Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

08 Disember 2018

Resepi Sambal Toktok / Cabai Ikan Bilis Sedap dan Mudah!


Resepi Sambal Toktok Sedap dan Mudah!

Hai.. Kalau dah hubby share resepi kat wall dia.. memang kena copy dan paste la nampaknya kat blog TB ni.. kang dia request kita dah jumpa resepinya kan.. Resepi kali ni dari Sis Yanie Cintahati ni.. TB tau resepi dan bahan-bahannya simple je.. tapi TB nak teepk gak kat sini sebab kalau hubby komen tak OK atleast TB ada bukti dah follow resepi yang betul.. wakakaka.. 

Actually TB memang dah lama tak buat sambal macam ni kat rumah.. sebab faham-faham jelah.. perut hubby sekarang ni bukan tahan sangat makan pedas-pedas ni.. selalu je memerut dan cirit birit kalau makan pedas.. So, TB memang tak pernah buat sambal pun.. Tapi ada satu sambal tu.. hubby memang suka sangat.. sambal tempoyak .. haaa.. yang tu elok pulak perut dia makan walaupun buat pedas2.. hemm.. pelik gak.. huhu.. kalau makan sambal tempoyak.. gerenti bertambah-tambah makannya.. 
   
Oh ya.. Sambal Toktok @ cabai ikan bilis kalau nak tahu, kena masak dulu tau.. sebab tu kalau makan perut tak meragam kot.. sebab kalau sambal belacan biasa.. tak masak kat atas api.. so, mungkin disebabkan tu la perut boleh meragam kalau makan tu.. So, TB nak try lah resepi ni nanti.. InsyaAllah perut hubby tak meragam.. Gu pulak dengan sayur lemak / kari / masak kicap ..  Terbaekk

Owner resepi kata boleh di makan dengan nasi panas2 / ketupat / lemang / cokodok pun okeyy..

BAHAN-BAHAN
Bawang Besar 2 Biji
Ikan Bilis 2 Genggam
Cabai Burung Hijau (TB guna Cabai Burung Merah 3 Biji)
Cabai Masak
Limau Nipis ( TB guna Limau Kasturi)
TB tambah air asam jawa sikit
Gula
Garam
Minyak



Persediaan MULA2 SEKALI :

Goreng Ikan Bilis Dulu yea.. minyak goreng ikan bilis tu simpan untuk tumis bahan2 yang ditumbuk nanti.. 

Tumbuk Asing2..
Bawang / Cabai Burung / Cabai Muda dan Ikan Bilis  (yang dah digoreng dulu) ditumbuk kasar .. 



CARA-CARA :

1. Masukkan bawang.. reneh sekejap
2. Masukkan cabai tumbuk... reneh jugak
3. Masukkan Ikan Bilis Yang Dah Digoreng dan Ditumbuk Tadi
4. Perasakan dengan garam,gula,air asam limau @ asam jawa pun boleh
5. Reneh@ tumis bagi pecah minyak...
6. Siap



Inilah rupanya .. sedapnya alahai.. nanti nak try ..


Tadaaa.. Siang Tadi up resepi.. malam terus cuba.. ni dia versi TB.. ikut resepi asal tapi di olah sikit ikut citarasa hubby.. heee..  Lega.  Hubby kata Ok.. Alhamdulillah.. Cuma Kalau Ada Cabai Burung Hijau Lagi menyerlah kaler dia kot.. heee




3 ulasan:

  1. Yang ni pun sedap. Alahai makan dengan nasi putih je confirm tambah lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. confirm tambah lagi.. silap2 yang diet makan malam pun terpaksa cheat sebab tak tahan tengok.. macam tb laaa.. hagaha.. malam tadi tengok ni terus tak jadi diet.. hahaha

      Padam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers