Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Mei 2018

SISTA STARDUST BERRIES ROSE | SUPLEMEN KESIHATAN & KECANTIKAN UNTUK MEREKA YANG ALAH SEAFOOD

SISTA STARDUST BERRIES ROSE | 
SUPLEMEN KESIHATAN & KECANTIKAN UNTUK MEREKA YANG ALAH SEAFOOD


Sista Stardust Berries Rose | Suplemen Kesihatan Untuk Mereka Yang Alah Seafood . Haaaa.. Bagi yang ada masalah alahan kepada makanan laut atau seafood ni, korang pastinya agak susah nak mencari suplemen untuk kecantikan dan kesihatan korang kan sebab khuatir kandungan dalam setiap suplemen tu kot ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk korang consume.. 

hemm.. kalau korang nak tau, TB pun alah seafood gak tau.. memang agak susah jugak nak mencari suplemen yang bersesuaian.. sehinggalah TB jumpa Sista Stardust Berries Rose yang satu ni.. Suplemen kesihatan dan kecantikan yang memang dah terang-terang dinyatakan Makanan Tambahan Untuk Kesihatan dan Kecantikan (Suplemen) yang sesuai untuk mereka yang alah seafood.. Wowww.. Terus teruja rasa nak cuba.. heee.. 

Haaa.. itulah namanya Produk Suplemen yang TB tengah consume sekarang ni - Sista Stardust Berries Rose.  Macam TB katakan tadi, Sista Stardust Berries Rose ni memang sangat-sangat sesuai untuk kita-kita yang ada alahan seafood ni, ala-ala kulit manja mengada-ngada la katakan.. makan udang sikit, muka merah2.. gatal.. (Sekali pakwe tanya.. Nape muka merah2 ni.. Lapar ye.. Nak cendol?..) walhal muka merah sebab makan seafood tak sedar diri.. hahaha.. (eh.. apa teman melalut ni.. ki3.. )


Haha.. sebelum termelalut jom sambung balik cerita pasal Sista Stardust Berries Rose ni.. Bagi sesiapa yang belum mengenali Produk Suplemen ni, Sista Stardust Berries Rose ni adalah  makanan tambahan yang berasaskan campuran bahan botani semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan. Mengandungi ramuan istimewa iaitu ekstrak kelopak bunga rose (Japan Whitening) berpaten No.3818483 yang mampu merawat masalah kulit seperti pigmentasi, jeragat atau bintik hitam.

Haa.. seperti yang TB nyatakan diatas, selain Ekstrak Kelopak Rose didalam Sista Stardust Berries Rose ini, ia juga mengandungi campuran bahan botani semulajadi seperti Fruktos, Serbuk Jus Oren, Acacia Gum, Perisa Strawberi, Ekstrak Buah Camu-Camu, Ekstrak Biji Anggur, Serbuk Jus Campuran Buah Beri (Blueberi, Strawberi, Rasberi, Anggur, Cranberi, Plum), Serbuk Jus Acerola, Citric Asid dan banyak lagi.

Haa.. kalau korang ada masalah kulit macam TB nyatakan di atas ni, korang boleh cuba consume Sista Stardust Berries Rose ni.. mana tahu serasi dengan korang.. ye tak?

Mengenai proses pengilangan Sista Stardust Berries Rose korang tak perlu ragu-ragu atau khuatir kerana proses perkilangan sememangnya sangat dititik beratkan sepanjang pembuatan produk. Bukan sahaja dari segi kebersihan dan kawalan keselamatan penyeliaan. Penyediaan produk ini mematuhi tahap piawaian dari kilang GMP, mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan bahan-bahan didalam produk mempunyai sijil HALAL. Alhamdulillah produk HALAL tu penting.


KELEBIHAN SISTA STARDUST BERRIES ROSE 

Haa.. Jom baca apa pula Kebaikan Dan Kelebihan Sista Stardust Berries Rose . Kalau korang nak tahu Sista Stardust Berries Rose sangat sesuai dan berbaloi untuk korang yang inginkan kecantikan dari luar dan dalaman, terdapat pelbagai kebaikan dan kelebihan dalam produk Sista Stardust Berries Rose antaranya ialah:


haha.. TB nak gitau siap-siap.. kelebihan dari sudut pandangan TB.. TB suka sebab dalamnya ada 60 sachet.. 1 hari minum 1 sachet... maknanya?? 60 sachet untuk 60 hari lah kan?? stok untuk 2 bulan dengan harga RM150.. woww.. berbaloi tak korang?? haha.. itu yang paling TB suka.. tak perlu nak risau stock untuk 2 bulan sebab dah beli satu box ni.. cukup untuk tempoh 2 bulan.. yeayy.. untung giler!

Selain tu kan..  it taste yummyyyy! Rasa buah berries, strawberi gituu.. alahai.. sedap.. dah la kaler merah air nya.. nanti TB up video nya dan tepek kat sini yea.. huhu.. Haa.. itu dari sudut TB la kan.. jom baca kebaikan Berries Rose ni lagi.. 


9 KEBAIKAN BERRIES ROSE
(Sesuai Untuk Yang Ada ALAHAN Makanan Laut)

✔ Mencerahkan dan memutihkan kulit seluruh badan 

✔ Menghalang pembentukan black head dan white head 

✔ Membantu mengurangkan masalah jerawat dan jeragat 

✔ Mengatasi masalah kulit berminyak 

✔ Mengatasi masalah liang pori terbuka 

✔ Menjadikan kulit lebih lembab 

✔ Membaiki tona kulit tidak sekata 

✔ Sesuai untuk masalah kulit sensitif 

✔ Menyihatkan penglihatan mata 


Cara Pengambilan Dan Maklumat Pemakanan Sista Stardust Berries Rose

1) Campur 1 paket (10 grams) ke dalam 150ml air suam 
2) Gunakan botol shaker yang diberi 
3) Goncang sehingga larut 
4) Selawat Nabi 3x.. Minum serta-merta selepas penyediaan 

Seeloknya minum sebelum Tidur .. kalau terlupa .. minum la pagi-pagi tu sebelum ambil apa-apa makanan.. ok.. 

Perhatian: 
Jika anda hamil, menyusu atau sedang mengambil ubat, sila rujuk kepada doktor atau penasihat perubatan sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.










TIPS PENGAMBILAN SISTA STARDUST BERRIES ROSE 

Haaa.. Makan apa-apa ubat ke, suplemen ke.. korang perrlu juga tahu tips-tips yang perlu korang ambil kira bagi memastikan suplemen yang kita amalkan dapat terserap sepenuhnya ke dalam badan kita.. So, kita dapat mengoptimumkan kesan suplemen yang kita consume.. jom baca TipsPengambilan Sista Stardust Berries Rose ni .. 

✔ Sesuai untuk umur 18 tahun ke atas 
✔ Ibu mengandung hanya boleh selepas kandungan berusia 4 bulan 
✔ Ibu dalam pantang kena tunggu habis pantang 
✔ Tidak digalakkan pengambilan ketika datang bulan 
✔ Tidak sesuai diminum ketika perut kosong 
✔ Amalkan secara konsisten 
✔ Kurangkan makan makanan bergoreng 
✔ Elakkan pengambilan kicap soya 
✔ Pantang minum susu ketika pengambilan produk ni 
✔ Banyakkan minum air kosong 
✔ Elakkan minum kopi kerana boleh mempercepatkan proses penuaan 
✔ Tiada kesan sampingan bila berhenti pengambilan produk


TESTIMONI SISTA STARDUST BERRIES ROSE


Testimoni 1 



Testimoni 2 



Testimoni 3




Haa.. Untuk pengetahuan korang juga SISTA STARDUST ini sudah berpengalaman lebih dari 10 tahun tau dalam penghasilan produk kecantikan dan kesihatan. Produk-produk mereka juga ada terjual di Watson, Guardian serta Farmasi-farmasi.. so, kenapa perlu khuatir lagi kan.. haa.. cubalah!

Mereka juga sentiasa tingkatkan BRAND AWARENESS SISTA STARDUST melalui iklan di Facebook, Instagram, Radio, TV, Billboard dan bermacam lagi.

Haa.. kalau nak cari duit lebih.. boleh la layari website mereka.. jadi ejen mereka.. jana pendapatan dengan mereka.. berminat? klik aje link bawah ni yea.. 



hehe.. Pendapat TB sendiri.. memang terbukti yang Sista Stardust Berries Rose diakui produk yang sesuai dengan TB dan semestinya sesuai juga untuk mereka yang ada alahan kepada makanan laut. Lepas ni TB tak perlu risau dah nak makan produk apa utnuk kesihatan dan kecantikan dalaman, sebab dan ada Sista Stardust Berries Rose  ni.. hehe..

Haaa.. Korang macam mana? tertarik dtak nak mencuba?? ok.. Kalau berminat dengan produk Sista Sista Stardust Berries Rose dan nak tahu info lebih lanjut tentangnya jom tengok detail bawha ni yea.. klik aje..  


Website : 

Facebook : 

Instagram : 


16 ulasan:

  1. Menarik juga supplement ni. Tapi Yaya masih menyusukan Dahlia tak berani lagi nak ambil. InsyaAllah boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  2. Produk yang sesuai untuk mereka yang alah makanan laut. Kita ni makanan laut memang takde alah. Kalau perisa berries ni mesti ada rasa masam2 tu kan?

    BalasPadam
  3. Kita tgk ramai yg review produk sista stardust ni.. Ramai kata best supplemen ni.. Yelah.. Kita ni bkn hari amk supplemen.. Plg tidak selang 3 bulan... Kalau hari2 mau rosak tubuh bdn.. Tp bgus juga sista ni fe utk yg alah seafood kan

    BalasPadam
  4. Aida ni elergik seafood tau, TB. sedih x dpt menikmati seafood. Byk dah buat tawaran. Byk dah supplement dicuba. Namun, masih maintain di tahap yg sama. Adakah Sista ni ubatnya? Hmmmm.. Kena explore info ni.

    BalasPadam
  5. Harga sangat- sangat berbaloi...RM150 untuk 2 bulan kegunaan kan..akak consume Fib're Rose...bagus sangat..detox badan dengan bagus..

    BalasPadam
  6. Harga dia berpatutan untuk dua bulan tu, berbaloi la kalau nak cuba untuk cantikkan diri kan. Tapi sekarang masih menyusu baby, in sha Allah nanti dah berlalu zaman ni boleh la risik-risik

    BalasPadam
  7. Walaupun takde alahan seafood, ehh, kita mmng kureng sikit dengan seafood pun, tp tetap nak try supplement ni tuk kesihatan.

    BalasPadam
  8. Wah macam bagus starduat nih ye

    BalasPadam
  9. Wah ada supplement khas untuk mereka yang alahan makanan laut heheheh nasib kita ni jenis makan semua tak ada yang alah dan pantang ni cuma pantang tengok jer wakakakkaka..

    BalasPadam
  10. Bagus ada supplement utk mrk yg alah pd seafood..

    BalasPadam
  11. Ika tak pernah try lagi. Tapi banyak review Ika dengar sangat positive. Bagus ni.

    BalasPadam
  12. tak tahu plak ada produk utk yg alergi pd makanan laut. bagus juga kesian diorg tak boleh menikmati seafood

    BalasPadam
  13. Wa.. bgus ni.. ramai sbnrnya alergik seafood..cik en pon pantang gak... pantang nampak.. ahha

    BalasPadam
  14. so maksudnya lepas nie untuk mereka yang ada alahan seafood boleh makan seafood tanpa risau lah yer dengana danya produk sistar stardust nie. yeaayyyyy syiok lah mcm nie.

    BalasPadam
  15. Menarik sista stardust ni adalah produk dia masuk drug store. So jaminan untuk kita gunakan tanpa was-was. Mommy salah seorang pengguna sista stardust

    BalasPadam
  16. wahh hebat produk ni ya..patut akak cantik jer.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers