DOA-DOA YANG TERBAIK UNTUK ANAK
Assalammualaikum.. hari ni TB nak up entri yang ni khas untuk anak TB baca bila dah besar nanti (itupun kalau blog ni masih wujud la kan..) Harap anak mama gembira membacanya nanti yea.. Hehe.. Ok lah.. Mama mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..
Masa mama mula-mula dapat tahu anak mama ni ada dalam perut mama, mama betul-betul excited sangat tau.. Macam tak percaya je ada baby dalam perut mama. Siap bergerak aktif lak tu.. Tiap-Tiap hari Mama selalu je pegang perut dan sembang dengan baby walaupun pada masa tu usia/saiz baby dalam perut masih lagi sebesar buah pear,
Teringat semasa dapat tahu je mengandung, Mama dah start standby macam-macam untuk jaga kesihatan baby dalam kandungan . Almaklumlah.. lama tau mama tunggu baby. 4 tahun mama dengan papa tunggu baby tak muncul-muncul lagi.. Emosi mama selalu terganggu bila terbaca post2 dari kawan-kawan yang happy mengumumkan diorang bakal jadi ibu/bapa. Dah tak terkira airmata mama mengalir mengenangkan kenapa mama masih belum dikurniakan cahayamata lagi.
Sampai mama berniat, kalaulah mama ditakdirkan mengandung, mama nak hadiahkan baby mama bacaan 30juzuk ayat al-Quran untuk bakal baby mama nanti. Dan apabila Allah makbulkan doa mama, mama dah mula mengaji Al-Quran tiap-tiap malam tak kira dimana samada di rumah atau dikedai, mama akan mengaji untuk habiskan 30juzuk tu sebelum baby lahir.
Mama start bacakan Al-Quran untuk baby start dari bulan Mama dapat tahu Mama mengandung.. dalam bulan 3/2016 .. Masa tu Harraz dah 3/4 minggu dalam perut mama ( aduh.. tak ingat mama.. )
Masa mengandungkan harraz dulu Mama tak pernah putus doa untuk baby dalam perut.. Tapi Mama ni tak pandai nak susun ayat yang cantik-cantik untuk minta dan berdoa kepada Allah.. So, Mama cari Doa untuk anak dalam perut.. Mama print atas kertas dan Mama Baca Setiap hari selepas solat, sampaikan kertas tu dah naik lunyai mama pegang hari-hari.. sampai sekarang.. harraz berumur 2 tahun 3 bulan kertas tu masih ada lagi mama simpan.. Doa yang mama selalu baca tu seperti dibawah ni..
Doa Ibu Mengandung / Doa Untuk Anak Dalam Perut
Doa Untuk Anak Mama
Ya Allah semoga Engkau lindungi anakku ini selama dia berada dalam kandunganku Dan semoga Engkau memberikan kesihatan yang baik kepada diriku dan Anakku.
Ya Allah yang memberi kesehatan. Tidak ada kesehatan selain kesehatan dari Allah, kesehatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.
Ya Allah semoga Engkau ciptakan anak didalam kandunganku ini dengan rupa yang baik dan elok..
Dan semoga Engkau tanamkan hati anakku dengan iman kepada-Mu ya Allah dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah semoga Engkau mengeluarkan anakku ini dari dalam kandunganku pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan yang sehat dan selamat.
Ya Allah semoga Engkau jadikan anakku ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.
Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada anakku ini umur yang panjang, sehat jasmani dan rohani, bagus budi pekertinya, fasih lisannya Serta bagus suaranya untuk membaca Al Quran
Dan tinggikanlah darjatnya Dan luaskanlah rezekinya Dan jadikanlah bagi manusia yg sempurna selamat di dunia dan akhirat. Dengan berkahnya Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam aamin, aamin aamin yaa robbal aalamin Kabulkanlah doaku, kabulkanlah doaku.
Dan Kemudian Mama Hadiahkan Bacaan AlQuran 30 Juzuk Buat Baby tanda berterimakasih kepada Allah SWT kerana memberi peluang Mama dan Papa memiliki zuriat yang lahir dari rahim ini..
Bila Harraz dah besar ni.. Mama nak teruskan juga doakan yang terbaik untuk anak Mama ni.. InsyaAllah.. Semoga Allah aturkan perjalanan yang terbaik untuk anak soleh mama & Papa ..
1. DOA UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK YANG DEGIL
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. DOA UNTUK ANAK LEMBUT HATI, PINTAR DAN SOLEH
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
3. DOA UNTUK MENANGANI ANAK LASAK DAN NAKAL
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. DOA SUPAYA ANAK RAJIN KERJAKAN SOLAT
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. DOA ANAK TAAT PERINTAH ALLAH
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. DOA AGAR ANAK DENGAR KATA
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. DOA MEMOHON RAHMAT DAN KEBERKATAN
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
*Selamat beramal!
0 ulasan:
Catat Ulasan