Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 Januari 2019

RANGKAIAN PRODUK CHOMEL BABY SELAMAT UNTUK BAYI BARU LAHIR DAN BERKULIT SENSITIF


RANGKAIAN PRODUK CHOMEL BABY SELAMAT
UNTUK BAYI BARU LAHIR DAN BERKULIT SENSITIF


Dalam membesarkan harraz yang sangat aktif sekarang bab penjagaan kulit harraz memang TB titik beratkan kan.. TB akan pilih produk-produk yang natural dan sesuai dengan kulit harraz.. Selepas TB membaca tentang sisi negatif paraben, TB telah bertukar lebih kepada produk semulajadi, TB akan perhatikan kandungan sesuatu produk itu sebelum menggunakannya, bukan saja untuk harraz.. tetapi untuk TB sendiri yang mempunyai kulit psoriasis ni..

Malangnya dalam pencarian produk yang organik atau natural ni, agak payah, parabens ada di mana-mana dalam kebanyakan produk komersial. Ia boleh didapati di semua sabun, mandian, syampu, dan pelembap.





Yeayy.. harraz baru je unboxing produk dari Chomel ni.. Bila nampak gambar Baby kat botol tu terus dia sebut "Baby".. . . Alalala.. comel produk Chomel ni sebab packaging dia ada design sticker gambar kartun baby yang cute.. . . Haaa.. kat TB ni ada 3 barang dari Chomel iaitu : . . 👍Baby Head to Toe Wash. 👍Baby Daily Lotion 👍Baby Wipes . . 👍Baby Head to Toe Wash yang dirumuskan tanpa sulfat, SLS / SLES, parabens dan beberapa bahan kimia lain yang biasanya digunakan dalam kebanyakan produk mencuci bayi komersial. . . ia berasaskan tumbuhan, minyak kelapa dan pelembap semulajadi seperti flaxseed dan rosehip yang sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir dengan kulit sensitif. . . 👍Baby Daily Lotion Losyen lembut yang membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Lotion ni Tiada sintetik, hanya Minyak Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare sahaja yang digunakan. . . Mengandungi Vitamin C & E untuk membantu melegakan kulit agar menjadikannya sihat dan lembut dan tiada toxic Sesuai sangat untuk Bayi baru lahir dan Bayi dengan Kulit Sensitif. . . Untuk Menggunakan: • Boleh digunkan pada waktu siang atau malam, terutamanya selepas mandi / mandi. Sapukan dengan teliti setiap hari untuk membantu menyuburkan dan melembabkan kulit bayi. . . @chomel_baby_ produk telah disahkan halal hypoallergenic dan disahkan oleh Jakim juga! #chomel #baby #natural #chomelbaby #babyproducts #babyproduct #babyskincare #hypoallergenic
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Harraz ni jenis lembut dan sensitif, so TB kena pandai cari produk yang sesuai agar tidak menyebabkan alahan pada harraz.. alahan yang TB maksudkan tu ialah seperti radang kulit, gatal-gatal atau merah-merah pada kulti dia.. Pernah masa baby TB saja test kulit harraz sesuai ke tak dengan satu jenama mandian tu, mula-mula pakai nampak okey.. tapi tengok-tengok malam tu bergaru garu dia.. dekat bahagian dada dia naik ruam merah.. So, TB stop guna mandian tu sementara..

TB just mandikan harraz dengan air biasa dan gosok2 guna tangan aje.. sebab tau mungkin harraz belum sesuai lagi guna produk yang itu, kemudian baru-baru ni TB ternampak tentang satu jenama produk yang makin dikenali ramai, produk tersebut dikatakan hanya mengggunakan bahan natural sahaja dalam penghasilannya dan sesuai untuk bayi yang abru lahir dan yang berkulit sensitif.

Haa.. jenama/brand produk tersebut ialah Chomel Baby. Sebelum ini, TB pernah cuba rangkaian produk Chomel Baby iaitu Chomel Baby Laundry yang sangat bagus sebab bila cuci baju-baju harraz, harraz dah tak gatal-gatal dah.. haaa.. penting tau pilih sabun yang sesuai utnuk cuci baju anak kita, kalau tersalah pilih boleh buat baju yang anak pakai tu penyebab kegatalan dan kemerahan pada kulit anak kerana dalam sabun tu mungkin ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kulit lembut baby..

Haaa.. ok lah.. kali ni, TB nak share dengan korang rangkaian produk Chomel Baby iaitu Head to Toe Wash, Baby Wipes dan juga Baby Daily Lotion. Jom ikuti apa yang TB nak share kali ni..


Head to Toe Wash
Chomel Baby Head to Toe Wash diformulasikan daripada tumbuh-tumbuhan di mana bebas sabun dan mempunyai pH balanced yang membantu membersih tanpa kekeringan yang berlebihan. Selain itu, Head to Toe Wash juga tiada sintetik dan bahan yang digunakan terdiri daripada benih rami (flaxseed), rosehip, kelapa dan minyak Manoi Tiare yang memberikan kelembapan kepada kulit si manja.

Chomel Baby Head to Toe Wash dirumuskan tanpa sulfat, SLS / SLES, parabens dan beberapa bahan kimia lain yang biasanya digunakan dalam kebanyakan produk mandian bayi komersial.

Plus, ia juga berbau hebat!



Head to Toe Wash juga diperkaya dengan vitamin C dan E bagi membantu kulit si manja lebih sihat dan lembut sentiasa. Head to Toe Wash ni tak memedihkan mata sebab ianya tear free! Sesuai bagi bayi baru lahir dan bayi berkulit sensitif macam harraz ni.. 

Harga Chomel Baby Head to Toe Wash: RM34.90



Baby Wipes
TB suka Baby Wipes ni sebab tisunya ultra tebal dan tahan lama, packagingnya pun nampak comel je.. sampai TB rasa sayang nak guna Chomel Baby Wipes ni. Bahan-bahan yang terkandung didalamnya sama macam produk-produk Chomel Baby yang lain.. Natural serta selamat digunakan.

Baby Wipes adalah antara item yang perlu ada dalam beg baby harraz.. kalau pergi mana-mana if tempat tu macam diragui kebersihannya, TB akan gunakan wipes tisu untuk lap dahulu permukaan tempat duduk, meja atau alat yang akan harraz sentuh..  Haa. elok sangat ada Baby Wipes dari rangkaian produk Chomel Baby ni, Baby Wipes ini juga melembapkan kulit bayi dan lembut sesuai untuk bayi berkulit sensitif. Must have!

Harga Chomel Baby Wipes: RM6.90



Baby Daily Lotion
Haa.. TB pun ada guna Chomel Baby Baby Daily Lotion untuk harraz. Sebelum ni memang jarang pakai harraz lotion sebab kulti dia memang dah lembut.. tapi apabila memikirkan kadang-kadang cuaca panas boleh menyebabkan kulit harraz kering dan pedih, elok juga sapu lotion.. tak sangka lotion dari Chomel Baby ni best sangat.. bau lembut dan tak merengsakan kulit harraz..

Tekstur Baby Daily Lotion ini juga sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit si manja dan seterusnya meninggalkan kesan lembap pada kulit.. lepas mandi lah paling sesuai sapu lotion ni.. bau harum je ..patutlah mama pakai sikit pun nak pakai lagi sikit dan sikti dan sikit dan terus satu lengan.. wakakaka.. melampauuu..

Oh ya.. Baby Daily Lotion ini tidak mempunyai minyak mineral dan silikon yang boleh mengakibatkan iritasi, ruam dan kemerahan pada kulit. So, Harraz pakai ok je TB tengok setakat ni..


Harga Chomel Baby Baby Daily Lotion: RM34.90

Wah.. macam mana mommy-mommy? teruja tak mencuba produk dari Chomel baby ni? haa.. mommy-mommy memang patut cuba pun sebab penting tau memilih produk yang organik dan terhasil dari bahan-bahan natural..

Yang paling penting, produk Produk Chomel Baby disahkan hypoallergenic dan diuji oleh pakar dermatologi untuk kulit sensitif, dan Halal diperakui oleh Jakim Malaysia.

Untuk maklumat lanjut :

Facebook: 

Instagram: 

13 ulasan:

  1. kulit sensitif ni memang payah nak di jaga lebih-lebih lagi anak-anak kecil ni, dengan adanya produk sebegini sangat-sangat membantu kita as parents untuk menyelesakan anak-anak

    BalasPadam
  2. Produk rangkaian baby chomel ni memang best dan natural... LeYa pun suka baunya.. Harum dan menyegarkan... Best!

    BalasPadam
  3. Rangkaian product keluaran Chomel ni betul2 chomel la..tgok corak kat packaging pun menarik..warna pun lembut jer..nanti bleh rekomen kat adik SA yang baru bersalin..sesuai utk baby dia rasanya..

    BalasPadam
  4. menarik..bagus untuk parenting dapatkan produk untuk anak yang kulit sensetif. harga pun murah dan cukup ekonomi. tambah lagi perlu penjagaan rapi.. nice sharing

    BalasPadam
  5. Bagus baby chomel produk ni. Cx dah guna lotion, bidy wash dan wipe tissue. Semua cx suka dan puas hati. Lagi² lotion dia, tak melekit langsung! Serasi dengan kulit anak² dan cx juga hehehe. Best sangat!

    BalasPadam
  6. Wahhhh best kan Chomel ni kan. Kita pun dah try Chomel ni and sukaaa sangat! Dah la no harm chemicals, bau pun wangi plak tu

    BalasPadam
  7. Wah ad produk baru! Nama pun cute. Hehehe. Nampak mcm bagus untuk baby kan. Nanti nk share kat kakak since die bru melahirkan. hehehe

    BalasPadam
  8. ehhh chomel! so many bloggers posted about this product, so i supposed it must be a good one.. anyway good to use a separate body wash that suits to baby gentle skin instead of the typical adult bodywash

    BalasPadam
  9. Packaging pun comel mana nama jenama dia juga Chomel. Bukan senang nak cari produk organik sesuai dengan bayi kan. Boleh lah recommend dekat parent kat luar sana.

    BalasPadam
  10. Memang bagus produk comel sbb kak pun ada guna produk ni utk cucu kak

    BalasPadam
  11. Comelnya produk ni.. kalau priduk barangan baby ni memang buat hati geram je. Suka tau

    BalasPadam
  12. Sebelum ni pernah guna pencuci botol susu dia. Suka guna tu. Best je cuci. Cepat bersih.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers