RESEPI RINGKAS TAPI SEDAP SANGAT !!
BY ANAK SEDARA HUBBY - MIDA
Hahaha.. TB mintak Mida fotostat kan satu salinan resepi yang dia ada sekarang, tapi dia jawap salin sendiri, penat dia menulis.. hahaha.. terus berdekah-dekah TB gelak.. adoi.. bukan apa.. cara jawapan dia tu lawak sangat.. TB pun idak la nak marah dia kan.. kita pun tahu orang penat-penat salin resepi.. kita pulak senang-senang suruh pi fotostat.. hahaha.. agak-agak la pun..
So, TB pun risau akan terhilang resepi sedap dan ringkas ni.. TB pun tepek kat sini.. heee.. Sure tak hilang punya.. nak masak nanti tengok la kat sini.. Ada yang TB dah cuba resepinya.. memang sedap! kih3.. thank you mida
So, TB pun risau akan terhilang resepi sedap dan ringkas ni.. TB pun tepek kat sini.. heee.. Sure tak hilang punya.. nak masak nanti tengok la kat sini.. Ada yang TB dah cuba resepinya.. memang sedap! kih3.. thank you mida
Daging Masak Merah Ala Thai
Bahan-Bahan :
Daging (Rebus bersama pewarna merah, sedikit garam dan Asam keping )
5 ulas Bawang Putih - Diketuk
Cili Padi
1 Biji Tomato
1 Biji Bawang Holand
Sos Tiram\Sos Tomato
Sos Cili
Pes Tomato - jika perlu
1/2 kg Daging yang telah direbus dan dihiris Nipis
Daun Limau Purut kalau ada untuk bagi wangi
Cara-Cara :
Tumis Bawang Putih dulu, kalau dah nampak Kekuningan masukkan daging, goreng sampai garing sikit, masukkan kesemua bahan tadi, last sekali masukkan sedikit gula, garam dan perasa .
Daging Goreng Rempah
Bahan-Bahan :
1 kilo Daging - Rebus sampai empuk
Minyak untuk menumis
1 asam keping
2 sudu rempah kurma
garam, gula
bawang holand,
Cili padi
Bahan-Bahan Kisar:
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
i inci halia
3 batang serai
Cara-Cara :
Panaskan minyak, masukkan daging dan bahan kisar.. tumis..
masukkan rempah kurma , kacau hingga nampak kering
bila dah nampak kering masukkan asam keping, bahan perasa, bawang besarm cilipadi,
Masak sampai kering dan naik minyak .
Ayam Rendang Cilipadi
Bahan-Bahan :
2 sudu besar Minyak Masak
1kotak kecil santan
1 cawan air
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit (hiris halus)
Garam, gula, bahan perasa
Bahan-Bahan Kisar :
3 batang serai
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
8 ulas bawnag putih
6 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cilipadi
1/2 cawan air
Cara-Cara :
Panaskan minyak
Tumis Bahan kisar
Tumis hingga garing baru masukkan Ayam
Selepas itu masukkan santan, air dan Asam Keping, juga kerisik
Bila dah mendidik masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya..
Agak-agak ayam dah masak, masukkan hirisan daun kunyit tadi..
Siap!!
yang ni TB dah buat!! sedappppp!! heheheheheehehe..
yang ni TB dah buat!! sedappppp!! heheheheheehehe..
Paprik Campur
Bahan-Bahan :
Udang
Sotong
Ayam
Lobak Merah
Kacang Panjang
Jagung Muda
Tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai - diketuk
2 helai daun lima purut
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2-3 titis minyak bijan
Cara-Cara :
Tumis bawang besar, bawang putih, dan serai
masukkan kesemua sos-sos tadi
Masuk ayam dan lobak merah
masukkan air 1 cawan dan kesemua bahan
perasakan.. tambah garam dan gula jika perlu .
Bawal Sweet Sour
Bahan-Bahan :
Ikan Bawal atau ikan apa-apa pun.. goreng dulu yea..
1 biji Bawang besar (hiris bulat)
2 ulas bawang putih (diketuk)
Cabai muda (potong 4)
Timun (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Tomato (potong dadu)
Gula, Garam secukup rasa
Nenas (potong dadu)
Cara-Cara :
Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.. kemudian masukkan sos cili dna sos tomato.. biar seketika..
Masukkan air, cili muda, timun, nenas.. biar sampai didih
Masukkan gula, garam secukup rasa..
Last sekali baru Tomato .. dan siap..
Tuang je kuah sos ni atas ikan bawal tadi.. tuang masa panas-panas lagi best.. ada orang dia masukkan ikan ke dalam kuah sos ini.. Tapi kalau TB.. TB suka tuang atas ikan tu sebab suka ada rasa garing2 tu .. taknak lembik sangat.. hehe..
Thank you mida sudi share resepi ringkas tapi sedap ni..
Note : gambar -gambar ada yang gambar TB sendiri ada yang source from google ye..
Note : gambar -gambar ada yang gambar TB sendiri ada yang source from google ye..
0 ulasan:
Catat Ulasan