ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel
- Gel Mandian Mewah Yang Memukau Hatiku
Bercerita tentang mandian atau wangian ni.. TB tak boleh nak lupakan mandian yang hebat dari Enchanteur ni.. banyak giler kenangan bersama mandian Enchanteur.. TB memang peminat Enchanteur dari dulu lagi.. dan Romantic adalah wangian dan mandian pilihan TB dari dulu.. Bila keluar dari bilik air.. terasa seperti kita seorang je yang wangi dalam rumah tu.. hahahaha.. iyeee.. betul tak tipu.. sedangkan kita dah bau wangi sendiri.. inikan pulak orang yang bau kita.. hehehe..
Bau enchanteur ni memang wangi dan lembut.. TB belum pernah lagi jumpa bau sedap macam ni dari jenama lain.. buih pun banyak.. pakai sikit je dah buih.. pastu keringkan kulit badan.. melembapkan dan rasa fresh je lepas mandi guna mandian dari Enchanteur ni..
Haa.. yang terbaru ni.. ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel - Gel Mandian Mewah Yang Memukau Hatiku kini.. cewah.. suka giler TB .. memang teruja kot mandi guna ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel , badan rasa segar bugar.. dan bilik air pun wangi je bila ditinggalkan selepas mandi.. haha.. sesiapa masuk bilik air lepas tu mesti rasa nak curi-curi guna mandian TB tu.. kan kan kan.. hahah..
Jom la baca info tentang produk baru dari Enchanteur ni yea.. pasti korang pun teruja nak beli.. ada 3 bau.. nanti cubalah yea mana yang korang suka.. Tapi bagi TB semua bau dia best2..
Bau enchanteur ni memang wangi dan lembut.. TB belum pernah lagi jumpa bau sedap macam ni dari jenama lain.. buih pun banyak.. pakai sikit je dah buih.. pastu keringkan kulit badan.. melembapkan dan rasa fresh je lepas mandi guna mandian dari Enchanteur ni..
Haa.. yang terbaru ni.. ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel - Gel Mandian Mewah Yang Memukau Hatiku kini.. cewah.. suka giler TB .. memang teruja kot mandi guna ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel , badan rasa segar bugar.. dan bilik air pun wangi je bila ditinggalkan selepas mandi.. haha.. sesiapa masuk bilik air lepas tu mesti rasa nak curi-curi guna mandian TB tu.. kan kan kan.. hahah..
Jom la baca info tentang produk baru dari Enchanteur ni yea.. pasti korang pun teruja nak beli.. ada 3 bau.. nanti cubalah yea mana yang korang suka.. Tapi bagi TB semua bau dia best2..
ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel
Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita.
Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.
Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran.
Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.
Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris.
Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.
Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan.
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:-
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris
- Belle Amour Bright (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.
2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris
- Mon Amie Fresh Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.
3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.
Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak).
Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.
Tak sangka enchaunter ada keluarkan shower foam pulak sekarang. sebelum ni diaorang ada perfurm, deodorant dengan losyen je kan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSuka la tgk enchaunter ni.. Botol2 dia tu tertarik kalau tgk..
BalasPadamMesti wangi. Qiss nak beli juga nanti. Sebab Qiss suka semua produk Enchanteur ni
BalasPadamwaaaa..kenapa tak dapt..hehee..mesti wnagi giler ni
BalasPadamwangiiii gel mandian dr enchanteur ni lps tu sembur plak ngan perfume tu
BalasPadamEnchanteur memang wangi kan. Baik deodoran ,perfume smeua wangi. Mimi suka yang kaler pink tuh sedap bau dia. Putple pun sedap juga bau dia.
BalasPadam