Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 Februari 2019

ALTHEA MAKE UP COLLECTION - RASA BANGGA DENGAN ALTHEA

ALTHEA MAKE UP COLLECTION
- RASA BANGGA DENGAN ALTHEA


Haaa.. TB nak tayang Makeup Box yang sangat comel dari Althea ni.. Didalamnya ada Makeup Collection dari brand Althea sendiri tau! Wahhh.. TB rasa Happy dan rasa bangga dengan Althea sebab sepanjang 3 tahun bersama Althea ni, dan semakin banyak produk yang Althea keluarkan dibawah jenama Althea sendiri, harga pun sangat mampu milik, berkualiti dan authentic.

Haa.. saja nak bagi korang tengok video TB unboxing Althea Makeup Box ni hari tu.. Tapi tak dapat nak buat full sebab anak teruna ada, asiklah memenyek-menyek kan kotak tu.. haha.. terpaksa cepat-cepat simpan sebab nanti nak shoot video and gambar tak menarik pulak kalau kotaknya kemek kan..

Kebetulan TB pun nak balik kampung masa terima box ni.. so, terpaksalah tinggalkan kotak ni di rumah.. nak balik kampung naik ETS, jenuh pulak kang kan nak angkut barang banyak.. huhu.. dua minggu juga lah TB di kampung.. fuh.. Tengok rakan-rakan seangkatan dah siap up video tutorial guna makeup box ni.. lawa-lawa pulak tu.. rasa nak balik cepat je masa tu.. haha.. 




Huwaaa... Tak Sabar Nak Balik KL nak rasmikan semua item dalam @altheakorea Makeup Box ni. . . Hari Tu Sempat ambil video unboxing ni je.. Tu pun tak dapat nak ambil full video sebab ehem2.. faham2 je laa.. ada sikecik tu yang over excited nak unboxing jugak.. haha.. . . Kita nak cepat sebab kalut nak bersiap balik kampung.. Tapi sikecik tu nak belek2 semua.. haha. tak dapek laa kann.. Terfikir Nak bawak box ni balik kampung tapi sebab beg kami pun dah penuh.. dan kami balik naik ETS je pun.. So, xmo beratkan beg.. . . Tengok kawan2 review dan buat tutor semua kata best item2 yang dalam box ni.. terutamanya eye palette @bclsinclair X Althea tu.. Ramai dah test n kata pigmented sungguh.. . . Dalam makeup box ni juga ada Lip tint / cream tint yang bersaiz travel, concealer dan eye glitter.. . . TB tak sempat try lagiii.. tapi tengok kawan2 dah up video tutor cara pakai.. alaaaa.. jelesss.. . . Haaa.. Tungguuuu.. TB lak nak buat tutorial makeup lepas ni...hehehe.. jangan kecam lak ye.. kah3 www.althea.kr #AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaMakeUp #altheaangel #altheamakeupbox #concealer #eyeshadowpalette #bclsinclair #liptint
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Ok lah.. berbalik kepada cerita Althea Makeup Box ni, TB memang tak sabar tau nak bermain makeup-makeup dengan semua item dalam box Althea ni.. haaa.. nak tau apa dia item-item yang terdapat dalam box Althea ni?
Haaa.. Dalam Box Althea Make Up Collection mengandungi set solekan asas iaitu :- 


  1. BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise
  2. Althea Flawless Creamy Concealer 
  3. Althea Spotlight Eye Glitter
  4. Althea Water Colour Cream Tint 
  5. Althea Skin Relief Spot Film Gel

Haaa.. Meh TB share story dan pengalaman TB menggunakan semua produk diatas ni ye.. Boleh dikatakan semua TB dah guna setakat ni.. Tapi masa dalam video tutorial tu TB guna yang mana perlu je dulu.. hehehe.. sebab tak pernah guna lagi.. sebab tu risau test-test kang jadi tak okey lak makeup.. kih3.. Apa-apa pun.. semua dalam box tu terbaekk!


BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise
Apa yang TB nak katakan tentang BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ialah... TB sukaaaa! sukaa sangat-sangat! Sebab color dia sangat-sangat pigmented, sangat cantik dan mudah di blend di kelopak mata.. Aduh.. susah nak cerita happy nya TB jadi orang terawal dapat mencuba BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni.. 



Packaging dia yang bermotif bunga-bunga ni memang kena dengan taste TB. Berwarna warni.. dan sedap mata memandang.. Haaa.. kalau korang nak tahu, Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ini adalah kolaborasi ekslusif diantara Althea dengan bintang popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari. Hadir dalam 8 pigmented colour shade lengkap dengan matte, shimmer, glitter. 

8 pigmented colour shade ni sangat sesuai untuk wanita asia macam kita, dan adalah satu bonus kalau korang pandai padankan warna pilihan untuk solekan mata korang, pasti hasilnya nampak wowww sangat-sangat.. hehe.. Sangat sesuai di gunakan sebagai solekan siang, solekan malam pun boleh, mahupun solekan untuk majlis rasmi dan majlis-majlis tertentu..


Hehe.. ni TB share solekan mata untuk malam.. cewah.. untuk dinner gitu.. orang kata kalau waktu malam kena pastikan makeup tu tebal sikit.. ada kaitan dengan pencahayaan di waktu malam kata orang.. hehehe.. So.. eye shadow kena letak tebal sikit.. celak pun mesti tebal jugak untuk menampakkan mata galak gitu.. kalau pakai eyeshadow pallete Althea ni lagi la sesuai.. sebab ada shimmering, lip lap lip lap gitu mata kita.. lawa !!

Sebaliknya kalau waktu siang, tak perlu makeup tebal sangat, just menampakkan kelainan (cantik) pada wajah pun dah cukup.. kan






Kita Tayang Makeup Mata Dulu Yea.. Full Makeup ? Tungguuu.. Hari Ni Bermain Makeup2 Dengan Menggunakan item2 yang terdapat dalam Althea Makeup Box. TB teruja dengan semua item dari Althea ni.. terutamanya Eye Shadow Pallette yang pertama dari jenama Althea iaitu Sunrise & Moonrise! hasil kerjasama dengan Artis Popular Bunga Citra Lestari, . . Eye Shadow Pallette ni ada 8 warna, Sesuai untuk makeup di siang hari juga untuk waktu malam yang indah, . . TB dah try Eyeshadow Pallette ni.. memang buat TB kelihatan feminin kan.. huhu.. rasa glamor macam BCL la pulak.. kekeke . . Terdapat Color yang bertekstur shimmers, mattes dan glitters, color dia sangat2 pigmented dan mudah sangat dioles ke kulit di kelopak mata.. Bunga Citra Lestari adalah Artis Indonesia yang telah menempah nama besar di seluruh Asia Tenggara. . . Dikenali sebagai BCL oleh peminatnya, dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan. haaa.. korang teruja tak nak dapatkan Eyeshadow Pallete yang wowww ni? boleh layari www.althea.kr #altheaangel #altheaangels #althea #althealunabox #altheamakeupbox #altheaSunriseMoonrise #bungacintalestari #bclsinclair #bclxalthea #eyeshadowpalette #eyepallete #bbezuwio
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘áƒ¦) (@tengkubutang) on

Haaa.. Amacam.. ada rasa tertarik nak cuba ke.. Kalau korang nak dapatkan  BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni, korang boleh tekan link ni yea --> my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl  harganya 140 je.. tahan lama ni kalau ikut penggunaan yang tak selalu.. hehehe.. 


Althea Flawless Creamy Concealer

Fuh.. kalau ikutkan dah lama giler TB tak guna Concealer ni tau.. Sejak dah kahwin ni memang concealer tak pernah TB beli sebab dah terlupa sangat pernah guna concealer masa zamana kerja dulu.. hehehe.. mungkin fikir takde keperluan kot beli concealer tu, Tapi Bila cuba Althea Flawless Creamy Concealer ni baru TB tahu rupanya TB memang perlukannya sebab concealer ni bukan saja mampu tutup parut jerawat, malah jeragat pun boleh di cover. Siap kesan parut-parut lain pada wajah pun boleh disembunyikan tau! Wajah nampak flawless bila dah siap makeup semua...

Althea Flawless Creamy Concealer ni Ada 4 pilihan warna iaitu :-

  • 01 Vanilla
  • 02 Ginger 
  • 03 Honey 
  • 04 Mocha


TB gunakan code #02-Ginger yang terang sikit tu untuk calit pada bahagian yang berparut pada wajah, kesan-kesan bekas jerawat lama yang hampir pudar tu, bila disapu dengan concealer ni, terus ghaib parut tu.. hahaha..

dan yang #code 01-Vanilla pulak TB letak pada bawah mata (untuk tutup eyebag, eh dark circle.. miahaha), TB letak juga pada tepi hujung hidung kiri dan kanan..

Yang code #03-Honey pulak TB gunakan untuk sapu seluruh muka sebab kaler dia macam natural dan sama macam kulit wajah TB..

Oh ya.. yang lagi satu tu, gelap sikit.. code #04-Mocha, kegunaan dia untuk buat shading, bagi bentuk muka tirus dan bagi dagu lekuk pun boleh, just calit/letak garisan menegak dekat dagu tu.. hehehe.. kat tulang pipi pulak untuk bagi rahang muka nampak kecil sikit, manakalan kalau letak dekat hiddung tu.. boleh beri effect hidung mancung gitu.. TB tak buat pun shading-shading ni.. sebab tak reti.. haha.. kena belajar betul-betul baru buat.. heeheh.. tunggu tau TB dah expert TB buat tutorial nanti.. cewahhhh.. tunggu tahun bila la korang.. hahahaha



Althea Flawless Creamy Concealer mempunyai formulasi kelembapan untuk mempastikan kulit wajah kita tidak kering dan sentiasa lembap sepanjang semasa memakainya sebagai asas solekan. Ia memberikan sentuhan kemasan wajah semi-matte. Paling best bila solekan tidak menjadi crack selepas beberapa jam memakainya kerana Althea Flawless Creamy Concealer ni mempunyai tekstur yang lembut dan ringan. 

Haa.. kalau ada yang berminat nak dapatkan mana-mana code Althea Flawless Creamy Concealer ni , bolehlah order.. murah je.. RM15 je korang uii.. klik untuk order --> my.althea.kr/flawless-creamy-concealer


Althea Spotlight Eye Glitter

Spotlight Eye Glitter ni pun TB suka weh.. haaa.. ini salah satu item yang boleh menjadikan solekan kita nampak lebih wow, perky dan glamor sangat tau! TB suka je calit pada kelopak mata untuk bagi nampak bercahaya orang tengok.. cewah.. Haaa.. kalau ada tema-tema ranggi untuk sesuatu majlis tu.. boleh la calit Spotlight Eye Glitter ni kat mata korang tu.. macam TB, TB letak kat bawah garisan mata dibawah tu.. hehehe.. jadikan celak mata.. lawa gak weh..


Diformulasikan dengan NATURAL MOISTURIZING COMPLEX untuk melembapkan kelopak mata dengan moisturizing gel matrix memberikan sentuhan kilauan. Ia juga mampu bertahan lama selepas penggunaan solekan mata. Hadir dengan dua pilihan variasi warna 

  • 01Gold light 
  • 02 Pink Light


Bagi yang berminat nak order Althea Spotlight Eye Glitter yang berharga RM24 ini, korang boleh ke link ni yea.. --> my.althea.kr/spotlight-eye-glitter


Althea Water Colour Cream Tint

TB tak banyak ada Cream Tint ni, tapi sedang mengumpul jugak lah kan.. hehehe.. maybe lepas ni TB akan jadi peminat Cream Tint ni kot sebab dah terjatuh cinta dengan color-color yang TB dah try ni.. sangat menawan color-color dia.. jenis yang pigmented juga, tahan lama bila dipakai.. 


Cuma kalau nak cuci.. hehehe.. kena pakai pencuci makeup dan juga cuci dengan pencuci muka.. Haa.. TB senang je.. guna je Althea Serum Pore Cleanser tu.. mudah sangat nak tanggalkan kesan Cream Tint ni.. 


Althea Water Colour Cream Tint merupakan pewarna bibir yang tahan lama dan mampu melembapkan bibir. Hadir dengan gabungan warna bold dan glossy sheen. Empat pilihan variasi warna menarik sangat iaitu

  • 01 Plum Cream 
  • 02 Strawberry Cream 
  • 03 Peach Cream
  • 04 Marron Cream





Bagi yang berminat nak dapatkan koleksi Watercolor Cream Tint yang berharag RM20 ni, boleh klik di sini --> my.althea.kr/watercolor-cream-tint


Althea Skin Relief Spot Film Gel

TB selalu didatangi jerawat time TB period, adoi.. time gitu jerawat macam berlumba-lumba mai.. sedih hati TB ni tau.. Macam-macam la TB buat untuk surutkan jerawat. Tapi kadang-kadang Tb malas nak fikri, TB biarkan aje sebab ada orang kata kalau kita stress fikir tentang jerawat tu, lagi la jerawat makin menjadi-jadi.. Haaa.. tapi bagi kornag yang ada masalah jerawat tu, jangan lah risau yea.. sebab Althea pun dah ada jenama sendiri utnuk produk jerawat ni.. Namanya Althea Skin Relief Spot Film Gel.


Althea Skin Relief Spot Film Gel adalah gel jernih untuk merawat jerawat di wajah. Gel ini mengandungi Tea tree oil ,Centella asiatica extract ( ekstrack pegaga ) dan juga ekstrack daun Pine di mana kesemua bahan semulajadi ini kaya dengan antioxidants untuk merawat dan melegakan kerengsaan wajah. Sebab itulah ada rasa sejuk dan dingin apabila menggunakannya.


Kalau nak beli Skin Relief Spot Film Gel yang berharga RM 19 ni, sila klik sini yea ---> my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel .


Jom tengok TB makeup for Dinner menggunakan
Althea Makeup Collection ni.. hehehe..

Waduh-waduh.. sangat-sangat best kan Althea Make Up Collection ni kan.. Haa.. korang apa lagi.. try la lawati website Althea ni.. tengok-tengok dulu kot ada berkenan.. jangan risau.. harganya berpatutan sangat, kalau beli ikut tawaran dia, boleh dapat free shipping lagi.. siap dijamin authentic direct dari Korea. tau.. 

Untuk info lanjut tentang Althea 
boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


13 ulasan:

  1. I like this makeup collection and using them too. The colors are beautiful and my favorite is eye pallete many colors that I like using.

    BalasPadam
  2. cantiknya make up mata tu..pandai sgt..produk Althea memang terbaik

    BalasPadam
  3. Akak suka semua mekap yg dalam lunar box tu..semua best especially eye pallette dia..lip tint pun cantik2 kan..akak pakai sikit je warna jadi bold..sabar jer laa

    BalasPadam
  4. Waaa.. Dah 3 tahun akk bersama Althea eh..macam tak caya je. Kita suka la barangan mekap dari Althea ni. Seronok tengok memasing mekap. Lawa je..

    BalasPadam
  5. Sis pun seronok gunakan makeup ni, now nak keluar pun sis dah pakai tau, memang best lah. Harap Althea perbanyakkan lagi barangan makeup dia

    BalasPadam
  6. Cantiknya colour eye pallete dia.. Suka sgt tgk! Untung la pandai mekap. Kita ni dah lama x main mekap2 huhu

    BalasPadam
  7. Cantik tb pakai eyeshdow tu.. Menjadi tau.. Kita suka dengab skin relief jerawat tu. Memnng tak nampak kesan bila pakai tu. .Concealer dia best.. Tutup cela habis

    BalasPadam
  8. Pandai TB mekap. Mimi suka warna eyeshadow ni sebab semua warna pigmented kan. Sapu sekali je dah nampak jelas. Mekap Althea yang lain pun semua Mimi suka not bad juga. Paling suka concealer. Memang best

    BalasPadam
  9. Wow so many makeup to play with. I love their eyeshadow palette colors selection and also the flawless concealers.

    BalasPadam
  10. pandainya guna mekap....akak tengok sana sini orang buat tutorial mekap Althea, memang betul2 bagus yer...teringin nak beli jugak mekap dia , lagi dah tengok tutorial lagilah teringin nak cuba...

    BalasPadam
  11. Yana pun rasa bangga dengan Althea... Memang jatuh cinta habis dengan sunrise moonrise eyeshadow palette.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers