Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 April 2018

Althea's Bare Essentials - Rejim Kecantikan Kulit Harian Hanya Dalam 3 Langkah

 

Althea's Bare Essentials  -
Rejim Kecantikan Kulit Harian Hanya Dalam 3 Langkah 


Althea's Bare Assentials? Apa tu? sebelum TB bercerita selanjutnya tentang set rejim kecantikan dari Althea ni.. Jom baca dulu mukadimah TB.. hahaha.. Nasib la korang.. 

Apa yang korang fikirkan mengenai rutin penjagaan kulit yang mudah? Produk mana antara yang korang paling teruja nak cuba? Haaa.. Kalau tanya soalan tu pada TB sudah tentulah TB akan menjawap TB paling suka rutin penjagaan kulit yang simple dan mudah, tak perlu banyak sangat produk nak guna kat wajah, yang paling penting asalkan produk yang simple tu boleh menjadikan kulit TB sentiasa terjaga dan nampak sihat selalu..

Sebenarnya TB memang malas bab penjagaan kulit ni, apatah lagi kalau TB ni sekarang banyak duduk di rumah je jaga si kecik yang makin lasak tu, hahaha.. nak berhias dan bermakeup pun takde masa, haha.. Tapi please aaa.. jangan pulak ada yang kata, "eh.. aku boleh je melawa walau anak baru sebulan" itu hang.. bukan teman.. stop it.. jangan nak banding-banding.. haha.. yang yea nya teman memang malas bab-bab nak jaga kulit wajah ni sejak teman mengandung ritu.. 

Sebab takut nak guna apa-apa skincare atau produk time tengah pregnant coz ada yang kata bahan dalam kosmetik atau skincare tu boleh menyerap dalam kulit dan takut masuk dalam darah dan tak elok untuk anak dalam kandung.. aishhhhh.. betul ke tidak tak tahulah.. tapi TB memang serabai time mengandung.. sebab takut nak cuba apa-apa produk atau skincare.. thats why la jeragat pun muncul selepas mengandung.. sebab kulit takde pelindungan ..

So sekarang la waktunya nak mengembalikan keremajaan kulit TB sebab terasa macam down bila tengok cermin muka tanpa makeup.. betapa kulit dah tak bermaya.. Nak pakai produk pun tak tahu brand apa yang sesuai dengan kulit, kalau boleh nak yang simple-simple aje, tak nak banyak sangat produk nak letak kat muka, tiba-tiba keluar pulak new baby dari Althea Korea, haa.. memang terasa nak cuba jeee.. sebab mudah dan simple je produk nya!

Haaa.. Untuk korang yang macam TB ni kan.. ada satu set penjagaan kulit yang sangat mudah dan simple aje tau.. hanya dengan 3 produk dan 3 langkah mudah je korang dah boleh dapat hasil kulit yang gebu dan sihat.. Nak tahu produk skincare apa tu? 

Haaa.. Sebelum ni baby pertama Althea iaitu Powder Velvet Petal dah berjaya dikeluarkan dan sangat mendapat permintaan ramai peminat K-Beauty! Terkini The New Baby dari Althea iaitu Althea's Bare Essential range was born!

Oh ya.. Sebelum tu, bagi sesiapa yang belum tahu Althea tu apa, Althea ialah sebuah gedung online untuk semua peminat K-Beauty, di Website Althea ini korang boleh dapati macam-macam produk, kosmetik, makeup tools dan skincare serta bermacam-macam lagi barangan K-Beauty dengan harga yang amat murah berbanding website online lain dan diakui authentic. 

Althea Korea yang memang sudah terkenal dengan packaging kotak yang berwarna pink / pink box sudah semestinya menepati permintaan dan keinginan peminat trend kecantikan Korea terkini . nak tengok macam mana kotak pink tu? hehehe.. ni TB tepek gambar parcel TB terima dari Althea setiap kali shopping di www.Althea.kr .. huhu.. teruja tak..


Haha.. Teruja tak kalau dapat shopping sekali dengan box cantik ni?? Mestilah teruja kan! Sedang harraz yang cenonit ni pun teruja sangat dapat box ni.. hehehe.. Siap nak tolong unboxing lagi tuuu..



Haa.. Korang nak kotak macam atas ni jugak tak? jom shopping kat Althea.. jom!

Ok lah.. sambung balik cerita kita tentang rejim kecantikan kulit tadi, haaa.. kalau korang baru sahaja menjadi salah seorang peminat K-Beauty, atau pun korang adalah seorang peminat kecantikan yang berpengalaman yang sedang mencari rejim penjagaan kulit yang betul-betul mudah dan berkesan untuk kulit yang cantik dan sihat, Cubalah Bare Essential ni yea.. 

Bare Essentials mempunyai sesuatu yang sesuai dengan keperluan semua orang. Bare Essentials Althea bukan saja mudah denagn 3 langkah rutin penjagaan kulit harian tetapi ia juga hypoallergenic, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit kerana bahan-bahannya tidak menyebabkan iritasi dan sesuai untuk kulit sensitif juga.


Althea's Bare Essentials 

Untuk pengetahuan korang, rutin penjagaan kulit yang terlalu rumit boleh menyumbat liang-liang dan meninggalkan kulit yang kelihatan layu. So, tak semestinya pakai banyak produk kulitmakin cantik tau.. hati-hati lah memilih produk.. jangan disapu banyak sangat benda kat muka tu yea.. 

Kalau macam TB, TB sukakan produk penjagaan kulit yang bukan sekadar buat kulit berkhasiat, tetapi juga yang boleh meninggalkan kulit yang kelihatan hebat. Kalau boleh nak kulit cantik tanpa perlu bersolek lebih-lebih.. Biar simple dengan secalit lipstick dan eyeliner pun cukuplah.. Janji muka nampak fresh.. kalau makeup selambak tapi muka nampak layu pun tak syok gak kan!  

Haa.. disinilah set Bare Essentials Althea diperlukan untuk memberikan kulit dengan keperluan tanpa sebarang kos atau langkah tambahan kepada rejim, menjadikannya sesuai untuk urbanite yang sentiasa sibuk hari ini . 


Althea's Bare Essentials mempunyai 3 produk yang boleh digunakan untuk mana-mana jenis kulit iaitu :

1. Contour Cleanser
2. Primer Water dan 
3. Fixer Cream 

- 3 produk dalam set Bare Essentials Althea -

Contour Cleanser
Pembersihan wajah adalah sangat penting kerana ini adalah langkah untuk memastikan kulit kita bersedia untuk menyerap vitamin atau khasiat dari produk yang akan kita sapu selepas itu. Haa.. TB suka Contour Cleanser ni sebab buihnya tidak memedihkan muka. Bila selepas cuci muka je rasa macam bersih sangat.

Kalau korang nak tahu Contour Cleanser ni dibuat dengan kapsul mikro yang perlahan-lahan akan mencairkan ke dalam kulit, dan perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan kotoran dari kulit. 

Diadun dengan ice plant (sea marigold) dan ekstrak lemon myrtle, pembersih ini bukan sahaja memastikan kulit kita bersih tetapi juga menguatkan dan menyegarkan untuk kulit yang sihat. Ia juga membantu menggalakkan peredaran darah, dengan berkesan mengurangkan bengkak untuk bentuk muka sempurna .


Bagaimana cara menggunakan: 
Basahkan muka dan bagi lembap-lembap sikit, kemudian picit sedikit Contour Cleanser ditangan dan gosok tangan sampai keluar buih, kemudian sapu buih itu ke wajah korang.. urut-urut sikit wajah korang dengan gerakan membulat. Lepas tu bilas lah dengan air yang bersih. Haaa.. kalau korang ada berus wajah yang lembut tu, pakai tu pun bagus gak.. lagi syokkk.. Boleh dapatkan di Althea jugak tau berus tu! sila search ok! haha..


Primer Water
Haa.. ini dia Primer Water yang sama tugas dengan toner, Tapi Primer Water dari Bare Essential ni 2 in 1 tau, kenapa TB kata 2 in 1? sebab dalam satu botol ni tugas dia adalah sebagai Primer dan sebagai  toner penghidratan, didatangkan dalam botol berbentuk comel dan licin, dihasilkan dengan ekstrak Snow Lotus, Primer Water mengandungi teknologi 'dewdrop'yang dipatenkan yang membolehkan penghidratan untuk menembusi lapisan kulit, seterusnya memancarkannya untuk kulit lebih muda. kulit akan mendapat kelembapan serta-merta dan membolehkan ia meresap ke dalam untuk hasil yang terbaik dari dalam ..


Bagaimana cara menggunakan: 
Tuangkan sedikit di tapak tangan dan sapukan secara merata ke muka, perlahan-lahan tepuk-tepuk manja sikit wajah tu untuk bagi penyerapan yang lebih baik ke dalam kulit wajah



Fixer Cream
Haaa.. Selapas wajah dah segar dan semua nutrien dari Primer water tadi dah meresap sepenuhnya dalam kulit wajah, bolehlah korang sapu dengan Fixer Cream ni pulak iaitu step terakhir rejim kecantikan skincare korang.. mudah giler kan! 

TB suka sangat Fixer Cream ni sebab krim ni sejuk, dan tidak berminyak . Selain tu ia meresap dengan cepat. Yang paling TB suka ialah bila dapat tahu yang ia juga dirumus dengan ramuan  yang berkhasiat. 

Fixer Cream ni buat kulit TB segar je sebab dapat penghidratan sehingga 24 jam. Ia kaya dengan antioksida dari wild green tea extracts, dan membantu menggalakkan kolagen bekerja dalam kulit menggunakan baobab tree extract, haa.. dengan semua inilah yang membuatkan kulit kelihatan hebat dan anjal .


Bagaimana cara menggunakan: 
Sapukan secara merata ke muka dan macam TB buat tadi, tepuk-tepuk manja wajah tu perlahan -lahan untuk bagi nutrien dalam Fixer Cream ni meresap sepenuhnya.. Haaa.. dah siap! Senangnya rejim kecantikan harian TB sekarang ni! Yang penting lepas ni nak keluar tak pelru makeup pun dah nampak muka fresh! 

Bagi sesiapa yang nak dapatkan set Bare Essentials ni.. Korang boleh dapatkan terus secara eksklusif  di Website Althea yea.. boleh tengok link dibawah ni TB ada sertakan!  Pastikan klik sampai check out yea.. heee.. 

Selamat mencuba! jom transform kulit wajah kita jadi segar dan cantik hanya dengan 3 langkah sahaja dengan Bare Essential Althea! 


Oh ya.. kalau korang beli set Althea's Bare Essential ni, korang akan dapat free 5 set rejim kecantikan harian dalam bentuk sachet.. haaa.. yang ni sesuai sangat kalau nak bawak pi travel.. tak perlu nak bawak botol besar-besar tu kan.. beg pun ringan.. hehehe.. 


Lagi satu yang korang akan dapat dapat set ini ialah cermin muka yang... yang.. sangat TB suka ni.. hehe.. senang nak tengok makeup kat muka.. senang nak picit jerawat.. opss.. no no no.. hahaha..

#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials


So, buat sesiapa yang nak shopping barangan K-Beauty, bolehlah jenguk link-link dibawah :

Instagram :

Website:

Facebook page:

#altheakorea



6 ulasan:

  1. I hope this product doesn't have any side effects for babies .. Thank you for bringing this up regards from Quora Gaffer

    BalasPadam
  2. Kita suka gila pakai BE ni... Buat muka rasa sejuk dan bebas dr segala kotoran... Hehee..

    BalasPadam
  3. bestnya... mesti makin cantik tengku butang kita nanti..

    BalasPadam
  4. Emi paling suka dia punya cleanser, takde bau pelik2

    BalasPadam
  5. Dah guna juga.. best sangat. Kulit pun rasa lembut dan segar.

    BalasPadam
  6. Simple je kan hanya 3 langkah. Marsha kalau banyak2 rasa leceh tp kalau 3 langkah tu xde masalah

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers