Order Hadiah Untuk Hari Ibu
Yang Penuh Bermakna di Printcious Gift
Haaa.. petang-petang ni TB nak share cerita tentang persediaan TB untuk sambutan Hari Ibu atau Happy Mothers Day yang bakal tiba pada 13 May 2018 ni.. Lagi beberapa hari je hari istimewa tu akan tiba, So TB sedang memikirkan hadiah apa yang TB nak bagi pada emak tahun ni.. hehehe.. Tahun lepas TB bagi bantal love, kali ni nak bagi bantal jugaklah tapi throw pillow.. sebab yang ni bentuk empat segi.. besar sikit, emak boleh buat bantal peluk tidur.. haha..
So, TB pun bercadang nak tempah kat Printcious lah.. hehe.. Haaa.. Ada sesiapa tak tahu apa itu printcious? meh baca serba sedikit tentang Printcious kat bawah ni..
Printcious bermaksud "Percetakan Hadiah Berharga Anda", dan Printcious adalah platform dalam talian yang membolehkan kita menyesuaikan idea dan DIY hadiah kita. Printcious menyediakan perkhidmatan percetakan pada pelbagai barangan seperti T-shirt, cawan, puzzle, phone case, bantal dan banyak lagi.
Printcious menawarkan design tools dalam talian untuk kita menyesuaikan hadiah yang kita nak reka dan hanya mengambil beberapa langkah mudah untuk melakukannya! mudah sangat!
TB pun intai-intailah design apa yang sesuai untuk Hari Ibu ni.. belum buat keputusan nak bagi apa lagi sebenarnya.. So.. TB pun search lah dulu dalam website printcious mother's day gift ideas untuk TB hadiahkan pada emak sempena Hari Ibu ni nanti.. Klik situ jea sebab terus ke bahagian untuk Happy Mothers Day.. Lepas tu pilih je nak bagi apa.. hehe.. Korang lak.. dah standby ke gifts for mother korang.. hihihi..
- Design T-shirt sebagai hadiah
- Design Puzzles Gambar sebagai hadiah
- Design Mugs sebagai hadiah
- Design Ceramic Tiles sebagai hadiah
- Design Magnets sebagai hadiah
- Design Keychain sebagai hadiah
- Design Canvas sebagai hadiah
- Design Cushions sebagai hadiah
Banyak lagi kat bawah tu pilihan hadiah yang printcious sediakan untuk korang.. scroll je ke bawah .. Pastinya korang rambang mata tak tahu nak pilih yang mana nak beri pada ibu tersayang kan!
Design Sendiri Hadiah di Printcious
Selain Hadiah hari Ibu / Mothers Day dekat Printcious ni korang tak perlu runsing nak bagi hadiah apa sebab korang hanya klik klik klik aje sudah siap designnya.. hanya bayar dan tunggu hadiah tu sampai di depan pintu rumah korang/insan tersayang korang. Tak susah kan? hanya perlu melayari web Printcious kita dah boleh memilih sendiri hadiah mengikut kategori jantina si penerima dan occassion tertentu. Yelah selama ni kan pening nak pilih hadiah untuk lelaki, hadiah untuk perempuan, hadiah untuk suami la, hadiah untuk isteri la.
Oh ya.. kalau korang nak tahu selain menyenangkan kerja kita memilih hadiah berdasarkan penerima, kita juga dapat customize hadiah berdasarkan occassion tertentu. Contohnya seperti hadiah konvokesyen, birthday ke, wedding ke, untuk baby baru born ke, dan macam-macam sambutan lagi. Tak salahkan sesekali meraikan hari istimewa mereka yang kita sayang.
Design Barangan Peribadi di Printcious
Design Barangan Peribadi di Printcious
Printcious ni yang bestnya, korang boleh design dan hadiahkan kepada yang tersayang dan yang best jugak kita pun boleh je belikan something untuk diri kita sendiri sebagai kenangan dimana hasil karya design kita tu tertepek pada hadiah yang kita design di Printcious ni.. haa.. Semua barang-barang peribadi tu kan boleh customize sendiri ikut citarasa kita. Paling penting.....tiada minimum order. dan lain daripada yang lain.. orang lain mesti tak jumpa yang macam kita design ni kat luar sana.. percayalah!
Cara Membuat Pembelian di Printcious
1. Login akaun
↡
2. Pilih Product
↡
3. Muat naik gambar / design
↡
4. Tambah text
↡
5. Order
6. Tunggu Barang Sampai horray!
-------------------------------------------------------------------------------------
jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!
jom Tengok STEP BY STEP Cara Nak Order!
01. Login Akaun
First sekali kena ada akaun Printcious . Caranya daftar PERCUMA aje.. Kalau belum ada akaun Printcious senang aje, korang boleh sign up terus dekat situ menggunakan akaun facebook korang. Tak susah pun.. klik klik aje dah jadi member.. hehehe.. kalau takda facebook pun boleh, sign up macam biasa je..
02. Pilih Product
Klik aje mana-mana produk yang korang nak beli di website Printcious ni. Kat sini terdapat bermacam-macam kategori untuk korang memilih. Semua ada depan mata .. Kadang sekali tengok je kita dah tahu apa kita nak cari sebenarnya.. hehe.. TB geram bantal tu.. grrrr....
3. Muat naik gambar / design +
Kalau dah ada gambar atau design yang dah sedia ada, bolehlah upload terus je. Tambah text kalau nak. Ikutlah kreativiti masing-masing.
4. Tambah text
kot la korang nak tambah ayat-ayat dan madah-madah untuk tersayang.. boleh je tambah..
5. Order
Yang bestnya dengan Printcious ni, mereka murah dengan promosi, jangan sia-siakan coupon promosi yang diberi ok. Haha.
6. Selesai !
Ok dah siap, senang je kan! Sekarang masa untuk tunggu barang sampai ke tangan korang aje.. Oh, ya.. Printcious menggunakan perkhidmatan kurier Skynet, Pos Laju & Ninja Van untuk menghantar barang-barang supaya sampai dengan cepat dan selamat.
Ha.. berminat tak nak shopping dan design sendiri hadiah kesayangan korang untuk dijadikan hadiah istimewa orang tersayang?? kalau berminat boleh lah singgah dan terjah link-link dibawah ni yea.. jangan lupa follow dan LIKE ok.. ta ta ta....
Jika korang mencari lencana button badge untuk syarikat, jangan lupa untuk menghubungi mereka.
Atau jika korang merancang untuk mengadakan pesta ulang tahun yang akan datang dan ingin menggembirakan tetamu korang, pastinya party photo booth dapat menceriakan majlis korang . #printciousgifts
Lawati Printcious di :
Website - Printcious/blog
Facebook - https://www.facebook.com/printcious
Instagram - https://www.instagram.com/printcious
Twitter - https://twitter.com/printcious
Menarik!
BalasPadamwahhh menarik ni.
BalasPadam