Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

12 Februari 2018

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA MUDAH SANGAT!



RESEPI KUIH TEPUNG PELITA MUDAH SANGAT!


Haa... ni satu lagu resepi teman dah pernah cuba dulu.. Tapi tak berapa nak jadi sebab teman tak guna pengukus sebelum ni.. hanya sejukkan dan letak dalam peti sejuk.. Hubby kata rasa dah ada.. cuma lembik.. huhuhu.. adoi.. teringin nak makan punya pasal la tu.. sampai tak kira, cukup ke tak peralatan nak buat kuih ni.. haha.. hari ni TB rasa nak try buat lagi kuih Tgepung Pelita ni.. seba  tengok resepi kat Azie Kitchen ni macam mudah sangat! tapi itulah.. terpaksa guna cara moden sebab daun pisang takde.. then kena pulak bekas pun takde.. so, TB buat bekas transparent yang besar tu terus la kot.. hasilnya.. huhuhu.. silalah tengok nanti teman tepek gambo.. 

Lapisan Hijau:
1/2 cawan tepung beras
Secubit kapur makan
2 cawan air daun pandan 

Cara cara: 
Kisar 4-5 helai daun pandan untuk dijadikan air daun pandan secukupnya. Campur kesemua bahan untuk lapisan hijau. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. 

Susun bekas daun pisang dalam periuk pengukus. Isikan satu sudu kecil gula ke dalam bekas kemudian baru dituangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 

Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan pula adunan lapisan atas di atasnya. 

Lapisan Santan
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara;
Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur sambil dikacau sehingga keluar wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 

Nota :
Boleh juga jika mahu terus tuang lapisan santan tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Opsssss.. TB jumpa lagi satu resepi yang lagi mudah! just tengok gambar pun dah faham cara nak buat.. siap ada cara nak buat dia punya bekas tu.. guna daun pandan.. haa.. jom tengok.. klik kat bawah ni yea..


Note : Gambar atas ekstrak from google ye





0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers