Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 Disember 2018

RESEPI NASI DAGANG SEDAP!



RESEPI NASI DAGANG SEDAP!


BAHAN-BAHAN :
1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
3 cawan santan cair
2 sudu teh halba
1 inci halia (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 sdt gula
1 sdt garam

CARA MEMBUAT :
1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam
pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
beras tersebut selama 30 minit.

2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar,
masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian
dikukus lagi selama 30 minit.

3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan
tambah halba, halia, bawang, gula serta
garam. Teruskan lagi mengukus selama
20 minit.

4. Bila dah masak barulah di angkat untuk
dihidangkan.



KARI IKAN TONGKOL :
4 sudu minyak masak
3 cawan santan
2 keping asam gelugur
350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
1 tangkai cili merah (dibelah dua)
garam secukup rasa
gula secukup rasa

PES REMPAH :
10 ulas bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
3 sudu besar cili kisar

CARA MEMBUAT :
1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga
halus.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi. Tambah santan serta asam
gelugur dan renehkan sebentar.

3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan
perasakan garam serta gula. Tambah cili
dan renehkan selama 5 minit atau sehingga
masak.



ACAR TIMUN :
100 gm timun
100 gm lobak merah
100 gm cili merah dan cili hijau
50 gm bawang besar
60 ml cuka
gula secukup rasa
garam secukup rasa

CARA MEMBUAT :
1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di
tengahnya. Mayang halus seperti batang
mancis.

2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau
dihiris seperti timun juga.

3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.

4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke
dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian
cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga
ia kering.

5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.

6. Kemudian hidangkan bersama nasi.












0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers