Master Pasto - Hanya Panaskan 3 Minit!
Now Ready To Eat !
Wah.. sana sini orang dok bercerita tentang Master Pasto ni.. Mana taknya.. mudah sangat nak makan.. hanya 3 minit je dah siap Spagetti kegemaran korang! cuma perlu panaskan sahaja dua pek yang tersedia di dalam setiap kotak spaghetti pilihan korang sama ada Bolognese, Aglio Olio atau pun Carbonara.
Master Pasto adalah hidangan gred restoran yang lazat yang dibuat dari bahan-bahan segar, tidak mengandungi bahan pengawet dan tiada MSG dan disediakan oleh the most talented chefs in Malaysia Utara yang sangat memudahkan dan mengikut citarasa korang.
Dalam setiap kotak Master Pasto , ada dua pek kedap udara yang dibungkus secara teknologi terkini yang selamat dan berkualiti di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan satu lagi adalah kuah atau sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat korang cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah iaitu letak dalam air panas mendidih selama 3 minit atau panaskan je dalam microwave ..
Master Pasto adalah ready-to-eat dan selamat yang mengandungi semua bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada pembekuan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk dipanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.
Sesuai untuk mereka yang suka travel tu, haa.. inilah masanya nak makan sedap-sedap dan tak perlu risau status halal dia sebab memang dah confirm halal kan, tak lah susah nak mencari tempat makan halal kat luar negara tu sebab dah ada something like this yang sangat memudahkan kita.. betul tak?
Dibawah ni TB dah snap gambar 3 range spagetti Master Pasto yang TB dah try hari tu tu.. hehe.. dalam banyak-banyak ni.. semua sedap dan Ok rasa dia.. Tapi TB macam suka yang Mushroom tu.. hehehe.. Haa.. gambar kat bawah ni Mushroom la tau.. sedap.. pek dia kaler purple.. nak letak gambar tapi adoi.. kotaknya dah dikoyakkan oleh harraz.. adoii.. huhu.. so, TB tunjuk gambar spagetti ajelah yea..
Dibawah ni TB dah snap gambar 3 range spagetti Master Pasto yang TB dah try hari tu tu.. hehe.. dalam banyak-banyak ni.. semua sedap dan Ok rasa dia.. Tapi TB macam suka yang Mushroom tu.. hehehe.. Haa.. gambar kat bawah ni Mushroom la tau.. sedap.. pek dia kaler purple.. nak letak gambar tapi adoi.. kotaknya dah dikoyakkan oleh harraz.. adoii.. huhu.. so, TB tunjuk gambar spagetti ajelah yea..
Yang bawah ni pulak Spagetti Bolognese.. Pek dia kaler Merah..
Biasa makan yang ni kalau buat kat rumah.. Sedap!
Haaa.. yang akhir sekali TB try .. Spagetti Aglio Olio macam kat dalam gambar bawah ni ..
Pek dia kaler hijau tu tau..
Haa.. kalau yang suka berkhemah dan travel tu, senang bawak benda ni.. Kalau takde microwave, boleh je panaskan dengan cara rendamkan dua-dua pek ke dalam air panas mendidih. Lepas 3 minit .. buka dan letak dalam pinggan.. hidangkan!
TB suka ketiga-tiga sekali yang TB dah try ni.. Ia adalah hidangan paling cepat, paling mudah dan paling selamat untuk seisi keluarga. Untuk yang tiada masa nak masak-masak tu.. boleh la try dan untuk yang suka travel tu.. sesuai sangat bawak ni sebagai makanan spare kalau malam-malam lapar or malas nak keluar cari makan kan.. kadang tempat nak cari makan pun susah sebab yang halal punya susah nak jumpa kalau kita kat luar negara.. betul tak.. so, ini sangat ideal untuk korang.. #MasterPasto
Dapatkan Master Pasto sekarang!!
Jom dapatkan Master Potato korang sendiri !
Instagram:
Website:
Instagram:
Facebook:
Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD beralamat di :
11, Lengkok IKS Simpang Empat 1,
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.
Hubungi talian :
+604-502 3230
#3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese
senang kan ada master pasto ni kat rumah..sis suka yang carbonara tu.,.sedap..time malas nak masak ke, nak cepat ke..ini yang banyak membantu..nak buat stock kat rumah memandangkan anak sis pun suka dengan pasta ni
BalasPadamwowww.. terbaek :)
BalasPadamKalau ada Master Pasto ni dekat rumah, asal lapar je makan ni senang hahah. Dah macam buat maggi cepat dia kan. Senang lah lepasni nak travel ke mana-mana boleh bawa spagheti heheh.
BalasPadammemang sedapdan cepat untuk disediakan..kat rumah memang ada simpan buat stok untuk kecemasan
BalasPadamSenang betul ada instant pasta macam ni. Nak nak lagi kalau macam kite ni yang ada anak kecik kan kak TB. Kekadang tu tak menyempat nak masak. Makan pun asal boleh. Kalau ada ni senang keje
BalasPadameh senang sangat kalu tekak mengidam nak makan pasta. elok jugak bawak pergi travel, panaskan dan siap boleh makan. banyak jugak pilihan flavour ya..
BalasPadamMister Pasto tu kita paling suka yang Spaghetti Bolonies hehehe memang sedap giler dan sangat membuka selera kita.. Paling best ianya Halal dan boleh bawa travel tak perlu bimbang nak makan kat negara orang kan...
BalasPadamUntung traveller sekarang dengan adanya makanan cepat masak macam ni lebih mudah la nak makan makanan sedap. Tiga minit je pulak tu. Paling best Halal tu. Rasanya boleh cari juga standby kot malas masak kita makan instant pasta je
BalasPadamNi utk orang yang balik kerja tak sempat mask, makan ni je. .Senang. .Tiga minit je. .mesti sedap kan rasa dia. Bgusla ade prpduk macm ni.. Memudahkan kita. .baqk travel pun okk
BalasPadammudah betul nak sediakan pasta nie. dalam masa 3 minit dah siap. yelahhh, sekarang nie nak cepat je and terburu-buru dengan kerja dan komitmen. jadinya, tak ada masa nak masak. ada pasta master pasto nie mudahlah.
BalasPadamWah.... Senang mudah dan cepat! Bagus ni bawak travel. 3 minit dah siap. Kot malas masak, tetamu datang tetiba pun senang sediakan pasta dengan master pasto ni
BalasPadamMemudahkan kerja mak mak bila malas nak masak dn siapkan bahan2. Panas kan ni terus hidangkan. Nanti nak cuba gak lah
BalasPadamSedap tau kak dah mkn sng jer nk masak dan cepat plk tu.
BalasPadam