Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

05 Julai 2019

Peringkat Kehamilan dan Tips Kehamilan


Peringkat Kehamilan dan Tips Kehamilan


Semasa TB mula-mula dapat tahu TB pregnant tu TB memang tak sangka sangat TB pregnant masa tu sebab pada masa TB dapat tahu TB pregnant tu, TB dan suami masih bersedih dengan kehilangan kucing kesayangan kami, iaitu Adik .. Selalunya orang kata kalau kita selalu bersedih atau stress susah nak lekat, sebab tu TB memang terkejut sangat-sangat secara tiba-tiba je dapat tahu TB mengandung sebab dah lewat period..

TB terlupa, kalau Allah nak bagi rezeki tu.. bila-bila masa pun boleh.. tak kira kita sedih ke gembira ke.. kalau Allah dah tetapkan itu masanya.. maka terjadilah ia.. dan Apabila TB mengandung masa tu.. TB memang bersyukur sangat-sangat dan rasa macam semua ini adalah sebagai gantian diatas kesedihan yang kami lalui selepas kehilangan Adik..

Masa tu kami masih bersedih lagi.. nak pulak terkenang video-video dan gambar lama adik.. hati jadi sebak.. Kami tetap berulang pergi kubur adik.. seolah-olah bercakap dengan adik.. memang rasa agak pelik bagi korang kan, tapi.. itu je cara kami nak buktikan kami sayang dia..

Tapi lepas tu kami tak dapat nak pergi kubur adik dah sebab kawasan tu dah ditutup dengan pagar, mungkin diorang nak bangunkan bangunan atas tanah tu.. Namun ingatan kami kepada Adik tetap mekar hingga kini..
Sepanjang TB di awal kandungan, TB dah start baca macam-macam info tentang pregnant ni, tambah-tambah ini kali pertama TB pregnant setelah 4 tahun menunggu.. dan berita baik yang dinanti-nantikan itu tiba juga akhirnya betul-betul pada bulan 3, iaitu bulan Anniversary kami yang ke 4 .. Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat..

dan TB pun memulakan hari sebagai mak buyung dengan perasaan yang gembira tak terkata.. first entri yang TB dah up masa mula-mula cerita tentang kehamilan TB ni ada dikeat SINI dan SINI .. Ada 2 entri je TB dapat abadikan kat blog ni sebab sebelum ni rasa macam taknak share kat blog..tapi bila terfikir diri ni dah makin pelupa.. rasa nak up sebagai kenangan.. biar TB ingat balik apa yang TB alami time tengah pregnant sehinggalah saat TB melahirkan harraz.. 

Ok lah.. TB ni sebenarnya nak share dengan korang tentang entri yang TB suka baca time pregnant dulu.. iaitu Peringkat Kehamilan dan Tip-Tip Kehamilan untuk TB amalkan untuk kekal sihat ketika hamil.. 



Kehamilan adalah anugerah yang indah. Sepanjang 40 minggu dalam kalendar kehamilan, tubuh kita mengalami perubahan yang ketara. Jom kita sama-sama baca lebih lanjut untuk mengetahui apa yang bakal berlaku semasa tiga peringkat kehamilan (trimester), malah ketahui tip-tip untuk memastikan diri kita dan bayi kita sihat sepanjang kehamilan .

Jika tidak pasti sejauh mana peringkat kehamilan kita, try lah muat turun Kiraan Kehamilan sekarang. Senang nak tahu berapa usia kandungan dan bila jangkaan bersalin kita..


Trimester Pertama (minggu 1-12)

Banyak yang sedang berlaku di dalam tubuh anda sekarang. Setiap sudut tubuh anda mula mengalami erti sebenar kehamilan. Ini termasuklah:

  • Keletihan yang melampau 
  • Mabuk hamil 
  • Buah dada yang bengkak atau lembut 
  • Keinginan terhadap makanan 
  • Berubah perasaan 
  • Naik berat badan

Trimester Kedua (minggu 13-28)

Mungkin anda dapati trimester ini lebih mudah daripada yang pertama kerana mabuk hamil makin berkurangan walaupun perut anda pula semakin membesar. Tak lama kemudian, anda akan merasai bayi anda bergerak. Anda juga akan mengalami:

  • Sakit di bahagian belakang, perut dan kemaluan 
  • Tanda regangan
  • Tangan kebas atau menggigil 
  • Sedikit bengkak di bahagian buku lali, jari dan muka


Trimester Ketiga (minggu 29-40)

Kini perut anda pasti sebesar bola sepak. Anda akan berasa kurang selesa kerana bayi anda menekan organ anda. Anda juga akan kerap ke tandas, malah anda juga akan mengalami:

  • Rasa mengah 
  • Buku lali, jari dan muka yang lebih bengkak (Jika ia bertambah teruk, jumpalah pakar penjagaan perubatan anda dengan segera) 
  • Buah dada yang lembut dan mendorong pengeluaran susu terlebih awal 
  • Susah untuk tidur
  • Tip-tip termuka untuk mencegah penyakit ketika kehamilan

Jangan hiraukan perubahan badan anda – ini kerana ada si kecil yang sedang membesar di dalam. 

Gunakanlah tip-tip kehamilan berikut untuk membuat beberapa perubahan:
  • Masuk tidur awal dan tidur lebih lama (sementara boleh!) Makan makanan yang sihat 
  • Elakkan produk tenusu tidak dipasteurkan, keju berkulat, daging sejuk dan telur separuh masak yang mungkin membawa bakteria. Minta nasihat doktor untuk senarai penuh makanan yang perlu dielak. 
  • Ambil penambahan makanan seperti asid folik sehingga minggu ke-12 kehamilan anda untuk mencegah bayi daripada lahir dengan keadaan seperti spina bifida. 
  • Elakkan najis kucing kerana ia mengandungi organisma yang menyebabkan toxoplasmosis (jangkitan yang memberi kerosakan mata dan otak kepada bayi). 
  • Bersih dan basmi kuman kawasan-kawasan yang kerap disentuh di rumah dengan Dettol Surface Cleansing Trigger or Dettol Surface Cleansing Wipes yang membunuh 99.9% kuman. 
  • Kerap basuh tangan dengan sabun dan air

Walau di mana anda status anda di dalam kalendar kehamilan, berseronoklah kerana masa akan berlalu begitu saja.

credit to :






0 ulasan:

Catat Ulasan

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers