RESEPI KETUPAT/LEMANG POCONG MUDAH DAN SEDAP!
Hemm...teringat pernah ada sekali tu kami tak dapat balik raya sebab ada masalah tak dapat dielakkan.. hubby teringin nak makan rendang kerang dan lemang.. alahai... kalau rendang kerang tu boleh jugak TB buatkan.. tapi kalau lemang tu.. mana nak membuatnya.. tak reti TB.. hahaha.. nak bakar lemang kat mana lagipun kan.. dok kat apartment . Terpaksa beli aje lemang.. nasib baik ada orang berniaga lemang time raya tu.. hehe... dapatlah kami makan 2 batang..
Ni TB nampak resepi KETUPAT/LEMANG POCONG pulak dah.. hahhh.. bagus ni.. boleh buat lemang sendiri gak ni.. heee.. idea ni.. jom tengok resepinya.. mana tahu korang boleh buat time raya nanti kan..
BAHAN2
1 Kilo Beras Pulut
700-750ML Santan Pekat (Saya guna santan kotak 200ml + air)
1 @ 2 Sudu Besar Gula (Ikut citarasa)
Daun Pisang
Tali Rafia @ Getah (Saya guna getah,tali takde)
CARA2
Cuci beras pulut smpai betul2 bersih (sampai air jernih) kemudian toskan.
( ikut la nk rendam semalam ke tak. Saya tak rendam pun)
panaskan air dalam pengukus.kukuskan beras pulut sparuh masak(dlm 20 minit) pastikan air kukusan mendidih.
Kemudian,satukan santan,garam,gula dalam periuk & panaskan smpai naik wap sahaja..jangan smpai mendidih.sejukkan.
Kemudian masukkan pulut yg sudah dikukus td dlm 1 bekas besar dan harungi bersama santan yg dh dipanaskan.tuang sedikit demi sedikit.
Biarkan santan bermesra dengan pulut dlm 10 minit.
seterusnya masukkan beras pulut ke dlm loyang dan kukus sehingga masak.(dlm 20-25 mnt)pastikan air kkusan telah mendidih.
setelah pulut masak..angkat dan biarkan sejuk seketika.
Daun pisang di lap dan dilayukan atas api..potong anggaran lebar sdikit dari tapak tngan.
kemudian letakkan pulut dlm 2 sudu besar.gulungkan..dan ikat bahagian bawah.(guna tali lagi senang) kemudian tmbah pulut dari bahagian atas & ikatkan kemas.
selesai membalut.kukus semula dlm 8- 10 minit..
Siap dah boleh makan bsama rendang ayam/daging .
resepi facebook
Terima kasih atas perkongsian resepinya.senang juga nak buat kan.asalkan rajin.hehe.
BalasPadam