RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!
Hemm.. desebabkan bulan Ramadhan pun dikira-kira bukan jauh lagi.. dan Syawal pun akan menyusul lepas tu, So.. TB pun sibuk nak sediakan resepi siap-siap untuk raya tahun ni.. hope tahun ni TB dapat lah buat satu jenis biskut raya ke.. atau 2 jenis biskut ke kan.. sebab nak buat banyak-banyak takut jenuh nak bawak balik kampung nanti.. kami balik naik ktm.. hahaha..
So, Ni selagi jumpa resepi biskut yang sedap dan mudah tu, TB tepek siap-siap kat sini.. kalau korang nak try pun boleh.. tuan resepi kata kalau dah gigit satu, nak gigit lagi dan lagi.. ngap ngap ngap.. kruk kruk kruk.. hahahahaa..
RESEPI CHOC CHIC COOKIES MUDAH DAN SEDAP!
BAHAN A
1cawan butter
1cawan gula perang
1cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1sudu besar susu cair/susu segar
(saya guna susu full cream 2 sudu besar)
1 biji telur
1sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
BAHAN B
4cawan tepung gandum
1sudu kecil cream of tartar
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil berkarbonat soda
2 cawan choc chip
(saya guna 1 cawan choc chip + 1cawan choc rice)
1 cawan kekacang tak kira jenis apa pun
CARA-CARA
Pukul bahan A hingga sebati.. jangan pukul lama..
Dalam 1 minit je..
Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..
Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..
Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit
Sumber resepi :
Shahila Hanim
Each year, the people of Italy consume 0.2 litre of alcohol per capita, and this volume consists of 23% beer, 65.5% wine, 11.5% distilled spirits, 0% other alcohol. http://www.confiduss.com/en/jurisdictions/italy/culture/
BalasPadam