaban ya Ramadhan Bulan suci kembali tiba, saat tepat menyucikan diri dari segala dosa, tanpa basa basi mohon dimaafkan segala kesalahan.

6. Mengingat Kata yang Salah, Hati yang Berprasangka, janji yang terlupakan, Sikap & Sifat yang menyakitkan, di hari ini ijinkanlah ku juga mengucapkan mohon maaf ZAHIR DAN BATIN

7. Sebelum HCl jadi basa, NaOH jadi asam, NaCl jadi manis n glukosa jadi asin, hati selalu tertengadah mengharap titrasi maaf dari buret hatimu. Marhaban Ya Ramadhan

8. Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa


9. Mungkin hari-hari yang lewat telah menyisakan sebersit kenangan yang tak terlupa,ada salah, ada khilaf, ada dosa yang mengikuti perjalanan hari–hari itu.
Agar tak ada sesal, tak ada dendam, tak ada penyesalan.
Mari kita sama-sama sucikan hati,diri,dan jiwa kita.
Marhaban Yaa Ramadhan.

10. Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,

11. Hari berlalu begitu cepat segudang aktivitas telah menguras tenaga & pikiran kita, hingga tanpa terasa hanya dalam hitungan berapa puluh jam lagi kita akan songsong fajar suci ramadhon yang akan mencuci lahir dan batin kita selama 1 tahun. Tapi sebelumnya dengan segala kerendahan hati, saya mohon maaf lahir dan batin, sebelum akhirnya kita akan berserah diri pada Allah SWT. Amin...


12. Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
Lahir & Batin atas kesalahan,

13. “Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh maghfirah

14. Gersang bumi tanpa hujan..
Gersang akal tanpa ilmu, gersang hati tanpa iman. Gersang jiwa tanpa amal..
Marhaban ya Ramadhan...
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin

15. Ya Allah...
Perkayalah Saudaraku ini dengan keilmuan
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan
Perindalah fisiknya dengan kesehatan
Serta terimalah amal ibadahnya dengan kelipat gandaan
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin...

16. MARHABAN YA RAMADHAN.
Gelap malamMU ku terjaga, karnaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, kusambut pemberianMU ,dengan harapan kudapat keridhoanMU...
Selamat menunaikan Ibadah Puasa...

17. Manusia tak pernah Luput dari salah dan hilap
karena manusai bukan mahkluk yang sempurna
di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
agar tak ada dendam dan rasa dengki
Marhaban ya Ramadhan
Mohon maaf lahir batin

18. Matahari berdzikir,
Angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Bathin.

19. Tiada ampunan tanpa maaf dari sesama, marhaban ya Ramadhan..
Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat menunaikan ibadah puasa 1439 H semoga amal kita diterima disisi Allah SWT.. Amiiin...

20. Perkataan yang indah adalah “ALLAH”
Lagu yang merdu adalah “ADZAN”
Media yang terbaik adalah “AL-QUR’AN”
Senam yang sehat adalah “SHALAT”
Diet yang sempurna adalah “PUASA”
Kebersihan yang menyegarkan adalah “WUDHU”
Perjalanan yang indah adalah “HAJI”
Khayalan yang baik adalah ingat akan “DOSA&TAUBAT”
Mudah-mudahan bulan yang suci ini bisa membawa iman dan takwa, Amien..

21. Hari dimana kita diberikan Kesempatan kembali untuk memperbaiki diri.
Manfaatkan semaksimal mungkin
Jika tidak ia akan pergi bersama penyesalan.
Hari bahagia menuju pintu ibadah
untukmu yang Muslim sedunia.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

22. Marhaban ya Ramadhan… Bulan suci penuh berkah telah tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyak ibadah pada-Nya. Dengan segala kerendahan hati, kami haturkan mohon maaf lahir & batin atas segala salah dan khilaf…. Selamat datang bulan suci Ramadhan.

23. Kerinduan pada bulan suci Ramadhan kan segera terobati. Tak lama lagi bulan Ramadhan kan tiba. Ampunilah segala dosa hamba dan semoga kami selalu berada dalam limpahan rahmat-Mu

24. 11 bulan berlalu dan kini aku kembali berjumpa denganmu. Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah dan ampunan. Saatnya menyucikan hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk orang-orang yang berhasil di bulan puasa ini dan mendapat ridho-Nya.

25. Sepuluh hari pertama bulan Ramadhan adalah fase pelimpahan rahmat bagi semua orang, 10 hari kedua merupakan fase pengampunan dari Allah, dan 10 hari ketiga adalah fase terbebas dari api neraka. Semoga kami bisa menjalani ibadah puasa ini sampai akhir nanti secara sempurna.

26. Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat menunaikan ibadah puasa 1439 H semoga amal kita diterima disisi Alllah SWT..Amiiin…

27. Syukurku pada-Mu Ya Allah atas segala nikmat yang telah kuterima dan nikmat yang akan datang esok, lusa, dan nanti. Nikmatmu yang tak putus-putus merupakan bentuk kasih sayang-Mu Ya Allah. Dan ampunilah segala dosa yang melekat pada diriku ini. Di bulan Ramadhan ini, aku memohon ampunan-Mu…

28. Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa.

29. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dengan bulan puasa Ramadan, bulan penuh mutiara hikmah. Ini semua berkat nikmat-Mu ya Allah. Semoga Ramadhan ini kita bisa lebih baik dari Ramadan sebelumnya.

30. Bulan ramadhan sudah didepan mata. Tak lama lagi kita berjumpa dengan bulan suci Ramadhan ini. Siapkan hati untuk mendekatkan diri pada-Nya. Marhaban ya Ramadan…
Ya Allah, terimakasih sudah memberikan kesempatan untuk kembali bertemu dengan bulan suci Ramadan ini. Semoga hamba bisa memanfaatkannya sebaik-baiknya. Maha suci Engkau Ya Allah…

31. Let’s join us for ‘RAMADHAN SALE Diskaun penghapus dosa besar2an s/d 100% utk semua jns dosa Tingkatkan ibadah wajib, sunnah, perbnyk istigfar shdaqah
Lebih heboh lg, ikuti DOOR PRIZE lailatul qadar. Slamat berpuasa maaf lahir batin

32. Nafaspun menjadi tasbih, tidurpun menjadi ibadah, amal diterima & doa-doa dijabah bagi orang yang shaum dan rajin membaca Kitab-Nya di bulan ramadhan. Selamat berpuasa & Maaf Lahir Batin.

33. Marhaban ya Ramadhan, maaf lahir dan bathin, selamat menjalankan ibadah PUASA
Aku sadar memang bukan teman yang sempurna untuk kamu.
Kesalahan dan kekhilafan. Selalu saja ada diantara kita.
Terutama aku yang sering ngerepotin kamu.
Met puasa dan Maafkan Lahir Batin.

34. Ayah dan Ibu sudah menukar seluruh jiwa
semata untuk kebahagian aku
Dan sampai saat ini belum tentu aku bisa
mengganti dengan kebahagian untuk Ayah dan Ibu berdua.
Selamat Beribadah Puasa, Ayah, Ibu
Mohon maaf lahir dan bathin.

35. Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Lahir dan Bathin

36. Mungkin baru 90 hari kita berpacaran
namun tidak lebih banyak aku bisa
membuat kamu ceria dan bahagia.
Beri aku lebih banyak hari, bulan, bahkan tahun,
untuk dapat lebih membahagiakanmu.
Bersama bulan suci ini, kita rajut kembali
benang-benang pengertian diantara kita.
Aa, lahir dan bathin.

37. Maaf kalo selama ini aku suka bikin kamu kesal.
Jujur juga, memang aku gak gampang ngertiin kamu.
Tapi aku 100% cinta kamu.
Met Puasa, maafkan aku lahir dan batin ya.
I Love U.

38. Ayah menyadari sepenuhnya masih banyak
mimpi kita yang belum bisa diwujudkan.
Ramadhan tahun ini semoga kembali
menghadirkan kebahagiaan ke rumah kita.
Selamat beribadah puasa ya Bu,
jangan bosan bangunkan tidur ayah saat sahur.
Mohon maaf lahir dan bathin.
1000 Kisses, Ayah.

39. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi.
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa.
Hidup ini terasa indah jika ada maaf.
Taqabalallahu Minna Waminkum...

40. Pergilah keluh, ku tak mau berteman dengamu
Silahkan kesah, kau bukan takdirku
Mujahadah adalah temanku, dakwah adalah nafasku,
dan Allah adalah kasihku.
Maafkan segala kesalahan.

41. Di jaman penjajahan para pahlawan berjuang mati-matian melawan kompeni dan tentara jepang. Sementara di bulan ramadhan ini kita umat Muslim berperang sekuat tenaga melawan hawa nafsu. Semoga ramadhan 1439 H ini kita semua dapat mengalahkan hawa nafsu dan menuju kemerdekaan dalam Idul Fitri .

42. marhaban ya ramadhan….
termenung ku sejenak
mengingat akan keselahanku yang lampau
andai kalian smua ada disini sobat
maafku trucap dari hati yang paling dalam..
maafin ya… smua kesalahanku

43. Matahari berdzikir,
angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Bathin.

44. gersang bumi tanpa hujan..gersang akal tanpa ilmu,,gersang hati tanpa iman..gersang jiwa tanpa amal..
marhaban ya ramadhan…………….
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin

45. Esok adalah harapan sekarang adalah pengalaman kemarin adalah kenangan…yang tak luput dari kekhilafan mohon maaf lahir dan Batin., Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu.. amin….

46. Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TOBAT obatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya.

47. SEIRING TERBENAM MENTARI DI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF DAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.

48. Satu tahun tidak terasa
Ramadhan 2018 telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Lahir dan Bathin

49. Bila dalam kata perbuatan tergores salah & khilaf, dgn segala kerendahan hati terucap mhn maaf setulus2nya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramdhan.

50. Selembut embun dipagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mohon maaf lahir bathin

51. Anak melayu mengail ikanPerahu berlabuh ditengah lautan, Sambil menunggu datangnya Ramadan, Mohon maaf saya sampaikan.

52. Kecubung batu dari Kalimantan, Disanding elok dengan berlian, Bulan Mei bermulanya Ramadan, Salah dan Khilaf mohon maafkan.

53. Kembang melati sungguhlah indah, Ditengah taman jadi hiasan, Harum Ramadhan tercium sudah, Kalau ada salah mohon dima'afkan.

54. Makan roti jangan berlari, Kalaulah jatuh kita yang rugi, Bersihkan hati sucikanlah diri, Sambut Ramadan tak lama lagi.









18 April 2018

Forum Patriotik & Jalur Gemilang Bersama 3 Speakers Jemputan Di Mines Exhibition Centre


Forum Patriotik & Jalur Gemilang
Bersama 3 Speakers Jemputan
Di Mines Exhibition Centre 

TB nak share dengan korang satu majlis forum tentang patriotik dan jalur gemilang. yang bakal diadakan pada hari Sabtu ini iaitu 21/4/2018 yang bertempat di Mines Exhibition Centre (MIECC). Dijemput beramai-ramai memeriahkan forum ini kerana panel . speakers jemputan untuk forum ini pastinya dinanti-nantikan oleh semua..

Speakers jemputan yang dijemput ialah Ambiga Sreenavasen, Marina Mahathir dan Azmi Sharom .. TB nak join jugak, insyaAllah kalau tiada apa-apa hal melintang..  Buat korang yang tinggal berhampiran tu, jemputlah join yea.. Daftar sini dulu FREE je Daftar nya --> http://www.jalurgemilang.org


Datang bawak bendera tau.. Tapii BUKAN BENDERA PARTI HOKEH!!! TAK DIBENARKAN SAMA SEKALI!! Haha.. garangnyaaa.. Hee.. Bawa JALUR GEMILANG je tau sayang2 semuaaa.. baru lah semangat membara.. jiwa merdeka! yeah! Jom sama-sama Kibarkan Jalur Gemilang Korang! Sebelum tu.. meh baca coretan TB tentang luahan terbuku TB untuk Negara tanahair tercinta .. 

Cintailah Negara Kita Bukan Hanya Membawa Bendera, Bukan Hanya Dengan Lantang Bersuara Tetapi Hanya Duduk Bersila Tanpa Buat Apa-Apa.. Tetapi.. Cintailah Negara Kita Dengan Semangat Yang Membara.. Jom Kita Berjuang Bersama-sama Untuk Memelihara Hak Kita Semua.. Agar Hidup Rakyat Negara Kita Aman Damai Dan Sejahtera .. 

Bagaimanakah cara anda menunjukkan rasa cinta kepada tanahair anda? .

Bagaimanakah caranya untuk anda memastikan anda juga memainkan peranan penting dalam memastikan pemilihan pemimpin yang benar2 bertanggungjawap dalam memberi kesejahteraan hidup buat rakyatnya? .

Apakah perasaan anda apabila tanahair tercinta adalah negara yang paling aman dan paling selesa anda duduki kerana diaturseliakan oleh pemimpin yang bijak, berjiwa rakyat dan berfikiran matang? .

Adakah Nilai-nilai cintakan negara ada dalam diri anda? Sila "Scan" diri anda sekarang! .

Nilai-nilai cintakan negara seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban dan kesukarelaan, perlu terbit dalam diri sendiri dan harus dipertingkatkan bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab kepada bangsa dan tanah air. .

Wake Up Malaysia!!
Jom Kibarkan Jalur Gemilang!

Untuk itu.. apa kata kita luangkan sedikit masa untuk berkumpul ramai2 di Mines Exhibition Centre (MIECC) pada 21.4.2018 (Sabtu) ini bagi memeriahkan lagi forum tentang patriotik dan jalur gemilang. Daftar FREE tiket via @jalurgemilang57 (link: http://www.jalurgemilang.org) #jalurgemilang #WakeupMalaysia#forum #MIECC #kibarkanjalurgemilang

Masuk adalah PERCUMA.

Anda hanya perlu memuat turun tiket di laman web www.jalurgemilang.org sekarang.

Bagaimanapun anda perlu FAHAM TERMA & SYARAT yang ditetapkan oleh pihak penganjur :-

PERHATIAN!!

- Ianya bukan acara parti politik.

- Tiada dibenarkan memakai t-shirt, bendera atau menyanyikan lagu / nama mana-mana parti politik (kerajaan / pembangkang)

-  Jaga kelakuan & pakai pakaian yang sopan sekiranya tak nak diiring keluar / dilarang menyertai seminar ini.

- Tidak dibenarkan membawa senjata mahupun dadah.


17 April 2018

RESEPI TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API




RESEPI TENGGIRI MASAK LEMAK CILI API

Selalu kalau masak kuah lemak guna ikan, TB selalu guna ikan rebus.. tapi kali ni nak try pulak ikan tenggiri.. nampak sedap je.. TB dah start kena kurangkan makan ayam.. so, rumah kami dah start la ada ikan.. haha.. sebelum ni tak pernah ada ikan tau.. sebab kami tak berapa gemar makan ikan.. kalau balik kampung tu je la makan ikan sebab kat kampung diorang pulak jarang beli Ayam.. just daging dan ikan aje.. hehehehe.. So, tepek sini resepi ni.. pindah umah  baru.. dapat dapur besar.. ligan kita masak macam-macam.. 

Bahan-Bahan :
👉4 potong ikan Tenggiri
👉2 batang serai *
👉2 inci kunyit *
👉10-15 biji cili padi *
👉4 biji bawang merah *
👉Santan secukupnya
👉10 biji kacang bendi
👉Garam,gula dan serbuk perasa

Cara Membuat :
1.Basuh ikan dan tos
2.Kisar bahan yg bertanda *
3.Masukkan ke dlm periuk bersama santan
4.Masukkan ikan,bendi,garam,gula dan serbuk perasa secukupnya
5.Kacau perlahan sehingga ikan masak












13 April 2018

RESEPI CHICKEN WRAP ALA-ALA KFC SEDAP DAN MUDAH!


RESEPI CHICKEN WRAP ALA-ALA KFC
SEDAP DAN MUDAH!

Tercari-cari Resepi Makan Petang, Terasa nak cuba yang ni.. mudah je tengok cara nak buat.. kenyang pun kenyang.. Tepek dulu resepi kat sini.. hehehe.. Jom try buat Chicken wrap ala2 kepchii 😘. Boleh cuba. Jimat buat sendiri sebab lagi puas hati kita nak letak isi dalam tu banyak-banyak hihi. Anak-anak mesti suka..


Bahan-Bahan
1. Roti tortilla (mission wrap) 
2. Isi ayam (dada) (potong kecik) 
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (hiris halus2) 
6. Timun (hiris halus2) 
7. Keju 
8. Mayonis 
9. Sos thousand island

Cara-Cara :



Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 mnit. Ayam goreng tepung, guna yang kentucky. Ok lepas sapu rata mayonis kat atas roti wrap dan letak bahan-bahan tadi ayam, salad, lobak, timun, keju dan sos thousand island, then gulung roti dan siappp. Heee. Selamat Mencuba 😘

Credit : nia arabella





10 April 2018

Resepi Ayam Kicap Pedas Mudah dan Sedap!




Ayam Kicap Pedas

Bahan-Bahan :
7@8 keyul ayam-potong kecik n gaul garam kunyit dan goreng
2 biji kentang-hiris n goreng
*10 tangkai cili kering
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
Sedikit kicap
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili sos
Garam,perasa n sedikit gula
1 biji bawang besar-hiris bulat
2 biji cili hijau-belah 2
Cili padi merah + hijau
Tomato ceri

Cara-Cara:
Mesin bahan bertanda *
Tumis bahan mesin hingga garing
Masukkan sos tiram dan cili sos
Masukkan garam, perasa n gula
Masukkan ayam dan kentang, tuangkn sedikit kicap(ikut nak hitam mana warnanya)
Akhir skali..masukkan bawang hiris,cili belah 2, cili padi dan tomato ceri



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Resepi Istimewa dan Sedap Ni 
Adalah dari Kak Mazliza Ahmad
Thank You sebab bagi idea nak masak nanti..
Moga Allah murahkan rezeki Kak Sekeluarga.. Aamiin





06 April 2018

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK SEDAP DAN MUDAH

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS PERAK SEDAP DAN MUDAH


Rendang dengan raya tak boleh nak dipisahkan. Kalau raya takde rendang rasa tak bestkan. Rendang Ayam Pedas Perak ni sesuai untuk mereka yang suka makan makanan pedas. Rugi kalau tak cuba resepi ni tau...

Resepi Rendang Ayam Pedas Perak

Nota: Resepi rendang ni langsung tidak menggunakan minyak masak. Hanya menggunakan santan. Minyak yang terhasil adalah dari santan sebab kita masak rendang ini sehingga kering & lama.

Bahan-bahan: 
1) 1 ekor ayam (tak kisah nak potong berapa)
2) 15 biji bawang merah (di racik halus)
3) 13 biji bawang kecil (di racik halus)
4) 5 biji bawang putih (di racik halus)
5) 12g kunyit hidup (di blender)
6) 80g halia tua (di racik halus)
7) 33g lengkuas (di blender)
8) 4 helai daun limau purut (racik halus)
9) 8 batang serai (racik halus)
10) Gula melaka secukup rasa
11) 4 sudu besar cili boh (bergantung tahap kepedasan yang di inginkan)
12) 2 helai daun kunyit (di racik halus)
13) 1kg santan
14) 90g kerisik
15) Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1) Masukkan ayam yang telah di cuci bersih ke dalam kuali.

2) Masukkan semua sekali bahan yang di racik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia & serai yang di racik halus-halus. Masukkan juga bahan yang di blender iaitu cili boh, lengkuas & kunyit hidup. Dan masukkan kesemua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Kacau selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup sesekali bukakan penutup dan kacau.

3) Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api guna api yang paling perlahan dan masukkan gula melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang diracik halus & kerisik tunggu lagi dalam 30 minit - 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2jam - 3jam bergantung kepada portion yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.

4) Akhir sekali masuk daun kunyit yang di racik halus. Kacau sehingga sebati. Dan boleh ditutupkan api. Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula cuma tambah sedikit air dan jangan guna minyak masak.

NOTA : Rendang yang bahannya di blender & di racik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.




YEAY! THROW PILLOW DARI PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI!!



YEAY! THROW PILLOW
DARI PRINTCIOUS.COM DAH SAMPAI!!


Haiii.. Semua.. TB nak share kat sini tentang Throw Pillow yang TB order dekat Printcious.com hari tu.. hehehe.. eh.. tak tahu apa itu printcious? haa.. boleh baca kat entri TB yang lepas kat SINI yea.. Ini kali ke berapa entah TB order dekat printcious.. dan banyak barang TB order di website ni.. Throw Pillow pun dah ada berapa TB order termasuk throw pillow sempena birthday baby Harraz dan Birthday Hubby.. Bantal bentuk LOVE untuk Birthday emak TB pun TB order dekat Printcious.. kira TB ni customer setia Printcious la kan.. huhu.. cecececece..

hehehe.. Memang saja buat sebagai kenangan sebab kami tak sambut hari-hari penting ni tahun ni disebabkan kekangan masa.. dan kekangan kewangan juga pun yea.. So, TB tetap nak juga ada something yang boleh dijadikan kenangan di hari istimewa tu kan.. 


Haa.. Yang ni collection TB.. hahaha.. comel tak?? 


Yang ni pun buat kat printcious.com gak tahun lepas.. 
Hadiah untuk emak tersayang.. 

Haaa.. buat korang yang rasa takde bajet nak buat jamuan besar-besar atau jamuan biasa untuk sambutan birthday korang, atau yang tiada masa terluang sebab sibuk sangat.. Ni TB cadangkan korang buat gini je.. at least ada benda kenangan di hari-hari istimewa korang kan.. TB teruja sangat bila tengok Throw Pillow hasil design TB sendiri.. siap masukkan text dan ayat-ayat dan gambar sendiri.. Siapa tak suka kan.. hahaha..

Selain tu TB ada juga tempah pelapik cawan.. Tapi TB tak guna pun sebab ada gamabfr harraz situ.. hahaha.. TB guna untuk lapik mouse je.. sebab material dia macam sama je.. hehehe.. comel je harraz dekat pelapik gelas tu.. kalau mama buat kerja boleh la tenung-tenung.. haha..

Oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah macam apa yang TB buat ni.. boleh lah layari link-link dibawah ni.. atau terus ke website printcious.com untuk tempahan.. 

Bab penghantaran? TB berpuas hati sebab TB memang dah tahu tempoh penghantaran nya bila.. penghantaran menggunakan Ninja Van .. Tapi TB tak pasti ada courier servis yang lain yang pihak pritncious gunakan.. Walau apa-apa pun bagi TB, overall puas hati.. Rasa nak order lagi je.. 

Lawati Printcious di :

Website - Printcious/blog

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers