Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

13 Mei 2018

AKAR.CO - NAK KULIT CANTIK? JOM MENCONTENG ARANG KE MUKA

AKAR.CO - NAK KULIT CANTIK?
JOM MENCONTENG ARANG KE MUKA


Haa.. hari ni TB nak share dengan korang tentang produk yang namanya agak unik ni, iaitu Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask  hashtag Menconteng Arang Ke Muka. Haaa.. unik tak nama dia kan! Hehe.. Masa tengok packaging ni pada pandangan pertama TB ingatkan pengilat kasut.. hehehe.. sebab packaging dia tu di tampal sticker hitam dan bertulis Akar.co pulak tu..


TB manalah pernah tengok produk ni kan.. Bila baca brochure baru tau yang ini rupa-rupanya Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask . Wah.. teruja TB bila baca itu rupanya kegunaan dia. Nak pulak TB baca kandungan dia yang unik iaitu dibuat daripada Ativated Charcoal iaitu dalam bahasa melayunya Arang Aktif .


Bahan-Bahan Lain Yang Terdapat Dalam Pembuatan Akar.co  ini ialah :

  • Minyak Jojoba
  • Minyak Pudina
  • Minyak Kelapa
  • Minyak Argan
  • Aloe Vera

Haa.. selain tu korang tak perlu risau sebab Produk Akar.Co ini juga selamat digunakan kerana ia tidak mengandungi paraben , mercuri dan hydroquione kerana ia hanya menggunakan bahan semulajadi yang pastinya tidak memudaratkan kulit korang . InsyaAllah.. 


TB dah try pakai.. alamak.. serius.. jatuh cinta sangat-sangat sebab terasa segar je muka lepas pakai Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask ni sebab masa letak je di kulit wajah, terasa sejukkk je tau.. sebab kandungannya ada mint so bau mint tu buat TB rasa segar dan best sangat-sangat tau..


Selepas membersihkan muka dan pakej dengan scrub muka sekali, TB rasa wajah lebih segar dan Kulit pun terasa lebih lembut serta mulus.. Dan menurut mereka yang memang dah guna Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask  ni, kata mereka.. dengan penggunaan bereterusan InsyaAllah tona kulit pun akan sekata dan secara tak langsung boleh mencerahkan kulit secara semulajadi serta bebas bakteria makanya, kulit kita akan sentiasa  flawless, glowing, bersih dan di lindungi . Terbaek kan!

Haa.. jom baca sikit info tentang produk Akar.Co ni yea.. 

Terdapat dua produk yang di keluarkan oleh Akar.Co iaitu Akar.Co Skin Polisher 2 in 1 Scrub and Mask dan satu lagi produk iaitu Akar.Co Miracle Mist :

Akar.Co adalah merupakan Skin Polisher 2 in 1 Scrub & Mask untuk kulit wajah dan badan ( Activated Charcoal )  yang membantu menyingkirkan toksin daripada kulit, mencerahkan kulit, mengurangkan minyak pada kulit, membersihkan liang pori dan menjadikan kulit lebih glowing.. Didatangkan dalam bekas yang memuatkan isinya 100 gm berharga RM 85

Miracle Mist
Miracle Mist by @ akar.co ini mengandungi Rose Water + Aloe Extract.  Sudahlah tentu ianya semula jadi dan selamat!

Digunakan sebagai primer atau sebagai pelembap wajah sebab memulakan solekan, untuk mendapatkan wajah yang ber "tekstur ala bayi" dengan solekan korang dan menjadi pelengkap solekan kita.. yeayy.. satu botol ni mengandungi 60 ml (kecil dan mudah dibawa kemana-mana kan!) ia berharga RM 55 sahaja.. 

Note :
Produk Akar.Co adalah halal dan mendapat kelulusan KKM ( NOT 171101075K ) .

Haaa.. Masa TB guna baru-baru ni.. TB dapat rasa kulit betul-betul segar.. dan mungkin korang juga akan alami perkara yang sama. Selain tu jom baca apa lagi kelebihan yang korang akan rasai selepas penggunaan Akar.Co Skin Polisher 2 in 1 Scrub and Mask ni ..

Kesan serta merta boleh dilihat selepas di cuci : 

  • kulit terasa lebih lembut
  • Menyingkirkan toksin daripada kulit
  • Kulit lebih glowing 
  • Membersihkan liang pori dari dalam
  • Mengurangkan minyak pada kulit 

Kesan Penggunaan Berterusan : 

  • Kulit lebih bersih & sihat 
  • Kulit lebih cerah dan bersinar
  • Scrub yang anti - aging 

Kelebihan Produk Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask  

  • Merawat dan menghilangkan jerawat
  • Mendetoksifikasikan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Mengimbangi kulit berminyak
  • Membuang sel - sel kulit mati
  • Menyingkirkan blackhead
  • Memudarkan parut jerawat & jeragat 
  • Anti penuaan

Cara Penggunaan Scrub Akar.Co :


Haaa.. meh TB ajar cara nak guna  Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask ni.. Tak susah mana pun.. semudah kacang goreng je.. haha.. Yang penting lepas guna ni korang pasti rindu nak guna lagi.. hahaha.. opssss... jangan hari-hari pulak yea.. rosak kulit tu.. pakai 2-3 kali seminggu sudah.. selang seli kan .. jangan deret 3 hari kau pakai ni.. mau nipis kulit kalau dah disental hari-hari.. miahahaha..  


Sorry.. termerepek panjang lak.. meh kita back to the point yea.. haa... cara nak gunanya..  Cara TB ialah.. Sebelum mula apa-apa TB basahkan muka dan biar lembap sedikit lepas tu baru calit Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask  ni ke muka yang masih lembap tu sebab senang nak lekat.. kalau muka kering nanti rugi je arang tu tak melekat kat muka kan.. 

Haaa..samada nak guna stick macam TB tu ke atau nak guna tangan, terpulang.. boleh je mana-mana.. TB guna stick sebab TB ada benda tu.. haha.. Tapi TB rasa kalau guna tangan is better la sebab boleh sapu rata satu wajah.. kalau guna stick macam tak lekat betul-betul.. 



Sapukan sedikit Akar.Co Skin Polisher 2 in 1 Scrub and Mask kepada kulit wajah dan ratakan . 



Biarkan seketika 1 - 3 minit seperti mask 



Urutkan perlahan dengan gerakan bulatan . 


Bilas air pada keseluruhan wajah dan keringkan wajah




Video Tutorial Penggunaan Akar.Co Scrub 

akan TB letak link sekiranya TB dah up kat youtube nanti..

Haa.. bagi yang nak dapatkan produk Akar.Co ni.. boleh la terjah link-link dibawah ni ye! Jangan lepaskan peluang merasai produk yang best ni.. serius TB suka.. haha.. dah la memang suka mask sekarang ni.. dapat pulak Akar.Co skin polisher 2 in 1 scrub & mask  ni.  hee.. suka! 
IG : Akar.Co

Website : AkarCo


5 ulasan:

  1. Tagline dia bagus. Sebelum ni orang nak elak menconteng arang ke muka, ni menggalakkan conteng arang sebab khasiat dia eh. ada mint tu yang buat tertarik nak cuba. mesti best.

    BalasPadam
  2. bestlah arang.. nampak macam menjadi yer.. produk neyyh

    BalasPadam
  3. Thanks for sharing this unique mask. Glad it works on you. I will check its availability here in Manila.

    BalasPadam
  4. It looks really good and effective on skin! I love to detox my skin too two-three time a week.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers