Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

24 April 2018

8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


8 LIFESTYLE BLOGGER PILIHAN 2018


Haa.. hari ni TB nak kongsikan 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB nak cuba kenal lebih rapat.. hehe.. ada diantara mereka yang TB belum kenal sepenuhnya.. Ada juga yang TB kenal rapat seperti Zaza, Mimi dan beberapa orang lagi.. Tapi yang paling rapat dengan Zaza dan Mimi.. Sebab dah bertahun-tahun kami berkenalan hingga kini masih macam dulu.. Alhamdulillah.. moga hubungan kami kekal begini sampai bila-bila..

Oh ya.. bab nama blog.. TB ni tak suka tukar-tukar.. kalau dah selesa dengan satu-satu nama tu TB akan terus kekalkan sampai bila-bila.. Sebab tu masa mula-mula nak letak url tu TB akan pastikan nama tu TB akan guna nama yang betul-betul TB puas hati.. haha.. terpandang muka butang.. terus TB nak letak nama butang dan pangkal tu TB letak tengku sebab TB ibaratkan kucen2 TB ni macam anak raja la konon.. panggilan tengku untuk tengkubutang, tengkuoyen dan tengkushiro (adik). semua ada blog sendiri tapi TBtak aktif sangat.. hahaha.. kelakar je..

Ok lah.. mari TB kongsikan   8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang nama-namanya agak gah juga dalam dunai blogger sebab masing-masing dah berkecimpung dalam dunia blogger lebih dari beberapa tahun dan masing-masing juga telah mempunyai domain sendiri.. tahniah semua.. Jom terjah siapakah  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang TB maksudkan tu..


=  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  =



1. Syamimi Saad


Blog Mimi ni ada macam-macam story.. ada resepi.. ada kisha anak-anak mimi.. ada kisah review produk dan macam-macam lagi.. ada juga kisah perjalanan cinta mimi dengan his husband sehinggalah zaman dah kahwin.. hehehe.. tips-tips bercinta pun ada.. jemputlah jenguk yea.. scroll entri-entri lama mimi.. 

Oh ya.. kalau korang nak tahu.. inilah dia blogger yang buat TB jadi Blogger sekarang ni.. hehehe.. Blogger Syamimi Saad.. Thank You Mimi.. Haa.. Sebenarnya TB dah pernah ada buat blog masa zaman kerja dulu.. tahun 2010 macam tu rasanya.. Tapi disebabkan TB sibuk dengan kerja, tiada masa nak buka blog.. lagipun tak best nak buka blog sebab kedudukan meja TB tak mengizinkan TB buka blog.. pc screen tu orang lain boleh nampak..  silap-silap bos pun tumpang baca apa TB tulis.. huwaa.. tak suka.. tak sukaa.. haha.. no privacy la.. tak sukaa.. haha..  

Masa tu yang bagi TB saranan buat blog adalah Blogger mimi sebab dia nampak TB kalau post apa-apa kat FB suka taip panjang-panjang.. Kalau ada blog better up di blog, boleh juga jana side income katanya..

Dan selepas berkahwin, TB dah tak kerja.. TB pun mulalah rasa boring kat rumah, dan terasa nak cari side income wlaupun dok rumah kan.. So, mimi terus cadangkan TB aktif ber blog.. haha.. akhirnya TB bergerak aktif dalam dunia blogger.. dan dah jana side income macam-macam dari dunia blog..

haa.. jom terjah blog mimi.. kalau adayang berminat nak beriklan di blog mimi.. silalah pm mimi yea.



2. Zaza Iman

Haaa.. Siapa tak kenal Blogger bermata cantik ni kan.. hehe.. TB pun macam tak percaya dah hampir 5 tahun kot kenal Zaza ni.. Kami kenal start dari bila pun tak pasti dah.. TB ni pelupa sikit.. Tapi memang Zaza adalah Blogger paling rapat dengan TB selain Mimi tadi.. Haha.. Zaza ni seorang yang lemah lembut.. Kalau dia marah atau tak puas hati.. dia tak pernah post kat wall FB dia.. dia simpan sorang-sorang atau luah kat kawan-kawan je.. 

Di blog Zaza ni Zaza suka kongsikan tips-tips kecantikan.. tips-tips kesihatan, review, resepi dan juga tempat-tempat yang zaza sempat lawati zaza akan abadikan kenangannya di blog ini..

oh ya.. bagi sesiapa yang nak tempah bisnes kad murah, boleh tempah dengan zaza tau.. sebab zaza memang ada ambil order design bisnes kad, kornag boleh terus order dekat Zaza..

Zaza juga adalah ejen sah Ephyra dan contact lens brand Wawa lens, so.. kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan daripada Zaza yea.. nak beriklan di blog zaza pun pm aje Zaza di FB.. 




3. Wawa Ashihara

Wawa Ashihara.. yeaaazaa.. nama tu agak Unik bagi TB so, senang sangat TB nak kenal wawa Ashihara ni yang mana satu.. hehe.. sebab TB pun ada member nama wawa.. agak keliru kalau ramai sangat nama wawa kan.. so, bila sebuat Wawa Ashihara TB dah memang confirm ingat sapa dia.. hehe..

Wawa ni kan.. bagi TB comel orangnya.. kalau buat LIVE kecik je mulut tu bercakap.. huhu.. comel.. Wawa suka buat LIVE tutorial makeup.. TB teruja tengok dia makeup.. sebab nampak cantik dan tak bercapuk pun makeup nya.. jeles TB tau..

Wawa punya blog banyak share tentang Tips kecantikan, tips make up dan cara pilih kosmetik yang sesuai dengan wajah.. Wawa juga selalu share tentang resepi yang dia dah cuba serta banyak juga TB tengok entri review produk yang wawa buat.. murah rezeki wawa.. siapa-siapa nak beriklan kat blgo wawa.. boleh email atau pm wawa yea.. 


4. Cahaya Permata


Blogger yang bernama Alja ni pun antara nama yang unik TB jumpa dalam dunia blogger.. huhu.. Sama macam blogger lain.. asyik la ter confused sebut Ajla dari Alja.. haha.. Teringin gak nak tahu Alja ni singkatan dari nama apa.. hehehe..

Blogger Ajla punya blog rasanya niche lifestyle, TB perhatikan banyak juga Alja share tentang pengalaman travel dan review tentang makanan. So, boleh cop sebagai antara Blogger yang banyak review travel dan join mana-mana event gak ni.. Haa.. sape-sape nak review di blog Alja.. boleh pm tepi yea.. 




5. Iuzira


Blogger Iuzira atau nama sebenarnya Hazirah Shah adalah antara lifestyle blogger yang sangat aktif join event-event dan kelab-kelab.. Selalu je nampak kat timeline iuzira ni join pelbagai event dan aktiviti disekitar Kuala Lumpur. Hehe..

Nama unik Iuzira ni mungkin adalah nama pena Hazirah dalam dunia blogger agaknya.. sebab snagat unik.. TB selalu la tersalah sebut nama iuzira ni.. selalu mesti terslaah taip tulis iuzura.. hahaha.. tapi boleh lah.. dekat-dekat je nama tu kan.. haha..

Blog Iuzira banyak berkisar tentang tip,event yang dihadiri dan juga motivasi. Haa.. jom terjah blog Iuzira a.k.a hazirah ni.. mana tahu korang jumpa something di blog beliau? hehe..

Oh ya.. kalau nak dapatkan Imaan Suci Tissue Wipes boleh dapatkan melalui Iuzira ye.. pm aje




6. Wendy Pua

hehe.. Salam perkenalan buat Wendy.. Sejujurnya TB belum mengenali Wendy secara dekat sebab mungkin kami belum pernah jumpa secara live dalam apa-apa event atau mungkin belum pernah ada peluang untuk berkolaborasi dalam mana-mana job.. kami cuma berkomunikasi dalam group-group blogger secara beramai-ramai je.. hehe..

Apa-apa pun.. TB suka wendy ni sebab dia boleh join group-group blogger melayu walaupun dia dari bangsa lain, dia seorang yang friendly dan pandai cakap melayu.. so, senang nak berkomunikasi.. kalau TB komen Malay kat blog dia, dia boleh accept dan faham.. hehe.. mudahnya nak blogwalking kalau macam tu kan.. hehe..

Merupakan Chinese blogger Malaysia blogger yang sangat aktif menyertai pelbagai event dan program.. Selalu juga travel keluar negara dan berkongsi pengalamannya ketika berada disana. Selain travel, Wendy juga menulis tentang fesyen, kesihatan, kecantikan, teknologi dan juga makanan .

Psst.. Wendy .. Nak tau satu rahsia... ada satu persamaan kita.. rambut kita pendek.. sama style pulak tu.. kita comel kan! wakaka..




7. Kak Diana Rashid


Hah.. Blogger Diana Rashid ni TB memang hari-hari nampak timeline dia keluar kat FB.. haha.. tau pasaipa??? Sebab Dia suka up post yang melucukan pun ada.. yang panas-panas pun ada.. yang bets-best pulak tu.. kadang tersenyum TB baca. Blogger Diana ni lebih kurang macam Blogger yang telus.. kalau ada apa-apa nak luah dia akan luah terus di FB to make everything yang samar-samar jadi clear.. means.. di suka bercakap terus terang...bagus macam tu.. jangan simpan-simpan sebab ada juga TB tengok post yang Blogger Diana post tu yang TB memang nak post jugak tapi risau kena kecam.. haha.. Tapi Diana dah sampaikan niat TB tu akhirnya..haha.. akdang TB pun tumpang sekaki komen.. wakakaka..

Bagi TB seronok ada friend macam Diana ni.. kalau kenal lagi rapat tak tahulah.. hahah.. mesti asyik gelak kot.. kui3..

Haa.. kalau korang ada masa free .. singgahlah blog Blogger Diana ni.. banyak entri-entri dan info menarik kornag boleh dapati tentang kekeluargaan, kehamilan, resepi masakan, info kesihatan dan kecantikan dan pelbagai berita semasa di dalam juga di luar negara.

Nak review pun boleh.. pm aje yea!




8. Cik Ash


Haaa... Akhir sekali.. Blog Cik Ash ni.. TB memang agak familiar dengan anam Cik Ash tapi TB tak tahu nama sebenar Cik Ash ni.. rupanya Sharifah Ashikin nama sebenarnya yea.. Sedap nama tu.. Sejujurnya TB masih tak cam wajah Cik Ash sebab macam agak-agak serupa dengan wajah blogegr lain.. hehe.. Tetapi kalau sebut Cik Ash.. TB rasa memang usia blog kita pun macam elbih kurang sama kot.. ke Cik Ash lama lagi? huhu.. sebab masa TB mula-mula berblog dulu.. TB selalu nampak komen dari Cik Ash di entri blog TB.. Tapi tak pastilah kot ada blogger lain nama Cik Ash jugak..

Apa yang menarik tentang blog Cik Ash ni ialah Cik Ash selalu berkongsi pelbagai tip & maklumat, pelbagai isu semasa turut terselit juga dalam blog beliau, juga ada buat review produk, review-review mengenai filem dan novel serta paling best ada juga dimasukkan dalam entri beliau kisah pedoman seperti kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita..

Ok.. setakat ini itu saja tentang 8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018  yang dapat TB kongsikan buat masa ni.. InsyaAllah kalau ada masa lain TB akan up lagi tentang Blogger-Blogger yang ada di Malaysia ini.. Actually memang ramai sangat Blogger-Blogger lain di luar sana, tak terkira banyaknya.. Cuma nak masukkan semua dalam list ni dan luangkan masa utnuk review tu kena ada masa yang betul-betul FREE.. haha..

So.. setakat ini dulu untuk tatapan semua.. Jemputlah singgah dan follow  8 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang TB senaraikan diatas ni yea.. Kalau ada nak review produk ke apa,boleh pm mereka di Facebook atau email je untuk deal harga.. K bye semua.. =)



7 ulasan:

  1. Terima kasih butang.. Pejam celik. Dah 5 thun rupanya.. Sekejap je masa bjalan.. Alhamdulillah dpt kenal dgn butang dan rkn blogger lain.. Semua hebat2 😘

    BalasPadam
  2. Terima kasih sudi kongsi cerita dekat blog TB, rakan alam maya yg sentiasa keluar dekat timeline

    BalasPadam
  3. Mekasih kak share story kita di blog akk yng hebat ni. Tak sangka akhirnya termakan juga hasutan tuk ada blog ye. Hehe

    BalasPadam
  4. Power2 blog ni semua..hehhee..nad kenal diaorg pun sebab blogger..

    BalasPadam
  5. Semua blog saya follow dan terjah.best best baca kat blog diorang nih

    BalasPadam
  6. Terima kasih TB plih wawa.. Moga kita dpt kenal lebih rapat lagi dan share info2 berguna utk sua org.. Hebat2 mereka smua tu xtermasuk wawa la. Hehe..

    BalasPadam
  7. cik ash start 2010 blog tapi x aktif.. 2014 lepas jadi wife tu baru start aktif.. rasa selalu jalan2 blog TB dulu.. hihihi.. sekarang singgah baca jadi slient reader hihihi

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers