Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

27 Mei 2019

Joielle Baby VCO Set | Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

Joielle Baby VCO Set |
Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif


Haa.. hari tu TB ada share tentang produk Joielle Baby ni kan? Produk yang berasaskan bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit bayi samada kulit normal mahupun sensitif. Haa.. Ingat tak? kalau tak ingat, boleh baca kat sini yea ---> Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle

Kali ni TB nak share tentang rangkaian produk  Joielle Baby juga tapi dari set lain iaitu Joielle Baby Vco Set pulak. Sama macam produk-produk bayi yang lain, Joielle Baby Vco Set ni terdapat losyen bayi, krim bayi dan mandian bayi. Baunya sangat lembut dan harum je.. Suka TB dengan bau lembut dari Joielle Baby Vco Set ni..

Set yang TB ada ni set untuk travel.. comel sangat dan mudah nak bawa travel.. ni nak raya ni boleh la TB sumbat aje dalam beg sebab saiznya yang kecil dan comel ni tak jadi hal lah nak simpan.. guna ruang yang kecil je untuk selit set ni..

Haa.. Korang nak tengok apa ada dalam  Joielle Baby Vco Set ni? meh tengok dan baca seterusnya yea.. TB suka sangat tengok label pada packaging semua produk Joielle Baby ni.. Nampak kemas dan comel je kan.. 


Mandian Bayi / Joielle Baby Bath

Bahan yang terkandung dalam mandian ini seperti Aloe Vera, Vitamin E dan juga Ekstrak Minyak Kelapa Dara menjadikan kulit si manja lebih lembap sepanjang hari. Dan paling penting ia bebas dari bahan kimia berbahaya.

Cara Guna :
Basahkan badan bayi dengan air bersih. Letakkan Joielle Baby Vco Bath di telapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Sapukan buih mandian ini di seluruh badan. Bilaskan dengan air bersih.



Krim Bayi / Baby Cream

Selepas mandi dengan Joielle Baby Vco Bath , korang boleh sapukan Joielle Baby Cream  pada seluruh badan bayi korang, krim ni sangat bagus kerana ia juga diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari Minyak Kelapa Dara. Kebaikan krim bayi ini dapat mengurangkan kemerahan kulit yang berpunca daripada ruam. So, kalau ada masalah kulit kering pun sesuai digunakan.

Boleh digunakan sekerap mana pun supaya dapat melegakan kawasan yang bermasalah. Amat sesuai digunakan pada setiap hari. Tekstur krim pun ringan dan melembutkan kulit bayi.

Cara penggunaan
Sapukan krim bayi dekat bahagian badan si manja anda yang kelihatan kering dan mempunyai kulit mengelupas.



Losyen Bayi/ Baby Lotion

Yang ni pulak, lotion bayi yang berasaskan dari bahan-bahan semula jadi yang diuji secara klinikal.  So tiada masalah untuk bayi yang berkulit sensitif untuk guna produk ni.. Lotion ini bertindak melembapkan kulit bayi dan mudah meresap ke dalam kulit, so ia dengan mudah boleh mengurangkan tanda kekeringan kulit.. bau pun wangi tauu.. TB pulak yang suka.. hahaha.. krim ni selain mudah meresap dalam kulit ia juga tak melekit.. syok je pakai.. eh.. mamanya yang pakai ke baby yang pakai.. haha..

Cara Guna :
Lapkan badan bayi sehingga kering. Letakkan sedikit losyen bayi mengikut keperluan. Sapu dan urutkan di seluruh badan si manja.



Haaa.. jom kita tengok apa kebaikan Joielle Baby Vco Set ni.. Mesti ibu-ibu diluar sana tercari-cari produk yang sesuai untuk bayi korang yang berkulit sensitif.. korang boleh cuba ni.. insyaAllah.. berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering dan ruam.. 


Kebaikan Joielle Baby Vco Set

  • Meredakan ruam bayi 
  • Mengurangkan kulit berpanau
  • Meredakan ruam bayi 
  • Merawat masalah kulit kering
  • Merawat masalah kulit ekzema
  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan rekahan pada kulit


Untuk order :










Resepi Popia Pepero | White Coklat Oreo


 Resepi Popia Pepero | White Coklat Oreo

Ya Allah.. sedapnya TB tengok Pepero ni.. cara nak buat pun senang yang amat.. ni mesti harraz suka ni.. kalau bukan buat untuk  raya pun, buat kudap-kudap sedap jugak ni kan.. bukan budak je suka.. orang tu pun suka ni.. heheheh... so, disebabkan caranya mudah aje.. TB nak try buat jugak.. nanti TB up versi TB lak ye.. tq tuan empunya resepi sebab share resepi yang TB memang cari selama ni.. 

 Resepi Popia Pepero | White Coklat Oreo

Bahan-Bahan:
Kulit Popia (apa2 brand tak kisah)
White Coklat ( kalau nak salut dengan serbuk biskut oreo )
Dark Coklat ( Kalau nak salut dengan Badam hancur )

Cara-Cara :
Kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.

Kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.
goreng hingga keperangan.

Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.

kalau guna dark coklat balutkan dengan badam sedap. Tapi badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu .


 Kulit popia. Selepas potong & gulung


 Kulit popia selepas di goreng




Beli yang ni.. Dia memang dah hancur siap2  macam kat bawah ni..


Kalau nak beli yang biasa punya biskut oreo tu boleh.. tapi kena ketuk2 bagi halus camni.. 
senang nak salut kat coklat pada pepero tu nanti.. 


 White coklat guna brand nie. 
Cairkan guna kaedah double boil. 
Beli kat kedai cake jugak. Harga rm15.90




Kaedah double boil, macam nie.

Resepi oleh :
Adilah Bte Othman




Biskut Raya 2 Bahan, Tak Guna Oven


Biskut Raya 2 Bahan, Tak Guna Oven


Haa.. mo satu lagi resepi biskut raya yang TB nak cuba.. sebab senang je buatnya.. cuma bahan dia jela..agak mahal juga Badam tu yea.. huhu..1 kilo dalam rm40 lebih jugak.. Tapi untung buat sendiri dari beli biskut ni sebab boleh dapat banyak.. kalau beli dah berapa dah kan.. Biskut ni resepi dari kak Jue,  biskut ni dulu kakjue pernah buat jual time Raya.. memang banyak sambutan sebab sedap sangat katanya.. budak-budak lagilah suka.. hehehe.. jom tengok bahan-bahan dia :

Biskut Raya 2 Bahan, Tak Guna Oven

Bahan-Bahan:
Badam Cincang
Coklat Masakkan nak lagi sedap guna coklat milk





Cara Membuat:
1.Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak/keperangan pastu sejukkan.
2.Cairkan coklat secara double boiler
3.Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat
4.Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup
5.Masukkan dalam peti ais biarkan keras.
6.Pastu bolehla simpan dalam bekas kedap udara




Dah siappp..senangkan!




P/s:Boleh tabur coklat rice yang warna warni tu kat atasnya,bagi nampak berseri lagi

Kredit:
Resepi Jurina Bahari
Gambar Rozita MdSaad




Koleksi Ucapan SMS Pantun Hari Raya Aidilfitri Full


Koleksi Ucapan SMS Pantun
Hari Raya Aidilfitri Full

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut hari lebaran

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.


Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga Melati Pengharum Hati,
Mesej Di kirim pengganti diri,
Memohon Maaf Setuls Hati
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Dan Batin

Bini tua Bini muda, 
Mana kan sama Bini nombor tiga, 
Mari Bermaafaan sesama kita, 
Di pagi Aidil Fitri yang mulia

Berkahwin 4 memanglah hebat,
Silap langkah boleh kena lipat;
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai mesej pun kira ok what?

Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu,
Kupinta maafmu sedalam batinku.
Selamat hari raya Aidil Fitri
1 Syawal 1440H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf zahir dan batin.

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan

Jambangan indah lagi Berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tak lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN 

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)


Anak kucing curi ketupat, 
Kena kejar terlompat-lompat, 
Nak hantar kad raya dah tak sempat, 
Hanya SMS laa yang paling cepat.. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Jika jiwa sebening air,
Maka jangan keruhkan,
Jika hati seputih awan,
Jangan mendungkan,
Raih kemenangan dengan saling bermaafan,
Selamat Hari Raya AidilFitri.

Ada ketikanya mata silap memandang, 
Telinga salah mendengar, Lidah terlanjur berkata, 
Fikiran khilaf menafsir dan Hati silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama insan
Mengikat tali keakraban

Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang terabaikan, 
hati kadangkala berprasangka, 
Sikap kadangkala menyakitkan. 
harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. 
Syawal akan menjelang. 
Mohon Maaf zahir dan Batin

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Anak kucing curi ketupat, 
kena kejar terlompat-lompat, 
nak hantar kad raya dah tak sempat, 
hanya SMS laa yang paling cepat
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang

Yang jauh itu Waktu,
Yang dekat itu Mati,
Yang besar itu Nafsu,
Yang berat itu Amanah,
Yang mudah itu Berbuat Dosa,
Yang panjang itu Amal Soleh,
Yang indah itu Saling Memaafkan.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Maaf zahir dan batin.

Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan

Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, 
Bahagiakanlah Keluarganya,
berkatilah rezekinya, 
Kuatkanlah imannya, 
berilah kenikmatan ibadahnya, 
Jauhkanlah dia dari segala fitnah. 
Selamat Hari raya Maaf zahir Batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
&sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.


25 Mei 2019

RESEPI AIR BUAH PALING SEDAP TIME RAMADHAN





RESEPI AIR BUAH
PALING SEDAP TIME RAMADHAN 


Adoi.. gambar dia memang memain peranan penting buat orang yang tengok terliur ajelah..yang ni pun TB pernah minum dulu.. masa tu kak ipar buatkan untuk jamuan raya dekat rumah dia.. memang sedap rasa lemak-lemak.. nyum..nyum.. nak tepek sini dulu lah resepi.. mudah je pun.. tapi i is pelupa..

RESEPI AIR BUAH PALING SEDAP TIME RAMADHAN 

Bahan- bahan: 
  • Satu tin susu sejat
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin buah laici
  • Satu biji buah naga
  • Dua biji buah mangga
  • Cincau 
  • Ais



Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas. Tambah lagi dua cawan air. Campur semua bahan.



Scroll facebook di bawah untuk banyak lagi resipi mudah dan sedap oleh yang empunya resepi ni.. 


Resepi hebat oleh :










RESEPI AIR SODA HERBS




RESEPI AIR SODA HERBS

Hai.. masa hari kedua puasa hubby TB buatkan Air Soda Herbs   ni, TB masa tu memang dah pernah minum sekali masa kat ipoh.. diorang panggil air detoks sebab ada macam-macam elemen detoks di letak dalam tu.. cewah.. elemen pulak ye.. bahan-bahan aje beno nya.. hahaha.. So, ni TB nak share resepi macammana nak buat.. sedap tauu.. rasa fresh je badan lepoas minum.. 

Air Soda Herbs memang terbaik rasanya. Sejuk tekak. Dapat minum masa berbuka ni perghhh tak terkata la nikmatnya.. 

Resepi Air Soda Herbs


Bahan-Bahan
  1. 2 batang serai di ketuk
  2. Lemon dipotong bulat
  3. Daun Pudina 
  4. Air bekarbonat Aiskrim Soda
  5. Laici (dalam tin pun boleh)
  6. Asam boi
  7. Ais batu..

Cara : 
Campur semua bahan di atas dan kacau. Tak payah letak gula dah sebab air dalam tin laici tu pun dah manis bersama asam boi tu lagi.. haaa.. try laa..  Selamat mencuba 

Haaa..ops.. gambar dan resepi diatas tu bukan TB punya tau.. TB just nak share resepi je.. nanti TB up gambar TB yea.. ada dalam fon tu..

UPDATE!!!




haa ni dia versi TB yang TB buat hari tu.  baru jumpa gambarnyaa.  hehe.  amacam.. mengancam terancam takk.  hahaha







ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN




ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN


Sekarang ni rasa macam nak start pantang makan ayam je.. sebab TB kan ada psoriasis/kulit sensitif.. so.. kena pantang makan benda-benda yang gatal.. hemm.. tapi masakan ikan ni tak berapa banyak.. so TB mati kutu nak masak apa.. tiba-tiba jumpa lak se bundle resepi ni.. so, TB share kat blog dululah.. ada yang TB memang selalu masak resepi tu.. ada yang baru hari ni tahu..contohnya ikan masak paprik tu.. 1st time dengar tau.. kalau hubby teman tengok teman masak yang ni mesti dia akan kata PELIK.. huhu.. hubby teman ni jenis yang tak suka makan pelik-pelik.. so, TB makan sorang ajelah nanti kalau masak yang paprik ikan tu.. hehehehe.. 





IKAN KEMBUNG BAKAR CIK ANA 
(Puan Ana Mariana Ismail)

Bahan:
7 ekor ikan kembung dibersihkan
cili blend
1biji bwg besar*
4-5 ulas bwg putih*
1inc halia
1btg serai
madu
garam
gula
serbuk kunyit
minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara:
1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat.
2. Lumur pada ikan dan masukkan cili blend, madu. minyak zaitun, garam, gula secukup rasa.
3. Gaulkan rata pada ikan dan perap 30 minit.
4. Gunakan daun pisang sebagai alas dan bakar di atas magik pan.
5. Setelah masak sebelah, alihkan ikan bahagian sebelah lagi ye.
6. Dah siap. Angkat dan hidang dengan nasi panas.



PAPRIK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembong size kecil - dibersihkan, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta digoreng hingga garing, disusun diatas pinggan dan diketepikan
4 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 keping hirisan halia - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 sudu makan pes cili maepranom
Sedikit air jika perlu - 3 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Sedikit bahan perasa

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu.
2. Masukkan serai, halia, dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.
4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembong goreng yang telah tersedia didalam pinggan.
5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk dihidang.




SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG 
(oleh : Che' Nom)


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit Jumlah Hidangan : 4 orang


Bahan-Bahan:
4 ekor ikan kembung
2 keping asam gelugor
1 batang serai, dititik
daun kesum
1 inci lengkuas, hiris nipis
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
3 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
secubit belacan

Cara Penyediaan:
Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.



IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU 
(Qaseh Asmida)


Bahan2 :
Ikan kembung - goreng garam kunyit
Cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
4 sudu besar taucu
Minyak utk menumis
Garam gula

Cara-cara :
Goreng ikan. 
Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan. 
Masukkan cili padi, taucu n air asam jawa.
Masukkan ikan, garam, gula. 
Biar seketika..



ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
(cik ta abd razak)

Bahan2 :
Ikan kembung @ sardin.. 5@6 ekor..
Serai sebatang..ketuk
Asam keping 4@5 kpg
Kacang bendi
Bunga kantan 
Daun kesum
Garam
Sedikit serbuk perasa(ajinomoto)

Bahan Kisar :
Cili kering (lebih kurang 7..8 tangkai... Rebus dulu baru kisar)
Bwg besar sebiji
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit..
Belacan 1/2 inci

Cara2 :
Rebus bahan kisar dgn air... Masukkan serai.. asam keping...separuh masak masukkan ikan... Apabila mendidih... Masukkan kacang bendi...bunga kantan dan daun kesum..
Akhir sekali letak garam & sedikit serbuk perasa....
Klu kurang masam boleh tambah asam keping @ buah tomato...
Selamat mencuba..😃



RESEPI IKAN KEMBUNG 
KUKUS AIR ASAM PEDAS

Bahan :
Ikan apa2 yg disukai - lumur ngan sedikit garam kemudian kukus sampai masak
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
*Nak tambah belacan pun takpe

Cara :
Campurkan semua bhn ni dlm mangkuk. Gaul2. Kuah jgn cair sgt. Pekat2 sikit baru ummpppp....
Pastu curahkan aje air asam ni atas ikan yg dah siap kukus td tu.
Selamat mencuba



IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG 
(Nor Fahana)

Bahan :
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara :
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan.





IKAN KEMBUNG SUMBAT
(Siti Rohanis Mohamad Roze)_

BAHAN-BAHAN:
(2 ekor ikan kembung saiz besar)
Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia or ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyit
ikan belah belakang senang nak sumbat kelapa
Daun kunyit

Blender
Segenggam kelapa parut yg putih
Sebatang serai(potong)
2 ulas bawang merah
1@2 biji cili merah
Sedikit jintan besar (rujuk gambar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup

Selepas blender gaul rata, rasa secukup rasa dan sumbat dalam ikan tadi..kalau di kampung bakar guna sabut letak dlm jaring bakar ikan..ni duk pekan saya balut dengan daun kunyit tak nak bagi kelapa kuar (ikan dgn benang pun boleh ye 😊). Saya bakar guna periuk ajaib..alhamdullilah..simple dan senang resepinya...



PAIS IKAN KEMBUNG 
(Cik Cikputeh Puteh)

Bahan
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai 
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada

Cara
kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak.



RESEPI IKAN KEMBUNG 
MASAK 3 RASA

Tak mampu beli siakap, ikan kembung pon boleh buat 3 rasa. SEDAPPP... boleh try.

Bahan-bahan:
Ikan kembung 4 ekor
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit
garam
gula
serbuk perasa
Minyak

Cara:
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. 
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan. 
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau. 
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. 
Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air. 
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
.


IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTAN
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit
1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak
1/2 keping asam keping
1 sudu besar gula - kena ada rasa manis
1 sudu kecil garam
1 batang serai diketuk - tak letak

Bahan tumbuk:
1/2 sudu besar cili kisar
6-8 ulas bawang merah - kena lebih 
2 hiris nipis halia

Cara cara:
Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus.

Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.

Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat.



IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kembung yang segar sederhana besar
3 biji bawang besar
2 helai daun kunyit
2 keping asam keping/asam gelugor
3 cawan santan pekat
garam secukupnya

Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk :

2 inci kunyit hidup
2 batang serai diketuk
15 biji cili api
2 inci lengkuas

Cara-Cara :
1Bawang besar,kunyit hidup,serai,lengkuas dikisar hingga lumat..
2Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam santan bersama ikan kembung..
3Gaul sehingga mendidih secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur..
4Masukkan asam keping/asam gelugor serta daun kunyit yang telah disiat..
5Gaul rata hingga mendidih..
6Setelah masak..siap untuk dihidang..



IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS 
(buatwanita.blogspot)

Bahan-Bahan;
- 3 Ekor Ikan (Digoreng)
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Serbuk Lada Hitam
- 6 Batang Cili Pedas
- Minyak Masak
- Sedikit Air
- Garam Secukupnya

Cara-Cara;
1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
7. Last sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati.



KERABU IKAN KEMBUNG THAI STYLE 
(maklongskitchen.wordpress)

Bahannya:
2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat
1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan
1 biji tomato dihiris nipis
1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat
2 pokok daun ketumbar dimayang halus
sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:
5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk
1 sudu sos ikan
1 sudu besar jus lemon
2 sudu minyak zaitun
1 sdk minyak bijan

Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan gaulkan sehingga rata.




KARI IKAN TERMENUNG/ IKAN KEMBUNG 
(resepicikguani.blogspot)

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan termenung
2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
3 pelepah daun kari
2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
2 sudu teh halba campur
7 biji kacang bendi
2 biji tomato - dibelah 2
1 cawan santan

Bahan tumbuk/ hiris halus:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih.
Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



IKAN KEMBUNG SAMBAL CEKUR 
(yayansmum.com)

Bahan-bahan :
2 ekor Ikan Kembung (disiang dan dilumurkan serbuk kunyit)
3 biji Bawang Merah *
3-4 biji cekur bersaiz sederhana *
5-6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yg korang nak) *
Daun Cekur
2 sudu makan santan (YM guna yg kotak je)
1 limau purut / air asam jawa pun boleh ajee
garam & gula secukup rasa

Penyediaan :
Panaskan kuali,letak minyak masak & goreng Ikan Kembung sehingga agak garing,tp jgn over garing pulak,hehe.Then,ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan kuali,masukkan minyak dan bila dah panas,masukkan bahan kisar dan kacau.Bila dah pecah minyak, masukkn santan dan kacau lagi.Then,masukkn air limau purut /air asam jawa + garam & gula.Owh ya,hiriskan halus-halus sedikit daun kecur dan masukkn ke dalam kuah.Kacau,then boleh la tutup api.
Tuang kuah ke atas ikan goreng.Hiaskn dengan daun Cekur.
Senang kan?simple je.Try la!for those yang minat dengan bau cekur ni,mmg best la.Mcm YM ni mmg suka sangat ngan Cekur.Haha.Tapi tu la,susah juga nak dapat Cekur nieh.




ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG 

Bahan-bahan 
Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)
10 batang bendi
2 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
1 cekak daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa
Air secukupnya

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 inci belacan

Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung

Langkah 1 
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum..

Langkah 2 
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam..

Langkah 3 
Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan..





Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers