Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

25 Mei 2019

ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN




ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN


Sekarang ni rasa macam nak start pantang makan ayam je.. sebab TB kan ada psoriasis/kulit sensitif.. so.. kena pantang makan benda-benda yang gatal.. hemm.. tapi masakan ikan ni tak berapa banyak.. so TB mati kutu nak masak apa.. tiba-tiba jumpa lak se bundle resepi ni.. so, TB share kat blog dululah.. ada yang TB memang selalu masak resepi tu.. ada yang baru hari ni tahu..contohnya ikan masak paprik tu.. 1st time dengar tau.. kalau hubby teman tengok teman masak yang ni mesti dia akan kata PELIK.. huhu.. hubby teman ni jenis yang tak suka makan pelik-pelik.. so, TB makan sorang ajelah nanti kalau masak yang paprik ikan tu.. hehehehe.. 





IKAN KEMBUNG BAKAR CIK ANA 
(Puan Ana Mariana Ismail)

Bahan:
7 ekor ikan kembung dibersihkan
cili blend
1biji bwg besar*
4-5 ulas bwg putih*
1inc halia
1btg serai
madu
garam
gula
serbuk kunyit
minyak zaitun (minyak masak pun boleh)

Cara:
1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat.
2. Lumur pada ikan dan masukkan cili blend, madu. minyak zaitun, garam, gula secukup rasa.
3. Gaulkan rata pada ikan dan perap 30 minit.
4. Gunakan daun pisang sebagai alas dan bakar di atas magik pan.
5. Setelah masak sebelah, alihkan ikan bahagian sebelah lagi ye.
6. Dah siap. Angkat dan hidang dengan nasi panas.



PAPRIK IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembong size kecil - dibersihkan, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta digoreng hingga garing, disusun diatas pinggan dan diketepikan
4 biji bawang besar - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dicincang halus
3 keping hirisan halia - dihiris halus
2 batang serai - dihiris halus
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 sudu makan pes cili maepranom
Sedikit air jika perlu - 3 sudu makan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
Sedikit bahan perasa

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu.
2. Masukkan serai, halia, dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau.
3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati.
4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembong goreng yang telah tersedia didalam pinggan.
5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk dihidang.




SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG 
(oleh : Che' Nom)


Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit Jumlah Hidangan : 4 orang


Bahan-Bahan:
4 ekor ikan kembung
2 keping asam gelugor
1 batang serai, dititik
daun kesum
1 inci lengkuas, hiris nipis
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
3 biji cili merah
3-4 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
secubit belacan

Cara Penyediaan:
Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas.



IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU 
(Qaseh Asmida)


Bahan2 :
Ikan kembung - goreng garam kunyit
Cili padi
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
Air asam jawa
4 sudu besar taucu
Minyak utk menumis
Garam gula

Cara-cara :
Goreng ikan. 
Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan. 
Masukkan cili padi, taucu n air asam jawa.
Masukkan ikan, garam, gula. 
Biar seketika..



ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
(cik ta abd razak)

Bahan2 :
Ikan kembung @ sardin.. 5@6 ekor..
Serai sebatang..ketuk
Asam keping 4@5 kpg
Kacang bendi
Bunga kantan 
Daun kesum
Garam
Sedikit serbuk perasa(ajinomoto)

Bahan Kisar :
Cili kering (lebih kurang 7..8 tangkai... Rebus dulu baru kisar)
Bwg besar sebiji
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit..
Belacan 1/2 inci

Cara2 :
Rebus bahan kisar dgn air... Masukkan serai.. asam keping...separuh masak masukkan ikan... Apabila mendidih... Masukkan kacang bendi...bunga kantan dan daun kesum..
Akhir sekali letak garam & sedikit serbuk perasa....
Klu kurang masam boleh tambah asam keping @ buah tomato...
Selamat mencuba..😃



RESEPI IKAN KEMBUNG 
KUKUS AIR ASAM PEDAS

Bahan :
Ikan apa2 yg disukai - lumur ngan sedikit garam kemudian kukus sampai masak
Asam jawa
Air masak
Bwg besar,tomato potong dadu
Cili api hiris kecik2
Garam
*Nak tambah belacan pun takpe

Cara :
Campurkan semua bhn ni dlm mangkuk. Gaul2. Kuah jgn cair sgt. Pekat2 sikit baru ummpppp....
Pastu curahkan aje air asam ni atas ikan yg dah siap kukus td tu.
Selamat mencuba



IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG 
(Nor Fahana)

Bahan :
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara :
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa 
serta air secukupnya ke dalam periuk.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. 
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api 
masukkan buah tomato.
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk 
dihidangkan.





IKAN KEMBUNG SUMBAT
(Siti Rohanis Mohamad Roze)_

BAHAN-BAHAN:
(2 ekor ikan kembung saiz besar)
Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia or ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyit
ikan belah belakang senang nak sumbat kelapa
Daun kunyit

Blender
Segenggam kelapa parut yg putih
Sebatang serai(potong)
2 ulas bawang merah
1@2 biji cili merah
Sedikit jintan besar (rujuk gambar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup

Selepas blender gaul rata, rasa secukup rasa dan sumbat dalam ikan tadi..kalau di kampung bakar guna sabut letak dlm jaring bakar ikan..ni duk pekan saya balut dengan daun kunyit tak nak bagi kelapa kuar (ikan dgn benang pun boleh ye 😊). Saya bakar guna periuk ajaib..alhamdullilah..simple dan senang resepinya...



PAIS IKAN KEMBUNG 
(Cik Cikputeh Puteh)

Bahan
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai 
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada

Cara
kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak.



RESEPI IKAN KEMBUNG 
MASAK 3 RASA

Tak mampu beli siakap, ikan kembung pon boleh buat 3 rasa. SEDAPPP... boleh try.

Bahan-bahan:
Ikan kembung 4 ekor
2 biji bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)
2 biji tomato - dipotong dadu
2 kerat nenas - di potong dadu
2 sudu cili boh
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
Sedikit daun ketumbar
1 sudu besar tepung jagung
serbuk kunyit
garam
gula
serbuk perasa
Minyak

Cara:
Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. 
Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan. 
Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau. 
Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. 
Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air. 
Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar.
.


IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTAN
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit
1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak
1/2 keping asam keping
1 sudu besar gula - kena ada rasa manis
1 sudu kecil garam
1 batang serai diketuk - tak letak

Bahan tumbuk:
1/2 sudu besar cili kisar
6-8 ulas bawang merah - kena lebih 
2 hiris nipis halia

Cara cara:
Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus.

Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.

Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat.



IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan :
5 ekor ikan kembung yang segar sederhana besar
3 biji bawang besar
2 helai daun kunyit
2 keping asam keping/asam gelugor
3 cawan santan pekat
garam secukupnya

Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk :

2 inci kunyit hidup
2 batang serai diketuk
15 biji cili api
2 inci lengkuas

Cara-Cara :
1Bawang besar,kunyit hidup,serai,lengkuas dikisar hingga lumat..
2Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam santan bersama ikan kembung..
3Gaul sehingga mendidih secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur..
4Masukkan asam keping/asam gelugor serta daun kunyit yang telah disiat..
5Gaul rata hingga mendidih..
6Setelah masak..siap untuk dihidang..



IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS 
(buatwanita.blogspot)

Bahan-Bahan;
- 3 Ekor Ikan (Digoreng)
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Sos Cili
- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend
- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)
- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)
- Sehiris Halia
- Sedikit Serbuk Kunyit
- Sedikit Serbuk Lada Hitam
- 6 Batang Cili Pedas
- Minyak Masak
- Sedikit Air
- Garam Secukupnya

Cara-Cara;
1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing.
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend.
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata.
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi.
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih.
7. Last sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati.



KERABU IKAN KEMBUNG THAI STYLE 
(maklongskitchen.wordpress)

Bahannya:
2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat
1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan
1 biji tomato dihiris nipis
1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat
2 pokok daun ketumbar dimayang halus
sedikit parutan kulit lemon

Untuk sosnya:
5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk
1 sudu sos ikan
1 sudu besar jus lemon
2 sudu minyak zaitun
1 sdk minyak bijan

Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan gaulkan sehingga rata.




KARI IKAN TERMENUNG/ IKAN KEMBUNG 
(resepicikguani.blogspot)

Bahan-bahannya:
10 ekor ikan termenung
2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste
1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air
3 pelepah daun kari
2 biji cili hijau - dipotong 1 inci
2 sudu teh halba campur
7 biji kacang bendi
2 biji tomato - dibelah 2
1 cawan santan

Bahan tumbuk/ hiris halus:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara-caranya:
Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau.
Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih.
Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



IKAN KEMBUNG SAMBAL CEKUR 
(yayansmum.com)

Bahan-bahan :
2 ekor Ikan Kembung (disiang dan dilumurkan serbuk kunyit)
3 biji Bawang Merah *
3-4 biji cekur bersaiz sederhana *
5-6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yg korang nak) *
Daun Cekur
2 sudu makan santan (YM guna yg kotak je)
1 limau purut / air asam jawa pun boleh ajee
garam & gula secukup rasa

Penyediaan :
Panaskan kuali,letak minyak masak & goreng Ikan Kembung sehingga agak garing,tp jgn over garing pulak,hehe.Then,ketepikan.
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan kuali,masukkan minyak dan bila dah panas,masukkan bahan kisar dan kacau.Bila dah pecah minyak, masukkn santan dan kacau lagi.Then,masukkn air limau purut /air asam jawa + garam & gula.Owh ya,hiriskan halus-halus sedikit daun kecur dan masukkn ke dalam kuah.Kacau,then boleh la tutup api.
Tuang kuah ke atas ikan goreng.Hiaskn dengan daun Cekur.
Senang kan?simple je.Try la!for those yang minat dengan bau cekur ni,mmg best la.Mcm YM ni mmg suka sangat ngan Cekur.Haha.Tapi tu la,susah juga nak dapat Cekur nieh.




ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG 

Bahan-bahan 
Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)
10 batang bendi
2 batang serai - dititik
1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping
1 cekak daun kesum
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apa
Air secukupnya

Bahan Kisar
8 ulas bawang merah
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
1 inci belacan

Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung

Langkah 1 
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum..

Langkah 2 
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam..

Langkah 3 
Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan..





4 ulasan:

  1. Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
    I nak share Resepi Air Asam Ikan Bakar Paling Sedap.
    Boleh try ni.... Yummy yummy sampai jilat tangan.
    Source and citation: http://resepiairasamikanbakar.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. hai jemput dengar lagu saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    BalasPadam
  3. Uishhh sedap-sedap nampak semuanya tu.

    BalasPadam
  4. wahh semua resepi sdp2 belaka, xsbr nak try

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers