Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Mei 2019

DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT



DETOX MINTOX KIWI DETOX FIBER DRINK
BAIK UNTUK PENCERNAAN SERTA
BANTU MENGEKALKAN USUS YANG SIHAT


Perut TB terasa macam kembung je selepas waktu berbuka puasa sebab pengambilan makanan yang berlebihan semasa berbuka punya pasal.. Huhu.. Adoi.. memang situasi tu buat TB rasa tak selesa sangat tau. Rasa menyesal pulak berbuka puasa dan makan tanpa had.. Risau jugak kalau makan macam-macam tiba-tiba sembelit mai.. naya je kan.. Masa tu tak tahulah berapa banyak makanan yang dan terkumpul dan mendak dalam perut ni ni tak keluar-keluar melalui poo-poo .. hahah..

Tapi sekarang mujurlah TB dapat tahu tentang satu produk ni yang sesuai untuk buang toksin dan melegakan badan serta mengatasi masalah sembelit juga.. Haaa..Nak tau produk apa? tengok gambar kat bawah ni yea..



Ni dia Mintox.kiwi Detox Fiber Drink datang tepat pada waktunya. TB pun mencubanya tanpa teragak-agak sebab tahu sangat yang badan TB ni memang memerlukan detoks.




Mintox.kiwi Detox Fiber Drink dibuat dari 4 in 1 Enzyme, Fiber, Prebiotic Aphanizomenon Flos Aquae Extract (AFA). Ia mempunyai resipi minuman kiwi yang membantu badan kita menghilangkan toksin, menggalakkan penurunan berat badan, meningkatkan tenaga, membersihkan hati, dan sebagainya. Mintox.kiwi juga meningkatkan keupayaan tubuh kita untuk menghilangkan toksin dari sistem badan kita.

Ia dibuat di Malaysia, Mintox.kiwi Detox Fiber Drink adalah 100% natural, vegan, tiada gula tambahan serta mempunyai sijil pengilangan GMP yang disahkan.

Mintox.kiwi Detox Fiber Drink adalah kunci untuk mendetoksikan tubuh badan kita dengan mudah. Sekiranya kita terus makan, minum, dan terus bernafas dengan bahan-bahan toksik ini tanpa membuangnya dari sistem badan kita, toksik ini akan merebak dari masa ke masa dan ia boleh menyebabkan kita menghadapi masalah kesihatan termasuk kanser, reproduktif, metabolik, dan kesan kesihatan mental. So, jangan ambil ringan yea .. badan kita perlu juga di detoks tau.. takut nanti yang tak elok tu mendak dalam tubuh badan kita.. 


Malah, Mintox.kiwi Detox Fiber Drink direka untuk merangsang badan untuk membersihkan dirinya sendiri, membantu hati melakukan halnya serta buah pinggang dan usus besar. Pembersihan kolon adalah bahagian penting dalam proses detoksifikasi kerana racun tersebut perlu keluar dari badan kita. Perkara terbesar yang membantu dengan Mintox ialah membiarkan badan itu menyingkirkan apa-apa sisa yang berlebihan yang telah disimpan.

Mintox.kiwi Detox Fiber Drink ini dihasilkan untuk mengawal dan memelihara persekitaran usus yang sihat dimana ia berbeza dalam detoks dan diet kita. Ia juga memainkan peranan penting dalam saluran pencernaan kita yang membantu kita mendapat pergerakan usus yang lebih lancar. Di samping itu, ia berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik di dalam usus kita yang membantu memecahkan toksin yang membantu detoksifikasi tubuh kita.



Setiap kotak mengandungi 14 sachet 10g setiap satu hanya 36 cals sahaja. 
MINTOX adalah vegan, 100% semulajadi dan ada GMP Certified. 

TB makan 1 sachet setiap malam sekitar 9 malam sebelum tidur. Tapi kemudian TB akan mula berasa tidak selesa di perut pada 7 pagi pada keesokan harinya. Dan TB sedia maklumlah kan.. dah tiba masanya TB ke Toilet untuk 'membuang hajat' , dan perkara seterusnya yang terjadi ialah agak TB tak berapa gemar.. huhu..sebab asyik ke toilet pulak dah lepas tu.. ia berlanjutan selama 2 hingga 3 kali selepas itu. dan selepas tu kembali seperti biasa, hemm.. mungkin proses detoks tu sedang menjalankan kerja la tu..


Satu je sehari tauuu... 

Segala-galanya akan keluar tetapi apa yang TB baca, jangan risau kerana ia tidak akan berlarutan lebih dari 1 minggu. lepas tu TB rasa lega sangat sebab terasa badan lebih ringan, dan selesa selepas mengambil Mintox.kiwi Detox Fiber Drink. Apa yang menariknya disini ialah TB sukakan rasa dia.. Sedap.. Rasa seperti minuman buah-buahan segar. Ia datang dalam sachet yang menjadikannya mudah dan bersih untuk digunakan. Nak sediakan pun tak susah, hanya perlu curahkan 1 paket Mintox.kiwi Detox Fiber Drink ke dalam botol shaker, tambah air suam 200ml, tutup dan goncangkan sebelum minum.

Kalau korang nak tahu samada proses detoks sudah dikeluarkan dalam badan korang ialah apabila korang tidak merasakan lagi buang air besar yang kerap. TB rasa itulah tanda bahawa semua toksin sudah dikeluarkan. Tak apa kalau proses pembuangan tu berlaku dalam 2-3 kali pada sebelah pagikan... jangan sampai ke petang.. haruuu..tambah pula masa bulan puasa ni..

Selepas hampir seminggu try Mintox ni, TB berasa badan segar dan rasa ringan nak bergerak kesana kemari.. dan TB tertarik nak teruskan lagi utnuk mendapatkan berat badan ideal.. so, dapatlah kurus lansing di hari raya nanti..hehehe..

Setakat ni berat TB masih maintain lagi.. dan berharap lepas habis satu kotak ni berat TB akan berkurangan lah kan.. walaupun 1kg.. yeah! Sebab TB ada terbaca review yang pernah consume Mintox ni mengatakan yang berat badan diorang telah berkurangan hampir 1 kg dalam masa kurang dari 2 minggu dengan hanya diet biasa dan tanpa senaman berlebihan.

TB pun masih terus makan makanan kegemaran TB seperti biasa selama 1 minggu ini, hanya menambah Minuman Fiber Detox Mintox.kiwi pada waktu malam sebelum tidur sebagai minuman tambahan.


Sebenarnya pada bulan puasa ni kita tak digalakkan minum minuman untuk detoks ni, sebab kita perlu minum banyak air untuk consume apa-apa suplemen / detoks badan.. Kecuali korang pasti korang boleh menguruskan masa korang, so boleh teruskan,,

Macam TB.. TB akan minum air lebih semasa mengambil Mintox pada pukul 9 malam tu.. dan tak lupa juga semasa sahur pun TB ambil air yang lebih.. Tapi .. hahaha..asyik kerap ke toilet je lah kan.. tak laluuu.. nak kurus punya pasal.. cuba sedaya upaya.. heheh,,


Haaa.. yang ni wajib tauu.. korang dinasihatkan untuk minum air 3 liter setiap hari untuk membantu melepaskan toksik dengan berkesan semasa mengambil Mintox.kiwi Detox Fiber Drink.

1 Kotak Mintox ni berharga RM138 dan ia mengandungi 14 sachet didalamnya. Selalunya TB akan minum ni setiap malam sebelum tidur dalam pukul  9 malam - 10 malam camtu dengan cara  menuangkan serbuk tu ke dalam botol shaker dan tambah 200ml air. Pastu hanya goncang-goncang je bagi ia sebati dan ia akan berubah menjadi minuman buah kiwi yang kehijauan tu. Minuman detoks yang boleh tahan gak rasa sedap dia..


Fokus utama MINTOX adalah untuk pembersihan usus dan detoksifikasi. TB fikir ia adalah inovasi yang hebat untuk orang yang mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan dan sembelit kerana produk ini boleh:


  • Menyahkan toksin berlebihan dalam badan dan mengekalkan berat badan seimbang 
  • Meningkatkan fungsi usus dan mengurangkan peluang menjemput penyakit buruk 
  • Meningkatkan sistem imun badan dan mencegah sembelit. 
  • Mengurangkan tahap kolesterol dan menghilangkan lemak degil dalam badan secara semulajadi. 

Secara Peribadi bagi TB Minuman detoks MINTOX ni agak jauh berbeza dengan minuman detoks lain yang TB cuba sebelum ini kerana dos penggunaan harian adalah selamat untuk semua peringkat umur, termasuk ibu mengandung dan menyusui.

Tambahan lagi, bagi orang yang menderita penyakit kencing manis juga bebas untuk mencuba dan untuk peminat kiwi, minuman detox ini akan buat korang rasa suka sangat dengan kombinasi Kiwi segar yang berkualiti tinggi dari New Zealand, Jus Peach Rice, Inulin, Stevia dan sekam Phsyllium. 


Macam TB kata tadi cara nak consume mudah sangat, hanya perlu tuang (SATU) paket dan campurkan dengan 250-300ml air biasa. TB percaya dengan diet yang betul dan pengambilan air yang cukup (bergantung kepada berat badan kita), korang boleh melihat perbezaan dalam masa 1 bulan. 



Siapa patut ambil minuman Mintox ini?


  • Mereka yang kehilangan bakteria baik dalam tubuh badannya, jadi toksin terkumpul dalam badan dan menyebabkan sembelit 
  • Mengambil sedikit jumlah pengambilan serat dalam setiap hari 
  • Orang yang minum sedikit air 
  • Orang yang mengalami gaya hidup yang tidak aktif
  • Orang yang mempunyai kesulitan membuang /sembelit
  • Tekanan dan ketegangan yang luar biasa, oleh itu anda merasa tidak bermotivasi.

Haa.. adakah korang juga tersenarai bermasalah seperti dalam  list kat atas ni? 

Sebelum kita nak consume atau mencuba sesuatu produk, sudah semestinya kita akan perhatikan dan baca tentang kandungan sesuatu produk atau makanan kesihatan, betultak? Haa..TB juga begitu, TB akan tengok apa isi kandungan dia dulu samada sesuai atau tidak dengan TB, halal ke tidak,, kan?

Seperti pengguna-pengguna lain juga yang benar-benar ingin tahu apa yang ada di dalamnya sebelum kita mula mengambilnya. Seperti korang dah baca info kat atas ni Mintox pada dasarnya mengandungi bahan-bahan seperti sekam Psyllium, Ekstrak kiwi, Aphanizomenon Flos-aquae (AFA). Bahan-bahan ini menggalakkan sistem pencernaan positif dan menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah. Ia meningkatkan persekitaran usus, yang membawa kepada kesihatan yang lebih baik.

Haaaa...Kalau korang nak tahu, penting tau mempunyai usus dan sistem pencernaan yang sihat. Apabila kita mempunyai sistem pencernaan yang sihat, ia akan menggalakkan penurunan berat badan, kulit yang lebih baik dan tekanan darah akan stabil/rendah, ia juga membantu dalam mengimbangi tahap kolesterol. Paling penting, apabila kita membuang toksin dari badan kita, kita juga akan mempunyai sistem imun yang lebih baik.

Tak sabar rasanya nak berkongsi dengan korang kesan selepas TB menamatkan pengalaman bersama Mintox selama  12 minggu!


Jom mula minum Mintox.kiwi Detox Fiber Drink untuk mengekalkan pergerakan usus yang sihat. 


Untuk maklumat lanjut, 

INSTAGRAM: 


FACEBOOK PAGE: 

atau 

hubungi +601123450201

Note :
Mintox adalah suplemen pemakanan dan kesihatan. Ia bukan rawatan untuk penyakit. Ia boleh hanya membantu mengelakkan kemungkinan penyakit. Ia juga bukan pengganti untuk diet anda dan senaman.








19 ulasan:

  1. Trima kasih kerana berkongsi info tentang produk yg sesuai untuk penghadaman ni. Tengah mencari gak ni produk yang sesuai untuk penghadaman ni.

    BalasPadam
  2. Panting jugak kan kite nak detoks badan ni. Kite dah lah makan macam macam benda, baik ke tak baik ke kite balun je makan. Bila consume suplemen macam ni atleast dapat buang segala toksin dalam badan. Yang penting jangan lupe minum air dengan banyak

    BalasPadam
  3. Betapa pentinnya badan kita ni kena detoks. Bagus laaa manfaatbyang ada dalam Mintox. Sepaket sehari jer

    BalasPadam
  4. Buah kiwi memang sedap. Dan ramai yg kata ianya kaya dengan khasiat yg tinggi. Sekarang ada utk detoks haruslah mencubanya

    BalasPadam
  5. it's good product . i seldom drink detok product , it' s was good to know this product function is useful for us also. will recommend any of my friend if they are looking for anything similar type in future.

    BalasPadam
  6. Buah kiwi memang sedap kan tb.. mimi suka .Tapi kalau dijadikan minumanbfiber lagilah suk . Memang mengenyangka . Kalau nak berdiet elok amalkan minuman fiber ni

    BalasPadam
  7. wah masa untuk detox bulan pausa ni..raya boleh la namapk selim..hehee..rasa kiwin mesti sedp ni kan..banyak khasiat buah kiwi ni

    BalasPadam
  8. detox ni bagus kalau amalkan lepas raya nanti, lepas makan macam-macam di hari raya, kene jaga kesihatan usus juga takut rosak nanti.

    BalasPadam
  9. Detox mmg perlu sebenarnya. Bagus ada mintox ni. Senang. Time minum je bancuh. Boleh bawa travel pun ye.

    BalasPadam
  10. bagus produk ni,tapi saya lebih prefer untuk detox secara semulajadi.

    BalasPadam
  11. First time dengar pasal produk detox Mintox ni, menarik gak sebab vegan kan. Boleh laa trt kot nanti

    BalasPadam
  12. Memang takde jual kat drugstore eh TB supplement ni? Kalau ada jual kat drugstore senang sikit.

    BalasPadam
  13. My first time get to know about this brand, memang tengah cari product detox. Will check it out.

    BalasPadam
  14. Tak pernah lagi try fiber dtox perasa Kiwi ni. Masam x rasa dia? anyway berapa hrga dia eh. nak juga cuba next time.

    BalasPadam
  15. Bagus minum minuman utk detox usus kita klu nk tau penjagaan usus amat penting dan elakkan dari terkena canser usud

    BalasPadam
  16. Selalu tengok review detox tpi tak pernah try tpi kali ni betul2 terpengaruh plak. Nk kurus and pda masa yng sama nk bersihkan sisa2 dlm badan ni. hehehe

    BalasPadam
  17. Good to know that there is such an amazing product that can help to detoxify our body of toxins. More importantly it could help to maintain healthy gut too right? Awesome.

    BalasPadam
  18. wahhhh bagusnya produkni, booleh buang toksin! banyak kelebihan pulak tu. syoknya lahai! rasa macam nak try jugak ni :D

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers