Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

04 Julai 2019

Perkembangan Janin Dalam Rahim Minggu Demi Minggu


Perkembangan Janin Dalam Rahim
Minggu Demi Minggu 

Hai.. Tiba-tiba ada rasa nak share tentang pengalaman masa mengandungkan harraz dulu.. Almaklumlah.. penyakit pelupa makin menjadi-jadi.. risau TB kalau-kalau terlupa moment indah masa mengandungkan harraz dulu.. So, nak tepek sini lah.. even dah 2 tahun 6 bulan dah usia harraz.. TB ON je lah tulis entri kenangan tu untuk bacaan TB sendiri..

Sebelum tu TB up dulu entri yang ni haaa.. untuk bakal-bakal ibu lain.. ini antara artikel yang TB suka baca tau.. sebab apa.. sebab bila tengok ciri-ciri perkembangan bayi tiap-tiap minggu.. TB akan bayangkan harraz macam mana dalam perut.. hehehehe..

Masa mula-mula dulu.. terasa macam ada kupu-kupu bergerak dekat bahagian perut dekat ari-ari tu tau.. Ya Allah.. rindu nak rasa semua tu.. Moga ada rezeki lagi dipermudahkan untuk dapatkan adik beradik untuk harraz nanti.. Jom baca Perkembangan Janin Dalam Rahim Minggu Demi Minggu ni untuk bakal-bakal ibu dan ibu-ibu sekalian.. 

Persenyawaan
Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya memasuki ovum. Telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan terus membesar di situ.

Minggu 1
8 hari selepas persenyawaan, badan anda akan mula mengeluarkan hormon yang menjadi signal bahawa anda sudah mengandung.

Minggu 2
Telur yang disenyawakan akan mula mengalami proses pembahagian sel. Jantina bayi anda sudah diketahui pada saat ini.

Minggu 3
Pada minggu ketiga, saiz janin anda ialah 2mm. Sangat kecil. Sel organ badan mula terbentuk

Minggu 4
Sekiranya anda melakukan ujian kehamilan pada minggu ini, kemungkinan besar anda akan mendapat keputusan positif. Pada tahap ini, embrio bersaiz 6 mm. Struktur badan akan mula terbentuk. Pembentukan otak, jantung, tulang belakang, saluran darah, muka, leher, paru-paru, perut dan hati juga akan bermula.

Minggu 5
Mata mula kelihatan pada embrio. Otaknya juga mula berkembang. Haid anda sudah lewat, pada masa ini mungkin anda akan membuat ujian kehamilan dan mendapat keputusan positif.perkembangan janin

Minggu 6
Embrio semakin membesar ke saiz jari kelingking. Sekiranya anda melakukan ujian ultrasound, embrio akan jelas kelihatan. Tali pusat dan saluran darah mula terbentuk. Jantung juga mula berdenyut dan mengepam darah ke dalam paru-paru.

Minggu 7
Anda akan mula mengalami morning sickness dan merasakan perubahan seperti kulit menjadi sedikit gelap. Pada minggu ketujuh, embrio telah menjadi fetus. Saiznya lebih kurang 1.3 cm. Lubang hidung, bibir, lidah dan gigi mula terbentuk. Otak, usus dan tulang belakang hampir terbentuk sepenuhnya.

Minggu 8
Fetus akan terus membesar, dan pada minggu kelapan ia sebesar satu inci.Muka, hidung, mulut da lidah mula kelihatan. Jantung dan organ dalaman yang lain mula berfungsi. Jari kaki dan tangan semakin memanjang dan akan jelas kelihatan dalam ultrasound.

Minggu 9
Fetus berukuran 3 inci. Jari tangan dan kaki semakin memanjang.

Minggu 10
Pada minggu kesepuluh, saiz fetus ialah sudah menjadi 4.5 cm dengan anggaran berat 5 gram. Telinga akan semakin jelas kelihatan. Sebarang kecacatan pada janin akan berlaku pada minggu ini.

Minggu 11
Pada minggu kesebelas, fetus telah membesar menjadi 5.5 cm dan beratnya adalah satu kali ganda berbanding minggu lepas. Pada tahap ini, fetus sudah selamat daripada sebarang kecacatan.

Minggu 12
Pada minggu kedua belas, saiz bayi ialah lebih kurang 2 inci dengan berat hampir 20 gram. Jantungnya akan berdegup kencang & bayi mula bernafas menggunakan paru-paru. Doktor anda boleh mendengar degupan jantung bayi dengan menggunakan peralatan khas. Jantina bayi akan menjadi semakin jelas. Bayi juga akan mula bergerak.

Bentuk tubuh badan bayi hampir sempurna. Jari-jemari dan kuku bayi sudah terbentuk dengan sempurna, malah bayi mula menghisap jarinya pada minggu ini. Semasa menghisap jari, bayi akan tertelan air ketuban. air ketuban yang ditelan akan diproses menjadi air kencing oleh sistem perkumuhan bayi.perkembangan janin

Sumber: Starberita

Minggu 13
Pada minggu ketiga belas, saiz fetus mencecah 7.5 sm dengan berat 30 gram. Tulang dan gigi bayi semakin berkembang. Pada minggu ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk menyusu.

Minggu 14
Kini anda sudah memasuki trimester kedua. PAda minggu keempat belas, saiz bayi ialah 9 sm ddan beratnya lebih kurang 60 gram. Organ dalaman bayi sudah mulai matang. Bentuk dagu, dahi dan hidung semakin sempurna. Bayi anda juga sudah pandai menggerakkan kepala dan mengerutkan keningnya.

Minggu 15
Bayi anda kini bersaiz 12 sm dengan berat kebih kurang 100 gramm. Tulang rangka bayi sedang aktif berkembang. Pada minggu kelima belas, kaki bayi lebih panjang daripada tangan. Rambut, kening, dan bulu mata semakin menebal. Apa yang paling menarik, pada minggu ini, bayi anda mula mendengar bunyi denyutan jantung dan suara anda.

Minggu 16
Pada minggu keenam belas, saiz bayi membesar menjadi 4.5 inci dengan berat 100 gram. Jantung dan saluran darah telah membentuk dengan sempurna. Cap jari bayi sudah terbentuk. Malah bayi anda sudah pandai mengerdipkan mata comelnya.

Bayi anda semakin aktif bergerak. Rambut-rambut halus akan mula tumbuh pada bayi. Jika anda melakukan ujian ultrasound, jantina bayi mungkin dapat dilihat.

Minggu 20
Vernis mula menyeliputi bayi anda. Bayi anda sudah pandai menguap, menggeliat dan tersenyum. Gerakan bayi juga akan semakin terasa kuat.perkembangan janin

Sumber: Firsteatright

Minggu 24
Bayi anda semakin aktif bergerak dan memberikan tindak balas terhadap bunyi. Bayi anda mula mengalami sesedu akibat terlalu banyak menelan air ketuban. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar melalui steteskop biasa.

Minggu 28
Pada minggu kedua puluh lapan, bayi anda sudah sempurna sifat dan jika terpaksa dilahirkan sekarang, akan dianggap sebagai bayi pramatang dengan peluang yang tinggi untuk terus hidup.

Minggu 32
Bayi anda semakin aktif bergerak dan mulai minggu ini, berat bayi akan naik secara mendadak. Kolostrum akan mula keluar dari payudara anda. Kepala bayi berada di pintu serviks sebagai persediaan untuk bersalin.

Minggu 36
Anda akan mula merasakan braxton hicks. Pada minggu ke36, bayi anda sudah pandai bernafas dengan betul.

Minggu 37
Bulu halus di seluruh badan bayi anda akan mulai berkurangan. Tubuh badan bayi juga akan mula mengeluarkan sejenis hormon yang dinamakan cortisone. Fungsi cartisone ialah untuk mematangkan paru-paru bayi anda.

Minggu 38
Lemak mula terbentuk dalam badan bayi anda. Kuku dan rambutnya akan mula memanjang.

Minggu 39
Bayi anda sudah matang sepenuhnya dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa.

Minggu 40
Biasanya pada minggu ke40, bayi anda sudah selamat dilahirkan.






5 ulasan:

  1. seroonok mengikuti perkembangan yg dlm perut tu tiap minggu... tak sabar menanti nk dia keluar

    BalasPadam
  2. Dr Abhishek Mishra is an experienced orthopaedic surgeon in Delhi for joint replacement surgeries such as hip and knee replacement and arthroscopy surgery as well. You can meet Dr Abhishek Mishra at VNA hospital, Malviya Nagar, Delhi.Best Orthopedic Doctor in Malviya Nagar Delhi

    BalasPadam

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers