Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 Mac 2019

MISI 30 JUZUK ALQURAN UNTUK HARRAZ | 9 APRIL 2016 - 17/8/2016


MISI 30 JUZUK ALQURAN UNTUK HARRAZ
| 9 APRIL 2016 - 17/8/2016 (ENTRI THROWBACK)

Entri ni dah lama terperuk dalam Draft selama 2 tahun lebih (fuh lama jugak), TB baru ternampak balik tadi masa tengah up entri tentang Doa-Doa Terbaik Untuk Anak dan Doa Isteri Solehah Untuk Suami Tercinta .. Kesemua entri-entri ni memang TB nak up lama dah, tapi disebabkan kekangan masa TB tak sempat nak edit-edit, so terperap lama lah kat draft tu jadinya.. huhu..

Ok lah.. Entri ni sebenarnya TB nak simpan untuk diri sendiri dan untuk tatapan anak kesayangan TB iaitu Harraz, Kalau dia dah besar nanti, TB nak dia tahu, TB sangat-sangat menyayangi dia..

Memang cadang juga nak up terus tapi TB tak ready lagi masa tu, terfikir macam-macam.. Nanti orang kata menunjuk ke apa kan.. Demi Allah takde pun perasaan macam tu untuk apa yang TB lakukan ni..

TB just ingin simpan buat kenangan, supaya TB ingat memori TB semasa mengandungkan harraz.. Sebenarnya rasa menyesal juga tak share yang lepas-lepas tu.. sebab banyak moment indah harraz TB dah semakin lupa (faktor umur makin tua kot.. aishh) .. So.. lepas ni nak share aje kat sini.. dan ada TB akan share kenangan semasa hari melahirkan harraz.. sebelum TB lupa segala-galanya.. hahaha.. ni pun dah tak berapa ingat dah .. baik TB curahkan dekat sini.. untuk kenangan.. 

Seperti yang TB tulis di entri sebelumnya, TB dan hubby menunggu selama 4 tahun untuk mendapatkan harraz, 4 tahun menunggu baby tak muncul-muncul lagi.. Emosi TB selalu terganggu bila terbaca post2 dari kawan-kawan yang happy mengumumkan diorang bakal jadi ibu/bapa. Dah tak terkira airmata TB mengalir mengenangkan kenapa TB masih belum dikurniakan cahayamata lagi.

Sampai TB berniat, kalaulah TB ditakdirkan mengandung, TB akan hadiahkan bakal baby dalam perut dengan bacaan 30juzuk ayat al-Quran Dan apabila Allah makbulkan doa TB, TB dah mula mengaji Al-Quran tiap-tiap malam tak kira dimana samada di rumah atau dikedai, TB akan mengaji untuk habiskan 30juzuk tu sebelum baby lahir.

TB start bacakan Al-Quran untuk baby start dari bulan TB dapat tahu TB mengandung.. dalam bulan 4/2016 .. Masa tu Harraz dah 3 minggu dalam perut TB .




















TB berdoa pada Allah.. semoga apa yang TB lakukan ini dapat menjadikan harraz ank yang membesar dengan sempurna dan menjadi anak yang soleh serta sentiasa dibawah lindunganmu Ya Allah.. 

Mama dan Papa sayang harraz sangat-sangat.. Harraz ..

Baca ini juga :


2 ulasan:

  1. alhamdulillah. tercapai akhirnya MISI TB kan..Moga Allah swt permudahkan urusan TB sekeluarga

    BalasPadam
  2. Rezeki akk dapat laksanakan misi 30juzuk tu.
    Seronok tau. Lagi lagi bila dah selesai.

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers